Sabtu, 26 Mac 2011

Kelajuan Membawa Maut?

Aku adalah pembaca setia blog ondscene yang mana sering memaparkan berita kemalangan di sekitar Lembah Kelang.Pemilik Ondscene,abang Syam memang sangat rajin,entah berapa jam je dia tidur dalam sehari.Kemalangan berlaku kat mana-mana,selagi mampu insyaallah dia sampai kat lokasi kemalangan.
Tapi tak la semua entri kemalangan.Isu lain macam isu kepenggunaan,kebakaran,serbuan pihak berkuasa pun ada diselang selikan.
Bila ada entri terbaru tentang kemalangan,aku suka membaca respon/komen pembaca.Kalau dulu hangat dengan kisah RON95 mudah terbakar bila kemalangan,tapi sekarang isu tu dah makin dilupakan walaupun ada pemberi komen yang masih 'tegar' menegakkan fakta karut.
Memang la petrol mudah terbakar,nama pun bahanapi.Dalam istilah mekanikal,petrol adalah bahanapi,bukan minyak.RON200 sekalipun(kalau ada),tetap dicipta untuk terbakar.Tunggullah bila kereta elektrik menggantikan sumber bahanapi fosil yang makin susut ni.Entah isu apa pulak yang wujud.
Ok,dah menyimpang jauh dari tajuk rupanya.

KELAJUAN.
(jarak/masa)
Bermaksud sesuatu objek yang bergerak dari titik A ke titik B dalam tempoh tertentu.
Dijalanraya pulak kelajuan diterjemahkan kepada nilai yang lebih mudah difahami iaitu km/j.Di luar negara contohnya US,diorang lagi suka guna skala mp/h.Di Malaysia kelajuan kenderaan dihadkan mengikut tempat,contohnya depan sekolah hanya dibenarkan 30km/j,manakala di lebuhraya kelajuan yang dibenarkan 110km/j.
Tapi jangan silap!Bukan sepanjang lebuhraya boleh kita anggap hadlaju maksimum 110km/j.Kadangkala hadlajunya hanya 90km/j.Kat sini ramai yang dapat saman ekor.So,kena sentiasa aware dengan amaran hadlaju.Kalau ada GPS,perhatikan warning hadlaju lebuhraya.
Sepanjang aku memandu di lebuhraya terutamanya lebuhraya Karak,aku tak pernah mematuhi had laju.Kenapa?Poyo sangat ke macam kereta aku bagus sangat?
Taklah,aku tak memandu terlalu laju.kalau lebuhraya Karak,kelajuan konsisten aku 120km/j.Bagi aku kelajuan tu sesuai dengan keadaan trafik.Bukanlah sepanjang lebuhraya Karak tu aku tekan 120km/j,bila sampai tempat selekoh,aku perlahan jugak.Yang aku nampak,bawa terlalu perlahan di lorong yang salah lebih mengundang bahaya.
Memang bahaya la kalau drive 60km/j kat lorong paling kanan macam tengah bercinta.Pendapat peribadi aku,setakat kelajuan 120km/j dilebuhraya yang lurus,tidaklah menjadi masalah.Tetapi dengan beberapa syarat penting.
Yang pertamanya tahap kecergasan.Make sure mata tak mengantuk dan badan tak terlalu letih.Barulah kita sentiasa aware dengan keadaan sekeliling.
Kedua sentiasa bersedia.Bila memandu,sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Pernah sekali aku memandu balik ke Damansara lepas bercuti Chinese New Year tahun lepas.Aku memandu di lorong paling kanan berhampiran Taman Metropolitan Kepong.Depan aku ada sebuah Honda City.Masa tu kelajuan lebih kurang 110km/j.Seingat aku hadlaju kat situ 90km/j.Aku pun jarakkan kereta aku dari Honda tu dan masuk ke lorong tengah.Bila sampai kat jambatan sebelum Taman Metropolitan,tiba-tiba Honda City tadi melanggar tebing jambatan dan terbalik beberapa kali.Cepat-cepat aku bagi lampu hazard dan berhenti disebelah kiri.Aku orang pertama yang mengetuk cermin kereta dan memeriksa keadaan pemandu.Mujurlah pemandunya tak cedera langsung walaupun keretanya agak teruk.Aku bernasib baik sebab bersedia lebih awal.Kalau tak,mungkin aku merempuh Honda City tadi.
Ketiga,memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut arus trafik.Kelajuan yang sesuai bagaimana?Tak terlalu perlahan atau terlalu laju.
Keempat,sebelum memulakan perjalanan,pastikan kenderaan berkeadaan sangat baik.Sistem brek,tayar berbunga tebal,cukup tekanan udara,selalu diservis dan sebagainya.
Apa pun kita cuma berusaha sebaiknya.Ajal maut bukan kita yang tentukan.Satu perkara lagi yang aku selalu perhatikan,pemandu di Malaysia cukup suka memasang lampu hazard bila hujan.Sebenarnya perbuatan tu berbahaya.Lampu hazard hanya untuk kecemasan,bila kenderaan rosak atau terpaksa berhenti di tepi jalan.Cukuplah sekadar membuka lampu dan pandu dengan berhati-hati.Kalau kereta korang bertayar lebar,perlu ekstra hati-hati bila jalan basah.Tayar lebar lebih lambat menyingkirkan air,so fenomena 'tayar terapung' lebih mudah berlaku.
Bersabar bila jalan sesak.Ini tak,bila lebuhraya sesak ramai yang memandu di lorong kecemasan.Aku cukup suka bila polis trafik tunggu tepi jalan dan tahan pemandu yang macam tu.Nak guna lorong tu,sila pakai motorsikal..Okehh??