Khamis, 24 November 2011

Segalanya Tentang Wang Ringgit

Entah dari mana aku nak mula...

Kalau semua benda dalam dunia ni boleh dinilaikan dengan duit,apa yang jadi agaknya?Aku dah lama bersedia untuk hadapi benda-benda macam ni.Kerana DUIT,keluarga berpecah belah,bermasam muka,tak mahu tegur menegur.Salah faham berlaku,buruk padahnya.
Bila sebut soal duit,semua nak duit.Kalau boleh apa bentuk pertolongan harus dalam bentuk duit.Kalau pertolongan tu bukan dalam bentuk kertas yang dipanggil duit,orang mudah lupa.
Tapi tak semestinya duit jadi ukuran.Sesetengah pertolongan tak semestinya mampu dinilaikan dengan duit.Malangnya,pertolongan semacam tu yang orang mudah lupa.

Antara Kedekut dan Keperluan
Beban sarahidup di bandar ni tak siapa boleh bayangkan berapa jumlah yang memadai.Pendapatan sederhana suami isteri mencecah 5k sekalipun aku masih boleh katakan cukup-cukup makan.
Aku agak lali dengan gelaran 'kedekut' sebab peduli apa aku dengan gelaran tu.Orang lain tak nampak betapa berhati-hatinya aku supaya perbelanjaan tak terbabas.Itu pun kerap terbabas juga,mujur isteri banyak membantu.Banyak benda yang aku nak,tapi kekangan kewangan lebih utama.Sabar,sampai masa akan dapat juga.Keutamaan adalah nafkah yang sememangnya wajib untuk ditanggung ketua keluarga.Tanggungjawab yang takkan habis.Setahun sekali bila sampai masa,roadtax kereta hampir expired,tayar kereta pun dah nipis,servis etc.Pernah orang lain fikir,mana nak kaut duit untuk semua tu?Orang tak pernah tanya,dan kita sendiri pun tak perlu nak tunjuk rasa tertekan depan orang ramai.Sebaliknya,orang tak tahu yang kadangkala masalah kewangan menyebabkan kita berbalah dengan isteri.

Tidak Mudah jadi Abang
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang diluar sana mengecewakan harapan adik-adik korang?
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang tinggalkan ibu korang berseorangan dikampung?
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang bergaduh dengan mertua semata-mata ingin berbakti kepada ibu kandung korang?
Dan sebagai seorang abang,berapa kerapkah korang balik menjenguk ibu dikampung?


Sokongan Isteri
Aku bersyukur mempunyai isteri yang memahami tanggungjawab aku kepada keluarga.Malahan tak pernah lupa buahtangan,sentiasa memberi sokongan moral untuk aku kerap pulang ke kampung.Bunyinya mudah,tapi dengan air liur,takkan sampai kemana.Perbelanjaan bahanapi,tol,servis semuanya bernilai jika diterjemahkan dengan duit.Kalau sebulan dua kali balik kampung?Kiralah sendiri.Kalau bukan isteri aku membantu,entah berapa bulan sekali baru aku dapat menjenguk kampung.
Aku mungkin kurang risau kalau ibu yang ditinggalkan tahu menunggang motorsikal atau memandu kereta.Masalahnya ibu aku bukanlah ibu-ibu moden seperti dibandar.Soal barang keperluan,sakit demam,soal keselamatan,sentiasa aku fikirkan.

Terlupa Atau Tak Nampak?
Tapi orang mudah lupa...
Kalau pertolongan itu bukan dalam bentuk wang ringgit,tak siapa pun ingat.Aku sedikit terkilan bila isteri aku menjadi 'mangsa' keadaan.Sesekali aku menghadapi kesulitan,rupanya menjadi isu 'hangat' yang menyebabkan segala-galanya dilupakan orang.
Andai siapa yang berkenaan terbaca,tolong faham kenapa selepas ini pertolongan dari aku akan jadi maha berat.Seberat-beratnya...