Khamis, 22 Disember 2011

BerFacebook Biarlah Sederhana

Semalam,Gabrielle Joseph,16 membunuh diri dengan melompat kedepan sebuah keretapi yang sedang bergerak selaju 75mph kerana upset selepas janjitemu untuk menonton wayang dibatalkan.


Sebelum tu dia sempat mengupdate Facebooknya dengan memberitahu niatnya untuk membunuh diri.75 minit selepas tu dia dah pun patah riuk dirempuh keretapi,dan seperti biasa nyawa pasti melayang.
Hari ni berkenaan Facebook juga tapi berlainan MO.Simon Foxley,21 mangsa cyberbullying membunuh diri dengan cara menggantung diri pada 21 September 2011.Simon yang patah hati selepas gadis yang dikenalinya di laman sosial itu memadam profilnya sebagai rakan.Usahanya untuk menghubungi gadis tu diejek dan satu mesej 'go and die' telah buat Simon down habis.Inkuesnya diperdengarkan hari ini berkenaan kes tersebut.


Kat Malaysia ni alhamdulillah belum ada lagi rasanya tindakan nekad macam ni berkenaan dengan cyberbullying.Sebagai orang Islam,membunuh diri adalah satu perbuatan yang terkutuk walau apa pun puncanya.
Berkenaan laman sosial,ada sesetengah orang yang addict melampau sampai lupa tanggungjawab.Banyak kes kat Malaysia ni yang berkaitan laman sosial ialah kes laki/bini curang dengan kekasih lama,dan mengabaikan tanggungjawab.
Macam kes Jimmy Shanley dengan wife dia tu lah.Dalam paper cakap,wife dia kuat berjudi online,sibuk dengan laman sosial je sepanjang masa.Khabarnya diorang tinggal sebumbung cuma 20 hari.(sempat jugak la dapat sorang anak,Zahra Rania).Entah apa yang syok sangat online Facebook lelama aku pun tak tau.Bebaru ni aku block satu entiti yang rajin benor cerita hal politik,buat semak wall aku je.Dah la aku jarang buka Facebook.
So,beringat la ya.Jangan sakan sangat online tu.Semua nak share dalam Facebook(sesetengahnyalah..).Apa benda sekalipun dalam kehidupan kita ni bersederhana adalah yang terbaik.Selalu aku pesan kat bini aku,bila mood baik,jangan nak berkepit/manja sangat.Sebab nanti bila gaduh,situasi sangat teruk,dan kontra dengan kemesraan yang terlampau masa mood baik.Tak paham?Nantilah aku cerita panjang kat entri lain.