Aku rasa bukan aku je,kebanyakan orang yang ada kereta akan rasa risau untuk pakai rim saiz besar sebab takut kereta rasa berat.Yep!Aku pun macam tu.Sebenarnya bukan tak boleh,tapi kena ada kiraan yang betul.Yang pertama kita kena pastikan radius tayar yang kita nak pakai sehampir mungkin dengan saiz tayar asal.Radius yang perlu diambil berat ialah radius paling luar sebab sikit sahaja perubahan mungkin korang akan rasa keberatannya.
Aku buatkan chart untuk tunjukkan beberapa contoh kereta yang popular kat Malaysia ni.
Saiz Tayar Asal | Saiz Sesuai | |
Saga BLM 1.3 | 185/60/R14 | 205/45/R16 atau 205/50/R15 |
Persona Elegance 1.6 | 190/60/R15 | 205/45/R17 atau 205/50/R16 |
Myvi 1.3 | 175/65/R14 | 205/45/R16 atau 205/50/R15 |
Exora Bold | 195/65/R15 | 205/50/R17 atau 215/55/R16 |
Toyota Vios G | 185/55/R15 | 205/50/R15 atau 205/45/R16 |
Beberapa kereta diatas sebagai contoh sahaja.Siapa-siapa yang ada Android phone boleh download apps Tire Calculator.Senang untuk rujukan supaya kita tak salah faham lagi.