Pernah tak korang berangan nak jadi macam karekter filem yang baru korang tengok?Kalau pernah maknanya aku ni normal macam manusia lain,hehe!Aku bukan nak review filem2 ni,cuma nak cerita kenapa aku boleh tengok cerita2 ni berbelas2 kali and still tak jemu sampai skarang.Ada yang baru(xbrape baru jugak kot)dan ada yang lama.Jom belekkk!
National Treasure:Nicholas Cage,Diane Kruger
Director:John Turteltaub
Cerita ni memang menarik sebab adventurous dan mengisahkan pasal harta karun Knight Templar.Ape yang amazingnya pasal jalan cerita filem ni adalah diorang blend fiksyen ngan sejarah Amerika Syarikat dan Freemason.Sampai sekarang aku yakin Freemason tu memang wujud,haha!.Cerita ni bermula dengan klu yang mengatakan ada map ke lokasi harta karun kat belakang Declaration of Independence US.Banyak jugak benda2 dalam filem ni yang memang wujud dan ada dalam sejarah US macam simbol Freemason kat US1 bill,surat2 yang dikarang Silence Dogood,menara jam kat belakang US100 bill,semuanya klu yang ditinggalkan oleh ahli Freemason.Dalam movie kedua,National Treasure:Book of Secret pun sama,banyak sejarah US yang kita tak tau.Pas tengok cerita,browse la internet.Terutamanya pasal Freemason,seram pun ada.Dengarnya kat Malaysia ni pun ada Lodge Freemason,ape aktiviti diorang aku tak tau la.Ape pun dua2 filem ni jalan ceritanya mantap,layan je!
Enemy at the Gates:Jude Law,Rachel Weisz,Joseph Fiennes
Director:Jean-Jacques Annaud
Filem ni berdasarkan true story masa zaman perang Nazi Jerman-Soviet Union.Mengisahkan pasal marksman(sniper) Soviet Union bernama Vassili Zaitsev lakonan Jude Law.Bila Nazi dah mula menakluk Soviet dan sampai ke bandar Stalingrad,muncul seorang pemuda yang sangat cekap menembak kepala orang,hehe!Soviet kena pertahankan bandar tu sebab bandar Stalingrad membawak nama Joseph Stalin,PM diorang kot.Dengan senjata M91/30 Mosin-Nagant,Vassili berjaya tembak ramai officer Nazi.Dia tembak officer je untuk lemahkan semangat tentera Nazi.Nikita Khruschev(nama ni ada disebut dalam Metal Gear Solid 3:Snake Eater,berlatarbelakangkan zaman perang dingin),berkenan kat bakat mamat ni.
Encik Vassily Zaytsev
Vassili dinaikkan pangkat oleh Nikita Khruschev dan jadi trainer divisyen Sniper tentera Soviet.Realitinya si Vassili ni menembak 242 orang musuh antara Oktober 1942-Januari 1943,sebelum tu lagi la banyak,hebat gile dia ni.Senapang dia dipamerkan kat Moscow Army Forces Museum,dan yang paling berharga,Scope sniper ulung musuhnya,Heinz Thorvald yang berjaya Vasili tembak.Tengok cerita ni dan tau sejarahnya,korang akan terberangan nak jadi terer menembak macam Vassili,heeee...
October Sky:Jake Gyllenhall,Chris Cooper & Laura Dern
Director:Joe Johnston
Filem yang jugak based on true story ni berdasarkan pengalaman hidup Homer Hickam,saintis NASA yang merupakan seorang anak pelombong arang batu.Masa ni Jake Gyllenhall bebudak lagi.Sape yang tak kenal mamat ni,dia akan muncul dalam filem baru berdasarkan game PS2,Prince of Persia.
Homer ni hidup kat bandar kecik yang mana majoriti penduduk kat situ bekerja sebagai pelombong arang batu.Bapak dia boleh kata macam supervisor la kat lombong tu dan berharap anak2 dia akan ikut jejak jadi pelombong.Bila abang dia,Jim dapat biasiswa football untuk belajar kat kolej,tinggal la dia untuk menyambung harapan bapak dia walaupun dia tak nak kerja jadi pelombong.dia lagi suka jadi ahli sains.Homer belajar buat roket ngan kengkawan dia.satu eksperimen diorang ada failure dan diorang dituduh menyebabkan kebakaran hutan.
Macam-macam rintangan la yang dia kena hadapi,bapak dia sakit,dia kena brenti skolah n jadi pelombong.Bila dia berjaya kat science fair sekolah dia,dia join National Science Fair plak.Last minute replika display dia kena curi n orang kampung tolong buatkan model roket untuk dia.Homer menang dan dapat biasiswa untuk sambung belajar.Cerita ni menarik sbb tengok ketabahan Homer mengejar cita2 sampai dia jadi saintis NASA.Bukan senang nak senang ye tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan