Hari Jumaat,dengan spontannya aku dengan beberapa kawan kilang bercadang nak ke pantai Bagan Lalang har Ahad lepas.Aku on je,tempat pun dekat.Tengahari dah boleh balik berehat kat rumah.
Tiga buah kereta bertolak dari Puncak Perdana,Shah Alam jam 10 pagi.Masuk je ke Lebuhraya PLUS menghala ke Selatan,aku dah pelik apehal leader group kitorang ni bawak kereta laju sangat.
Rancak memotong kereta lain.Sampai exit Sepang aku dah pelik,kenapa tak exit je?Ada jalan lain yang lagi dekat ke?
Perjalanan diteruskan sampailah ke exit Nilai.Pun tak exit jugak?Aku dah makin pelik,kemana nak pergi sebenarnya ni.Leader makin laju memandu.Bayangkan konvoi 3 buah kereta termasuk aku yang tak tau nak kemana,aku terpaksa pecut 140km/j semata-mata tak mau tertinggal.Yelah,tak tau arah nak kemana.
Masuk Negeri Sembilan,aku nampak signboard Port Dickson.Agaknya nak mandi pantai kat Port Dickson kot.Layankan ajelah...
Makin lama bila nak sampai sempadan Negeri Sembilan-Melaka,aku dah tak puas hati.Aku call leader yang laju kat depan.Aku tanya la sebenarnya nak kemana ni??Bukan main laju driving,kang tak pasal-pasal kena speedtrap.Dia cakap nak pergi Sagil.Whatttt???SAGIL??
Apekebenda Sagil tu??
Member aku bagitau aku,air terjun Sagil kat Tangkak,Johor.What the f*** sampai Tangkak??Dia pulak pelik aku tak tau nak ke Tangkak.Aku mesej malam sebelumnya,plan jadi.Plan yang jadi tu setau aku nak ke Bagan Lalang la.Sorang pun tak bagitau aku pertukaran plan last minute.Kalau awal-awal bagitau,tak sanggup aku nak driving sejauh tu sekadar nak mandi air terjun.
Aku dah kecewa...Pertamanya badan penat perjalanan jauh,kedua kos minyak dengan tol RM100(hanya untuk mandi air terjun!),ketiga,takde sorang pun yang sudi korbankan RM0.15sen untuk SMS bagitau aku pertukaran plan.Keempat,aku memang tak minat nak mandi-manda kat air terjun ni.For sure lah aku tak bawa towel dan pakaian basah.Jemu dah mandi air terjun masa duduk kampung.Aku suka enjoy pemandangan je sambil makan-makan.
Mujur la terniat aku nak tambah minyak kereta aku yang ada setengah tank,dan keluarkan duit standby RM100.Jenis aku ni tak suka pegang cash banyak-banyak.Tunang aku pun agak kecewa sebab dia teringin nak lepak kat pantai.Lagipun dah janji kat abah dia nak balik tengahari.Dah sampai Johor cmana nak balik tengahari?
Lastly aku tukar plan,alang-alang dah sampai Tangkak,aku mesej member-member aku tadi yang aku tak pergi air terjun tu.Aku pergi Kolej Matrikulasi Tangkak,jumpa adik aku.Lagi berfaedah,at least dia hepi jugak dia bila aku datang dari jauh menjenguk dia.
Suasana pekan kecil Tangkak |
Sepanjang perjalanan ke Bandar Muar.Kiri dan kanan pemandangan kampung tradisional |
Satu yang unik disini,semua rumah mempunyai antenna tinggi-tinggi,50 kaki agaknya.Dapat siaran Singapore kot? |
Akhirnya bila menyeberangi Sungai Muar(betul ke ni),kami sampai ke Bandar Muar.Apa-apahal makan dulu,aku dah lapar sangat.Keluar rumah dari Damansara jam 8.30 pagi,di Muar lebih kurang jam 2 petang.Makan di Pizza Hut berdepan dengan Wetex Parade.Pelayan Pizza Hut Muar ni lain sikit,peramah semacam.Hilang penat memandu,hehe!
Suasana Bandar Muar di hari Ahad,agak tenang. |
Ni lah pusat beli belah terbesar di Muar,Wetex Parade.Teringat plak aku kat lambang salun Wella Design,hehe! |
Pemandangan dalaman Wetex Parade.Ok la jugak. |
Lepas hantar adik aku balik hostel,aku pun balik semula ke Damansara.Tak dapat pergi air terjun Sagil pun takpelah,puas hati dapat bawa adik aku jalan-jalan dan belanja dia makan.Harap dia hepi bila aku menjenguk dia.Bulan April nanti aku datang lagi jemput bila dia dah habis matrikulasi.