Selasa, 6 Mac 2012

Kawan dan Kuasa Wang Ringgit

Sekejap tadi,sorang member sekerja aku meninggalkan syarikat ni dengan notis 24jam.Sebelum tu admin kompeni aku call bagitau yang member aku ni dah tender notis,tapi tak de pulak dibagitau yang notis 24jam.

Lepas bersalam-salaman dengan member aku tu,dia pun balik.Member aku ni tak adalah amazing sangat,cuma aku boleh katakan dia ni seorang yang mysterious,baik dari segi sikap dia,latar belakang keluarga dia dan cara dia bercerita yang kadang-kadang buat aku marah tapi dalam masa yang sama kelakar pun ada.Pasal apa aku katakan dia ni misteri,kejap lagi aku rungkaikan persoalan tu,hehe!

Member aku tu berasal dari Malaysia Timur dan dah agak lama bekerja di Semenanjung.Awal-awal aku kenal dia lepas bertukar kerja ke tempat baru,memang dia sangat friendly dan sedia bantu aku kalau aku susah.Di tempat baru sangat penting untuk kita cepat berkawan dan ada teman supaya tak rasa terasing.Kebetulan pulak department aku bekerja bebudaknya kerek semacam.Memang tak pernah aku jumpa rakan sekerja macam tu kat tempat lain.Skang dah kamcing dah.So,si member tadi pernah cakap kat aku,kalau takde duit bagitahulah dia.Dia boleh tolong punya.Member ni deparment lain,aku deparment ‘belakang’.Kira kerja kasar lah.Aku namakan member aku ni sebagai MJ.

Tapi entah macamana lepas beberapa minggu,MJ pulak yang pinjam duit aku.Aik?Apehal dia pulak yang kering.Kata nak tolong aku.Tapi,mujurlah dia cepat-cepat bayar.Tak lama lepas tu,dengarnya wife dia dapat kerja di sebuah syarikat petroleum terkemuka kat negara ni.Korang mesti tau punya.Terus hidupnya berubah 360 darjah.Kata MJ,wife dia dapat jawatan besar kat situ.Aku tak dapat verify sampai sekarang kesahihan cerita dia,senang cerita aku anggap dia ni gebang je lebih.

Tak lama lepas tu MJ cakap parent dia belikan dia FD2 Type R.Huih!Makin kuat gebang dia tapi takpe,aku layan jerrr…Ha,sebelum tu dia pernah cerita yang keluarga dia ada bisnes kat Malaysia Timur sana,dan Type R tu bukanlah kereta pertama dia.Dia memang ada sebijik Wira SE(memang wujud sebab selalu bawa),dan sebijik Toyota Wish(yang ni aku tak pernah nampak).Punca parent dia belikan FD2 Type R tu sebab nak suruh dia balik Malaysia Timur jaga perniagaan keluarga.Dalam keluarga MJ cuma dia sorang anak lelaki.Anak mak lah lebih kurang.Khabarnya tiap-tiap bulan mak dia kirim duit.Puas aku tuba dia suruh bawa Type R tu ke kilang tapi dia tak mau.Gambar pun haram tak ada sebagai bukti.Yang ada dalam PC syarikat cuma koleksi gambar FD2 yang didownload dari website Mudah.my sebab ada watermark Mudah.Kantoisss!

Dalam hati aku cakap dia ni memang kuat kencing betullah.Apa faedah dia dapat aku pun tak tau.Setakat MJ bekerja tiga tahun kat sini,dah dua bijik motor baru dia beli.Sebelum wife dia dapat kerja best,dia bawak Honda C70 GBO(Honda Petak)je.Memula aku kerja dulu aku ingat motor buruk tu pak guard yang punya.

Selain ‘gebangan’ tentang harta dan duit ringgit,MJ ni juga boleh dikatakan gebang juga dalam hal pelajaran.Mengeja sesuatu dalam bahasa Melayu pun fail,boleh terima akal ke kalau dia cakap dia ada Diploma?For sure lah aku gelak guling-guling.Tapi satu perkara yang amazingnya,teman rapat dia adalah engineer di kilang aku.Rapat macam adik-beradik.Selain tu dia ni juga dikenali oleh ramai HOD yang berada jauh di HQ.HQ kompeni aku terletak kat Menara TM,kilang kat Glenmarie.Manager-manager sampailah ke lawyer kompeni pun ngam dengan MJ ni.Part mana yang ngam aku pun musykil sampai sekarang sebab dia ni kalau menyembang banyak merapu je.Macamana tah manager-manager tu boleh blah dengar dia punya sembang.Asal jumpa manager-manager ni,mesti tak lupa tanya pasal si MJ ni kalau kebetulan dia tak ada.

Kitorang kat department lain ni sampai tahap boring dengar dia punya’kencing’,pernah sampai tak layan dia langsung.Mengumpat tu jangan ceritalah,tak terkira dosa kitorang ni dengan dia.Tapi satu hari ada kejadian diwaktu petang yang berlaku kat salah seorang member satu department aku,dimana kejadian tu mengubah persepsi kitorang tentang watak utama dalam cerita aku ni iaitu si MJ tadi.

Satu pagi,member satu department aku ni datang jumpa aku.Dia cakap ada cerita best.Dia pun ceritalah hal yang berlaku waktu petang tu.Member aku ni nampak si MJ membebel sorang sorang,dia mengadu kat member aku pasal orang tak percaya apa yang dia cerita.Si MJ cuba membuktikan ‘kebenaran’ kata-katanya dengan menunjukkan kad perniagaan bengkelnya.(tadi aku tak cerita yang dia ni ada bengkel) .Sambil si MJ bersusah payah nak keluarkan bussiness card dari dompetnya yang sendat,member aku ni ternampak kepingan not RM50 yang agak tebal,dalam anggaran 2K katanya.Gila apa hujung-hujung bulan operator kilang ada cash 2K dalam dompet?Member aku pun terus buat kesimpulan yang MJ ni bukanlah gebang semata-mata,sememangnya dia ada duit.Bukan omongan kosong.

Aku bagi member aku habiskan cerita dia,lepas tu aku cakap yang cerita hang tak cukup hebat lagi.Mai dengaq ceghita aku pulak.Lebih kurang macam tulah aku cakap,ikut slang Utara.Kadang-kadang aku keluarkan slang Kelantan.Slang Uganda je aku tak pass lagi.

Sehari sebelum member aku cerita kisah wang tunai 2k dalam dompet tu,aku ada melepak kat meja bulat dengan si MJ ni sambil mengepam Surya.Si MJ ni letak pouch bag dia atas meja.Nampak sarat betul,berat semacam je.Tapi selalunya kalau aku intai ada sampah je,selain dari Dunhill sekotak,Surya sekotak.Datang sorang lagi kawan,dia pi gatai keluarkan bungkusan dari pouch bag si MJ.Rupanya dalam tu ada sebungkus wang tunai berbalut kertas berjumlah 40K!Mak aiiii!!!Duit tunai puluh riban bawak merata je.Siot betul.Member aku yang dok cerita ternampak 2K tu cakap kat aku,”aku ingat cegita aku dah cukup mengujakan,ghupanya hang punya ceghita lagi dahsyat”.Tau takpa.

Bermula saat tu,kitorang terus insaf takmau mengumpat lagi dah.Si MJ ni nak cuti EL ke,MC ke lantak dialah.Duit berkepuk,apa dia heran gaji operator RM1500.Aku pun pernah cakap kat MJ tu,kalau duit hang banyak kat tempat lain,orang tua hang pun ada bisnes,buat apa kerja jadi kuli.Tetiba hari ni dia submit notis 24 jam.Baru la gentleman!Tak la macam orang lain yang dok komplen cara orang lain kerja,komplen kompeni,dok pung pang sana sini tapi sampai la ni dok ada jugak.Resign la cari kompeni lain,ada bran?Chaitt!

Oklah MJ,kalau hang terbaca cerita aku ni aku mintak maap banyak-banyak,tadi pun hang dah peluk aku.Aku pun terharu jugak,wuuuuu!Apa pun kerja yang hang buat,buatlah elok-elok jangan bagi orang marah.Gud luck!