Sekarang dah bulan Ogos 2011,maknanya dah lapan bulan aku bermotorsikal ke tempat kerja.Kereta kesayangan aku dipakai oleh isteri aku dan motorsikalnya pulak jadi tunggangan aku ke tempat kerja.Sebelum ni aku biasa pakai motorsikal dua lejang je.Motor berenjin empat lejang aku tak minat sangat.
Tapi bila muncul Yamaha LC135,aku jatuh hati sebab motor tu banyak teknologi terbaru yang diaplikasikan ke sebuah motorsikal moped,antaranya silinder DiAsil,piston aluminium tempa,rocker arm yang dilengkapi roller bearing dan jugak karburetor dengan TPS.
Tapi aku tak la dapat pakai Yamaha LC.Aku cuma dapat tunggang Honda Wave 125S.Kira ok dah tu.Mula-mula aku ingat Honda Wave 125S ni biasa-biasa je,mungkin cuma ccnya lebih dari Honda EX5.Rupanya ada jugak sedikit teknologi baru iaitu piston bersalut seramik,rocker arm dengan roller bearing dan jugak EPBS(External Primary Braking System),untuk kurangkan jerking bila tukar gear.Agak bagus walaupun tak banyak macam LC.
Kebelakangan ni banyak pulak aku baca dalam laman forum,LC ada masalahnya yang tersendiri.Ada jugak empunya LC yang kata motor LC diorang tak boleh blah.Itu aku tak pastilah,nampak macam kencang je atas highway.
Mula-mula aku pakai Wave 125S ni,agak teruk juga nak perah lelaju,enjinnya mengerang kuat macam pakai sprocket gigi 38 pulak.Rasanya boleh pergi setakat 110 km/j je(kabel meter speedo dah putus).Yamaha Lagenda rilek je potong aku,malu beb.Pickupnya ok,tapi bila berjalan agak jauh bunyi tapet agak kuat.Pastu cover set macam longgar sana-sini.
So,aku luangkan masa perkemaskan balik skru cover body(cover Honda 125S ni macam nipis,cepat pecah),laras skru angin karburetor kasi besar sikit dan laras semula kelegaan tapet.Hasilnya Honda Wave 125S ni boleh lari laju sikit dari sebelumnya.
-Lepas basuh ada cantik sikit,rasanya pertama kali basuh lepas take over lapan bulan lepas,haha!
-Part ni Honda memang fail.Boleh pulak getah pemijak ni worn out,padahal kena pijak je.Motor Yamaha Lagenda member aku lagi lama,pemijaknya still cantik lagi.
-Masa aku memula pakai,tak ada sebarang leaking.Lepas aku adjust tapet dan pakai minyak fully synthetic,terus leaking.Nak kata ada yang longgar,aku dah double check.Semua nat ketat.Berkenaan dengan tapet tadi,masalah bunyi tapet berulang kembali.Bila aku baca forum,ada owner Wave cakap bunyi tapet tu memang normal.
-Benda dekat karburetor ni aku tak tau gunanya untuk apa.Tak berani aku nak ubah posisinya.So,aku biarkan jelah.Sesape yang tau kalau boleh tinggalkan komen ya?
Aku cukup berkenan dengan rekabentuk Wave 125X Ultimo.Nampak langsing dan paling aku suka,ekzosnya.Agak-agak boleh masuk tak?Nampak macam boleh sebab aku rasa Honda ni tak buat chasis baru untuk model baru.Silap-silap 125S pun boleh tukar masuk cover Ultimo.
Plan aku raya nanti,aku nak bawa balik kampung untuk menaiktaraf Wave 125S ni supaya boleh memalukan Yamaha LC.Bukan nak laju sangat,cuma nak sedap bawak atas highway.