Tahniah untuk pasukan Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh di Stadium Gelora Bung Karno untuk mengecap kejayaan yang amat bermakna sebagai penutup tirai 2010.
Berbekalkan 3 gol yang diperolehi di Stadium Bukit Jalil,Malaysia tampil sederhana walaupun diasak bertalu-talu oleh jentera serangan Garuda.Penjaga gol Malaysia,Khairul Fahmi berjaya mempertahankan golnya daripada bolos ketika Indonesia dianugerahkan sepakan penalti.Sepakan penalti yang diambil oleh kapten Indonesia berjaya dibaca dan ditangkap kemas.
Sebaik saja separuh masa kedua bermula,gerakan cantik dan penyudah yang sempurna dilakukan oleh penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF,Safee Sali memberikan Malaysia satu gol di tempat lawan.
Sejak awal permainan kelihatan pengadil dari Australia yang sedikit 'bias' kepada Indonesia,tapi tak melunturkan semangat pemain Malaysia untuk mengekalkan defisit empat gol.Pamain Indonesia juga bermain dengan agresif dan agak merisaukan kem Malaysia.
Akhirnya pemain Indonesia,Nasuha berjaya membocori gawang Malaysia setelah menyambut bola muntah yang mudah disempurnakan beliau.Dan Indonesia memperolehi gol kedua setelah sepakan dari pemain Indonesia terkena pemain Malaysia lalu menerjah kedalam gol.
Walaupun Indonesia mendahului 2-1,aggregat perlawanan masih memihak kepada Malaysia sebanyak 4-2 dan keadaan itu berlarutan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Sepanjang perlawanan,pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia yang mempamerkan kualiti permainan yang sangat baik dan secara peribadi,pemain terbaik perlawanan adalah Khairul Fahmi.
Sekali lagi sekalung tahniah buat pemain Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di arena sukan Asia Tenggara.