Ahad, 28 November 2010

Aston Villa 2-4 Arsenal (27 November 2010)

Andrey Arshavin menjaringkan gol pertama Arsenal.
Empat gol diperolehi Arsenal ketika berkunjung ke Villa Park menentang pasukan tuan rumah,Aston Villa.Kemenangan yang 'wajib' untuk Arsenal setelah tewas dua perlawanan berturut-turut iaitu kekalahan kepada Tottenham Hotspur dan yang terbaru dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara ketika menentang Braga.
Gol pertama Arsenal menerusi percubaan leret Andrey Arshavin yang menerjah sudut kiri gol Aston Villa pada minit ke-38.Gol kedua melalui rembatan cantik Samir Nasri yang menyambut bola sepakan sudut pada minit ke-44.Samir Nasri merupakan pemain Arsenal yang mempamerkan peningkatan prestasi yang ketara musim ini.
Selepas rehat,separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah memperolehi gol pertama hasil sepakan kaki kiri Ciaran Clark setelah mendapat bola hantaran Bannan.Gol dijaringkan pada minit ke-51.Arsenal bertindak pantas menjarakkan defisit gol setelah Marouane Chamakh menyempurnakan through ball dari Tomas Rosicky.
Tandukan pemain Aston Villa yang terkena palang dan melepasi garisan gol menjadikan kedudukan 2-3 pada minit ke-70.Sekali lagi hasil usaha keras Ciaran Clark.
Minit ke-84,Arsene Wnger melakukan pertukaran dua pemain,Kieran Gibbs dan Denilson menggantikan Samir Nasri dan Andrey Arshavin diikuti  Johan Djourou yang menggantikan Tomas Rosicky pada minit ke-89.
Di minit-minit terakhir permainan,Marouane Chamakh  melakukan hantaran didepan pntu gol Aston Villa dan ditanduk masuk oleh Jack Wilshere.Gol tersebut merupakan gol pertama Wilshere untuk Arsenal.
Kedudukan pasukan buat masa ini Arsenal mendahului tangga liga dengan 29 mata setelah 15 perlawanan dan bakal dipintas Manchester United yang mencatat jaringan 6-0 menentang Blackburn ketika perlawanan masih berada pada minit ke-68 buat masa ini.

Jaringan:
Aston Villa:Ciaran Clark(51',70')
Arsenal:Andrey Arshavin(38'),Samir Nasri(44'),Marouane Chamakh(55'),Jack Wilshere(90')

Foto dan informasi diolah dari arsenal.com