Isnin, 15 November 2010

Arsenal 2-1 Everton

Arsenal berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga,Chelsea selepas menewaskan Everton yang beraksi di tempat sendiri.Selain dari memintas kedudukan Manchester United,Arsenal merapatkan perbezaan mata dengan Chelsea yang tewas kepada Sunderland 3-0.
Arsenal mengekori rapat jumlah kutipan mata iaitu sebanyak 26 mata dan Chelsea masih menghuni tangga pertama dengan 28 mata.


Gol pertama Arsenal diperolehi hasil percubaan pemain pertahanan,Bacary Sagna pada minit ke-35 dari sudut sukar dan kapten pasukan Cesc Fabregas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48.Samir Nasri dan Marouane Chamakh juga berpeluang menambahkan jaringan tapi percubaan Nasri berjaya ditampan penjaga gol Everton,Tim Howard.
Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperolehi jaringan pada minit ke-88 melalui percubaan Tim Cahill ketika berlaku kekalutan didepan pintu gol.Lukasz Fabianski terpaksa bekerja keras menafikan percubaan-percubaan Jermaine Beckford,Steven Pienaar dan Louis Saha.
3 mata penuh yang amat penting untuk menebus kembali mata yang ketinggalan akibat kekalahan kepada Newcastle minggu lepas.Perlawanan diadili oleh pengadil,Howard Webb.