Pada masa kini,railway ni digunakan sebagai laluan 30% daripada keseluruhan eksport Rusia dan perjalanan ke seluruh negeri boleh dibuat hanya dalam tujuh hari. Ia jugak merupakan laluan untuk perjalanan kereta api paling mahal di dunia.
Keretapi Trans Siberian Golden Eagle |
Golden Eagle Trans-Siberia Express ini dirasmikan oleh Putera Britain, Michael of Kent pada bulan April 2007.Untuk Gold Class kabin,ia dilengkapi dengan skrin LCD,power shower, pemanas lantai dan penghawa dingin individu sementara chef di restoran keretapi ni menyiapkan masakan tempatan yang terbaik. Golden Eagle membawa pelancong kaya dan penumpang biasa hampir 6,000 batu dalam 15 hari, dengan kerap berhenti untuk perjalanan sehari.Penumpang akan menikmati perjalanan yang santai dan disajikan keindahan kawasan pergunungan di Ural.
Kos tambang kereta api paling mahal di dunia ni ialah $22,195 untuk bilik single atau $15,795 seorang untuk kabin kembar.