Jumaat, 21 Januari 2011

Si Dia Kuat Makan!

Hari ni Mizz Pucca ajak keluar tengok wayang.Mujur la sempat sembuh dari selesema dengan pantas.Tengahari semalam kena selesema,pagi tadi dah ok.So,oklah sebab agak lama tak berjalan ke panggung Cineplexes favourite aku.Lepas Jumaat Mizz Pucca pun sampai.
Dari dulu sampai sekarang memang job Mizz Pucca amik aku kat rumah.Biasanya boyfriend jemput girlfriend kan?Kes aku lain pulak,dah terbalik.Haha!Yelah,kereta dah bagi,takkan aku jugak nak pergi jemput.Biar dia pakai kereta pergi kerja,aku naik motor je.
Sampai je Cineplexes,tak tau nak tengok cerita apa.Cam takde cerita best jer...Hmmmm...jam dah pukul 3.45pm,movie apa yang terdekat.Lastly kitorang decide menonton filem Faster lakonan The Rock jam 4.50pm.


Movie pun lambat lagi,Mizz Pucca ajak pusing-pusing,macam biasalah.Kedai yang wajib aku singgah tiap kali  ke E@Curve,kedai Sun Comic.Cuci mata tengok action figure.Ehh!!Mana pergi model kit Gundam?Yang ada cuma figura Pooh je.Dah jadi macam Toys R Us plak.
Dok berjalan lagi kat aras satu,terjumpa kedai aiskrim Ice Age:


Mizz Pucca ni food monster,semua makanan memang fobia nampak dia.Hehe!Masa pun banyak lagi,Mizz Pucca order Blue Coral Ice Blended dan aku punya plak Mango Ice Cream.Sedap aiskrimnya!


Tekstur aiskrimnya unik,tak macam aiskrim biasa.Bentuknya macam flake,sangat lembut.Blue Coral Mizz Pucca ada Yogurt Pearl,macam telur ikan.Bila kunyah,benda tu pecah dalam mulut.
Habis makan aiskrim,Mizz Pucca nak tapau burger Prosperity plak dahh...Tak kenyang-kenyang ke dia ni??
Yelahhh...tapau la ye,buat bekal dalam panggung.Jangan lupa tapau dua ketoi,heeeee!!
Layan movie dari pukul 5.00pm sampai 6.30pm,tetiba sakit perut plak.Cepat-cepat balik rumah.Mujur rumah dekat dengan panggung.Mizz Pucca tunggu dalam kereta.Bila pergi balik kat kereta,dia ajak makan lagi!Berapa banyak makan daaa..
Mizz Pucca dah jatuh cinta kat sup campur kat Restoran D'Anjung ni rupanya.Aku dah tak larat makan dah,just order air je.Tengok dia makan nasi putih dengan sup campur.Kuah sup mesti habis.Kuat makan betol la tunang aku ni.Mujur tak tembam.Jangan marah ye Mizz Pucca!