Rabu, 14 Disember 2011

Pasar Malam...

Semalam lepas kerja,isteri aku ajak aku merayap ke pasar malam.Belum sempat aku nak duduk dia ajak jalan-jalan pulak.Lagipun aku kurang minat merayap ke tempat yang ramai orang.Tapi akhirnya aku mengalah.At least boleh juga cari barang dapur,nak masak pun malas pulak.Wife aku memang suka pergi pasar malam,murah katanya.
Mujur lokasinya tak jauh.Lebih kurang lima minit dari rumah aku.So,biasalah keadaan pasar malam,orang ramai(awek pun ramai),suasana agak riuh dengan suara peniaga yang mempromosi barang jualan masing-masing,variasi barangan jualan yang lebih kepada keperluan harian dan mainan kanak-kanak.Sasaran aku cuma makanan dan sedikit buah-buahan.
Memula aku nampak longan(dah beberapa hari nak longan sebenarnya),tapi wife aku dengar mak dia cakap sekilo RM6 mahal.Bagi aku ok je harga tu,sejak zaman awal tahun 2000 pun memang macam tu.Semalam,terjumpalah longan harga RM4 sekilo.Aku sambar 1.5kg.Lepas tu ternampak sate harga secucuk RM0.30.Amacam?Murah macam zaman polis angkasa Gaban.Murah punya pasal,aku beli 30 cucuk.Emmm...apa lagi.Oh,barang dapur.Beli ikan kembung enam ekor,bawang promosi RM2 sepaket,dan tak lupa petai RM2 untuk tiga papan.
Tapi...
Dari pemerhatian aku,harga pasar malam mahal gila sebenarnya walaupun nampak agak fresh.Harga ayam sekilo RM7.50(mahal sikit dari pasaraya),sekilo ikan kembung RM16(enam ekor aku beli dengan harga RM11.80),bawang India RM6 untuk 500gram.
Biasanya aku beli barang makanan basah di Fish Market,sebuah kedai barang keperluan harian yang berhawa dingin.Harganya pun tak setinggi macam tu.Kesimpulannya,pasar malam hanya murah untuk barang makanan siap.Balik terus makan.
Ok,kembali kepada sate harga 30sen secucuk tadi dan longan RM4.Expectation aku taklah tinggi untuk sate semurah tu.Saiz pun comel je kalau nak dibandingkan dengan Sate Kajang Samuri.Sekarang dah naik harga sate kajang ni,RM0.70 secucuk.Sate 30sen tadi agak berbaloi,rasa pun sedap,kuah kacangnya pun membantu menambahkan lagi rasa sedap sate tu.Mana nak jumpa sate harga macam tu,ayam mahal baii..
Kedua,longan RM4 sekilo.Yang ini agak mengecewakan.Banyak yang dah berair dan saiznya besar sikit je dari mata kucing.Rasa pun tak konsisten.Ada yang manis,ada yang rasa apekebenda tah.Patut la murah.Itu pun aku terjumpa longan yang harganya sekilo RM3.Entah macamana rasanya...RM6 sekilo pun tak apa sebenarnya asalkan puas hati.
Korang suka pasar malam?