Selasa, 1 Mei 2012

Pengganti Aino U10i;HTC One X

Hari ni kebanyakan orang cuti Hari Pekerja,aku pulak kena kerja.Tak apa,janji masyukk…Selain dari hari menghargai pekerja,setiap 1 Mei adalah ulangtahun perkahwinan aku dengan wanita yang bernama Zamzurina Muhamad Kamaruzaman.Ulang tahun pertama ni bertambah sweet dengan kehadiran orang baru dalam keluarga aku.

Ok,mukadimah dah cukup.Sebelum ni aku pernah buat entri pasal pengganti Nokia N70 aku iaitu Sony Ericsson Aino U10i.Malangnya Sony Ericsson Aino bukanlah telefon yang lasak.Tak sesuai langsung dengan cara hidup aku.Samalah macam jam Fossil Decker Silicone Chronograph aku,dah sompek cerminnya,mujur masih waterproof.

Pakai handphone yang dah separa mereng ni memang tak best langsung.Maka sejak beberapa minggu lepas aku buat sedikit research berkenaan dengan IPhone 4S dan Samsung Galaxy S II.Hasil perbandingan spesifikasi,maka pilihan aku lebih kepada Samsung Galaxy S II.Aku kuatkan azam untuk mendapatkan Galaxy S II hinggalah satu hari,azam aku tu terus hilang bila ternampak iklan DiGi dengan pakej smartphone HTC One X.Aku pun cepat-cepat buat kajian dan ternyata dari segi spesifikasi,HTC One X adalah yang terbaik buat masa ni.Hasil risikan online dengan laman web telco tempatan,pilihan aku cuma telco Celcom dan DiGi.Maxis memang dah tak boleh sebab aku baca kat FAQ,pakej tu hanya untuk current user Maxis.Kalau tak silap akulah.UMobile pulak aku risau coveragenya tak power kat rumah aku.

Lepas cashkan duit,aku terus ke kedai telekomunikasi Celcom.Pengalaman buruk aku dengan penggunaan Celcom Broadband dulu aku cuba lupakan dan menganggap Celcom bertambah baik.Kehadiran aku di kedai Celcom tu disambut bersahaja oleh petugas lelakinya.Beliu tidak bercakap banyak dan hanya fail penerangan pakej data yang ‘bercakap’ dengan aku.Agaknya dia nampak aku ni serabai macam takde duit kot.Tu yang malas nak entertain.Dari pembacaan aku,pakejnya asing-asing,data dan panggilan.Monthly commitment agak tinggi(termasuk dengan beberapa fee bulanan),tapi aku still tanya jugak.

 

kalau saya nak pakej data+HTC One X macamana?”

 

Itulah…buat masa ni stok takde………….”

Terus aku angkat bontot.Sebelum tu ada la beberapa customer nak buat pembayaran broadband.Tapi semua tak boleh sebab server down.Chaitt!

Aku tak ada pilihan lain,terus ke kedai DiGi,betul-betul sebelah kedai Celcom tadi.Kehadiran aku disambut ramah oleh seorang amoi yang tak berapa nak cun tapi penerangannya bagus.Terus aku ke topik sebenar,SAYA NAK PAKEJ SMARTPHONE HTC ONE X+ DATA.Ok,semua berjalan lancar,dan stok pun ada.Pakej data yang aku ambik ialah Smart Plan 68 (3GB) berharga RM68.Panggilan atau SMS just bayar apa yang anda pakai.Tak ada monthly fee macam Celcom.Sangat straightforward pakejnya.

Total wang ringgit yang dileburkan ialah RM1967 termasuk RM500 advance payment yang akan diserap kedalam bil bulanan sebagai rebat sepanjang kontrak 2 tahun.Yang bagusnya,area rumah aku dan tempat kerja sentiasa full signal HSDPA.Internet speed memang superb.Cayalah DiGi!

DSC01093

DSC01094

DSC01096

Secara asasnya spesifikasi HTC One X ni ialah seperti CPU berkuasa 1.5GHz Quad Core,RAM 1GB,32GB storage,skrin 4.7 inci,kamera 8 MP,OS Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich.Untuk lebih detail sila buka laman web GSMArena.Yang kurang bestnya cuma tak dapat earphone ada lambang beatsaudio.

Ini adalah handphone Android pertama aku,dan aku rasa OS Android memang user friendly.Sekejap je dah boleh faham.Secara keseluruhan memang mantap,cuma baterinya cepat habis.Aku rasa masalah ni biasa kot untuk smartphone.Pandai-pandailah pakai.

Satu benda lagi,Celcom memang rugi sebab aku bukan beli satu unit HTC One x,dua unit sebenarnya.Satu unit lagi sebagai hadiah anniversary kahwin untuk wife aku.Dan bakal menyusul satu lagi pembeli dalam masa terdekat ni.Aku ni kalau jadi salesman HTC/telco memang banyak komisen punya.