Bulan puasa ni salah satu aktiviti wajib adalah mengunjungi bazar Ramadan.Kekadang tak ada apa nak beli pun,saja nak cuci mata,ahahaha!Jangan salah faham ya,kita cuci mata tengok variasi makanan,bukan kepelbagaian rupa paras gadis-gadis Malaysia ni.Hajat dihati tahun ni aku nak tunaikan terawih dengan lengkap,tapi apakan daya.Bulan puasa nilah berlaku perancangan panik iaitu menggelabah tak cukup stok punya pasal.Sedangkan sebelum puasa hari tu management cakap bulan puasa ni santai sikit.Mimpilah!Sampai hujung puasa la kena kerja lebih masa,tapi bukanlah hari-hari.
Bila terpaksa kerja lebih masa,aku berbuka dengan makanan di bazar Ramadan.Lokasi kerja aku berdekatan dengan Stadium Shah Alam yang bazarnya boleh tahan besar.Puasa tahun ni adalah yang keempat di kompeni aku sekarang dan tahun keempat jugalah aku mencari hidangan tradisi iaitu pecal.Barang siapa yang tak pernah kenal pecal,sila google macamana rupanya.Kalau tak salah,pecal ni makanan masyarakat Jawa,diperbuat dari tauge,pucuk ubi,kacang panjang,kangkung yang dicelur,potongan halus timun dan nasi himpit.Kuahnya adalah kuah kacang atau gulai lemak.
Setiap tahun jugalah gerai bazar Ramadan yang aku kunjungi untuk mendapatkan pecal ialah gerai Pecal Tanjung Karang.Tiap-tiap tahun ada,dan satu-satunya gerai pecal dari beratus-ratus tapak gerai yang ada di tapak bazar Stadium Shah Alam.Apa yang buat aku suka pecalnya adalah rasanya maintain authentic dan dibungkus dalam daun pisang.Kot-kot la makcik tu cuba modenkan rupa pecal letak dalam polistrin,tapi tak.Masih lagi kekal dengan daun pisang.Bazar ramadan ni maklum sajalah,macam-macam makanan ada,itik panggang,roti john yang orang beratur punya panjang(ape yang sedap sangat tah),air kelapa laut dan paling common tepung pelita.Dalam kepala aku cuma ada pecal dan air tebu,cukup.
Dalam banyak-banyak makanan yang dijual,ada dua jenis makanan yang aku monitor setiap kali bulan puasa iaitu ayam percik dan murtabak.Dua makanan ni memang aku kecewa tiap kali aku beli.Pertamanya dari segi rasa.Ayam percik sekarang ni bukan ayam percik yang sebenar.Ayam percik sekarang adalah ayam bakar yang dikuahkan dengan cecair yang rasanya tak menyelerakan langsung.Rupa ajelah nampak sedap.Ayam percik sebenar ada bau yang tersendiri,dari jauh boleh kenal.Ramuan perapannya diletakkan hirisan daun lengkuas.Baru la betul ayam percik.
Keduanya murtabak.Perasan tak berapa harga murtabak sekarang ni?Paling murah mungkin RM2.50 tapi biasa aku nampak RM3.Dengan saiz lebar sikit je dari Galaxy Note dan setebal IPhone,itu je yang kita dapat dengan RM3.Alasannya harga barang naik.Puiii!Inti murtabak tu aku rasa telur,bawang(paling banyak),ayam/daging(cebisan ayam/daging sebesar tahi mata)dan lain-lain,rasa-rasanya modal RM50 berapa puluh keping murtabak korang boleh buat?
Itu yang aku nak sampaikan sebenarnya.Berniaga jangan tamak nak untung berlebihan.Patut padan sudahlah.Bagi aku sendiri sebenarnya harga bukanlah faktor yang mempengaruhi keputusan untuk aku membeli.Harga murah sekalipun kalau rasa serupa selipar takde maknanya jugak.Apatah lagi yang mahal.Yang penting rasa dan harga perlu seiring.Rasa mesti mencapai tahap superb,barulah layak diterjemahkan dengan harga yang berpatutan.