Hasil tontonan drama Korea yang melampau,(tapi nak sebut 'selamat menjamu selera' dalam bahasa Korea pun tak reti,haha!),ditambah dengan kolum khas dalam Harian Metro,tunang aku dengan terujanya mengajak aku mencuba makanan Korea sebab nak ambik mood Korea la kunun-kununnya.
Terletak di No.11,Jalan Sri Gombak,Batu Caves,Spring Potato Cafe baru seminggu dibuka dan menu istimewanya ialah spring potato(macam french fries,tapi dipotong dengan mesin khas) berbagai perisa.Selain dari tu,menu lain ialah masakan popular di Malaysia dan western food turut disediakan.Mengikut penerangan Marketing Managernya yang peramah dan Bahasa Melayunya yang agak fasih,kafe ni adalah perniagaan keluarga mentuanya.
Encik Haikal atau nama Koreanya Jin Woon adalah warga Korea dari daerah Daegu,berkahwin dengan wanita Melayu dan sudah tiga tahun menetap di Malaysia.
Dan hari ni adalah hari pertama kafe Spring Potato menghidangkan beberapa menu Korea sebagai percubaan untuk maklumbalas pelanggan.
Bahagian dalam kafe yang dihias sederhana dengan warna-warna ceria disulami alunan lagu dari drama popular Korea |
Artikel-artikel akhbar yang menunjukkan menu utama kafe ni,spring potato yang sedap! |
Spring potato yang besar berperisa black pepper dan Perfect Taste,minuman campuran jus laici dan rambutan |
Makanan dah sampai! |
Sundubu jigae;campuran tofu,udang dan telur.Macam tomyam je, tapi tak pedas |
Ini pulak kimpab,rupanya macam sushi.Diberikan oleh pemilik restoran untuk kami rasa dan yang penting sedap dan percuma! |
Yang ini namanya kimchi.Tak cukup sifat Korean kalau tak ada kimchi. |
Menu yang dihidangkan adalah menyihatkan dimana minyak untuk gorengan menggunakan minyak zaitun(olive oil tanpa kolestrol),dan teknik masakan lebih kepada sup dan kukus.Rakyat Korea sangat mementingkan kesihatan dan amalan memakan kimchi dapat menjaga kecantikan kulit dan mengurangkan risiko kanser.Dat's why awek Korea berkulit bersih agaknya,huhu!
Sempat juga Encik Haikal@Jin Woon mencadangkan aku dan tunang aku honeymoon di pulau Jeju(Jeju/Cheju Island).Dia cakap tempat tu lebih berbaloi untuk dilawati berbanding Seoul.Emm...boleh kot,duit Nuffnang dah ada RM4.16sen,lagi 20 tahun boleh la pergi melawat Korea,haha!
Untuk maklumat lanjut,kunjungi laman web http://www.springpotato.com.my/ dan blognya http://potatoboom.blogspot.com/ .