Rabu, 18 Ogos 2010

Matlamat dan Prinsip Berblogging

Salam...

Dah dua-tiga hari jugak takde entri baru pasal takde idea.Ada draft yang tak siap lagi,sebab belum cukup maklumat.Semampunya aku nak maklumat dari blog aku ni dapat digunakan dan sekurang-kurangnya hampir tepat.At least aku akan baca entri baru 2-3 kali sebelum aku post mana tau ada ayat yang berterabur or spelling yang salah,sebab aku tak suka baca blog yang salah ejaan,hehe!Pastu jenis blog yang loading page kemain berat.Laju je tangan aku klik 'x'.

Apa yang aku nak tulis pun aku pertimbangkan jugak.Maybe aku boleh tulis 3-4 entri sekali tapi bergantung pada topik.Aku sukakan topik-topik ilmiah,ada maklumat,dan boleh bagi manfaat kat orang lain yang baca artikel aku.Disebabkan aku ni suka macam-macam topik,tu yang blog aku ni ada macam-macam kategori.Ikut sedap tekak aku je nak tulis ape.Pendek kata aku takde ketetapan.

Ada orang wat blog pasal hiburan,movie,gossip,pancing dsb,tapi tak kisah la asalkan berinformasi.Tapi yang paling tak boleh blah bila jumpa blog pasal awek melayu b***l la,awek cun la,.Haha!Ape daaa!!Cmana pun,tu blog diorang,sukahati diorang la nak letak ape yek?

Setiap hari bila ada masa aku wat blogwalking yang aku rasa x efektif pun.Saje jenjalan kat blog orang.Kalau aku rasa menarik,tinggal komen dan aku follow je.

Stakat ni ada la yang ziarah balik,tapi tak follow pun.Takpe la,bukan taste diorang ye tak?Takkan nak wat syarat wajib follow plak.Itu pun ada gak aku dengar ada yang letak syarat mcm tu kalau nak join contest.Ape ke desperate sangat...Aku berpegang prinsip biar entri berkualiti,slowly akan meningkat jumlah pembaca.

Kadang-kadang artikel copy paste dah banyak kali jumpa pun still hangat dapat komen lagi.Ada jugak yang olah semula,so mcm tu aku tak kisah sangat la.Ada effort la jugak.Yang penting ada entri baru.Mcm aku ni tak kisah la kot,jarang update pun ok lagi.Bulan puasa lak tu,masa tak banyak nak menaip.Ada idea untuk entri baru pun kadang-kadang banyak halangan.Info tak lengkap,gambar blur...Aku pakai kamera henpon je,2MP lak tu.Ada rezeki terus sambar DSLR jela.Aku pun minat jugak dunia fotografi ni.

Emmm...cukup la tu,tak bleh membebel lama-lama.Kang bos aku perasan plak kat mana aku menyorok time keje,hee!Takat ni jela bebelan aku smentara waktu rehat keje ni...selamat berpuasa untuk diri aku dan jugak korang.Kalau ada terkasar bahasa,aku mintak maaf la ye?

20/08/2010 Update=

Akhirnya berjaya jugak aku menginstall CommentLuv  by http://intensedebate.com/ kat blog aku ni,hehe!walaupun tak banyak 'commentator',sekurang-kurangnya diorang akan rasa lebih bermakna kalau diorang komen kat memana entri.Yang tak bestnya,komen lama terpaksa di'hilang'kan(walaupun aku rasa boleh retrieve balik).Ok la,arini takde mud la aku nak menaip panjang-panjang.Esok lusa plak,buat dua-tiga entri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan