Rabu, 15 Februari 2012

Malu Nak Cakap Kerja Apa

Bila berkenalan dengan seseorang yang baru,mesti akan keluar soalan macam ni:

“Kamu kerja apa ya?”

 

Soalan tu biasa dipilih si penanya sebagai modal untuk memulakan perbualan.Tak salah bertanyakan kerja seseorang,cuma respon orang yang bertanya selepas soalan tu dijawab akan menentukan perbualan tu akan ke peringkat seterusnya atau tak.

Sesetengah orang mungkin rasa segan dengan kerjayanya apatah lagi kalau berada di majlis yang dipenuhi orang berkerjaya hebat.Aku bagi satu contoh,beberapa bulan lepas aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kapten tentera dengan seorang doktor.Wife aku adalah bekas classmate doktor tersebut dan meja kami disekalikan dengan bekas-bekas pelajar kedoktoran di Dublin,Ireland.Pendek kata meja aku tu penuh dengan doktor lah.Semua muka baik-baik,kecuali aku yang kelihatan paling ganas.Kerjaya diorang memang gempak,dari luaran nampak seperti seorang lelaki berbudi bahasa.Malangnya nak hulurkan tangan bersalam pun berat.Maybe sebab tangan aku banyak kontaminasi agaknya.Bukan semua orang terpelajar macam tu,cuma sesetengah saja.

Berbalik kepada soalan yang diatas tadi,keadaan sedikit berbeza kalau orang yang ditanya hanya bekerja biasa-biasa sahaja.

 

”Kamu kerja apa ya?”

 

“Kerja kilang je….”

“Oooooo………”(dengan air muka tak ada perasaan)

  (Itu je?baik tak payah tanya)

___(end of conversation)___

 

Sekiranya yang bertanya itu orang yang berkerjaya hebat,jawapan sebegitu kebiasaannya tidak akan mengundang sebarang informasi menarik.Maklumlah kerja kilang je,apa yang menariknya ye tak?Tapi kalau niat orang itu betul-betul nak berbual,kerjaya apa pun yang disebut pasti perbualan tu berlegar kepada berbagai-bagai topik lain.

Langkah terbaik untuk jaga hati orang yang kita belum kenal adalah gantikan soalan tu dengan soalan,”kerja di mana?” kalau nak tanya jugak soalan berkaitan kerja.Aku pernah pesan kat wife aku,kalau jumpa orang baru,jangan tanya orang tu kerja apa.Kekadang serba salah orang nak jawab.Dunia sekeliling kita ni ada berbagai jenis pekerjaan.Kalau kita tak cuba mengenali kerja-kerja di pelbagai lapisan,kita tak faham kepentingan pekerjaan taraf-taraf rendah ni.Bayangkan kalau tak ada orang yang sudi kerja angkut sampah,nak ke korang dispose sampah sendiri?Imagine tandas korang banjir dengan najis korang sendiri sebab tak ada orang yang nak kerja sedut tangki septik?

Walaupun kerjaya orang tu menyapu daun di tepi jalan,rezekinya mungkin jauh lebih “halal” dari kita yang pakai smart,naik kereta besar tapi kat ofis sibuk dengan laman sosial sampai habis kerja…