Data tentang statistik kemalangan jalanraya ni aku dapat dari laman web MIROS.Aku ambik data dari tahun 2006-2010 sahaja.
Tahun Jumlah Kenderaan Berdaftar Jumlah Kemalangan
2006 15,790,732 341,252
2007 16,813,943 363,319
2008 17,971,901 373,071
2009 19,016,782 397,330
2010 20,188,565 414,421
Meh tengok nisbah peratusan kemalangan berbanding jumlah kenderaan.Kalau kita rujuk angka jumlah kemalangan,memang setiap tahun meningkat.Lepas dikira:
Tahun Peratusan Kematian Peratusan
2006 2.15% 6,287 1.842%
2007 2.14% 6,282 1.729%
2008 2.05% 6,527 1.749%
2009 2.045% 6,745 1.697%
2010 2.03% 6,872 1.658%
Dah nampak sekarang?Peratusan kematian adalah berdasarkan nisbah antara jumlah kemalangan yang direkodkan dan jumlah kemalangan maut.Jelas kat sini sebenarnya kemalangan berkurangan,tapi di'serap' oleh kuantiti kenderaan yang semakin meningkat.Logik akal tak benda-benda ni?
Bukan apa,kekadang aku rasa macam mustahil kita dapat kurangkan kemalangan dengan keadaan jalanraya dan pertambahan kenderaan kat Malaysia ni.Sambil-sambil driving/menunggang,kita perhatikan sekeliling.Berapa ramai pemandu yang tak reti guna signal,tengok side mirror,guna lorong kecemasan?Pasni jangan sebut la pasal ops sikap ke,enforcement ke,sebenarnya mentaliti pemandu-pemandu kita yang kena diubah.Malangnya part tulah yang paling impossible,walaupun mungkin makan masa puluhan tahun.
Paling bebal,kemalangan dikaitkan dengan jenis kereta tertentu.Bukan semua orang cakaplah,tapi ada.Tak caya,baca komen dalam blog PaulTan.Asal keluar model baru,sibuk tanya crash test video la,konon-konon selalu jumpa kereta yang sama eksiden la.
Kalau aku kerja dengan Miros,dah lama aku buat statistik jenama-jenama kereta yang terlibat dalam kemalangan.Sambil-sambil aku tunggang motor pun aku kira kereta jenis apa yang suka potong emergency lane.Pendek kata dari pemerhatian aku,pemandu bangang tak mengira jenis kereta.Kereta jenama lain-lain,tahap bebal sama saja.
Korang setuju tak?