Rabu, 9 November 2011

Lawak Ke Maharaja Lawak Mega?


Jumaat lepas dah minggu kedua Maharaja Lawak Mega bersiaran,dua-dua aku terlepas menonton dari awal.Mujur ada ulangan.Minggu pertama aku terkejut jugak kenapa barisan juri yang dipilih Astro ni latar belakangnya sangat bervariasi.Lelama aku faham,mungkin tujuannya supaya pandangan juri lebih kepada pandangan penonton biasa.
Nak menilaikan persembahan lawak ni aku rasa senang je,mampu buat orang ketawa tak berhenti,lawak la maknanya sesuatu persembahan tu.Minggu pertama judge banyak bagi komen yang biasa-biasa lagi,berbanding minggu kedua;agak pedas sikit.Komen Chef Wan memang tahap cili padi kampung,aku yang menonton pulak rasa serba-salah.Yang mana persembahan tak best langsung tu biarlah pengundi je tentukan kedudukan dan kelangsungan diorang dalam Maharaja Lawak Mega.Orang yang join pun bukan orang baru dunia komedi.Semuanya orang lama industri seni.Cuma ada beberapa kumpulan gagal buat aku yang serius ni gelak.
Bila sesetengah kumpulan buat persembahan,aku lari jauh sikit,just dengar bunyi lawak yang diorang cuba buat.Aku tak mau tengok sebab aku pulak yang rasa segan-silu orang tak bagi respon kat lawak yang dibuat.Sesetengahnya terlalu mencuba untuk buat orang gelak,dengan lawak stail lama.
Silap paling besar minggu lepas,banyak kumpulan libatkan judge dalam persembahan diorang.Dalam hati aku,'ada yang kena sound jap lagi ni'.Memang betul,Chef Wan tegur jugak akhirnya.Sebabnya jelas,bila dah dibuat berulang-ulang kali,diorang pun bosan/menyampah.
Pernah jadi dalam Raja Lawak berapa tah,Zaibo tegur peserta.Sikit-sikit buat lawak 'silau'.Yelah,Zaibo punya kepala kan licin berkilat.hangin la orang tu.
Lawak sekarang dah berevolusi,penonton kena berfikir sikit sebelum kita sedar yang sesuatu tu adalah lawak.Paling aku suka Nabil dan Johan.Diorang punya lawak memang diluar kotak.Sebelum ni aku ingat diorang ada join Maharaja Lawak Mega.Bila tengok peserta-pesertanya orang lama,harapan tak tinggi sangat.
Tapi bukanlah tak lawak langsung.Lebih separuh group still boleh buat rancangan tu menarik.Contohnya kumpulan Boboi(Afdlin Shauki ,Harun Salim Bachik),Adlin Aman Ramli,dari Indonesia Bawel dan Saehu.
Jadi peserta Indonesia lagi leceh,masalah bahasa jadi halangan.Tapi kalau dah lawak,kita gelak jugak.Lawak jenaka ni macam lagu umpamanya.Merentas sempadan negara dan budaya.Bahasa memang la tak sama.Contohnya rancangan Popcorn atau Just For Laugh.Janji gelak.
Dulu aku tak suka langsung Maharaja Lawak,ape motif tah rancangan tu diwujudkan.Macam rancangan realiti nyanyi-nyanyi la,habis rancangan,tah kemana juaranya.Masa tu aku pun tak faham apelah bakat si Nabil tu.Bila aku tengok semula Raja Lawak Musim Kedua,barulah nampak lawak dia memang outstanding.Kreatif habis.
Pastu filem lakonan dia,Lu Pikirlah Sendiri.Aku tak tengok kat panggung,tapi dalam Astro Ria banyak kali ulang.Sebenarnya cerita tu ok,jalan cerita clear.Cuma cara penyampaian kurang impak kat penonton.Overall memang ok aje.