Sabtu, 20 Mac 2010

Cuti-Cuti di Jerantut

Misi berperang dengan penghuni sungai Pahang

Weapon No.1:Pelbagai jenis gewang selaman dalam,cetek dan jugak popper.

                                                      
Weapon No.2:Seberapa banyak joran kekili biasa atau multiplier.Pinjam kengkawan punya pun boleh kalau tak cukup.

Weapon No.3:Umpan ikan jeruk Made in Vietnam.Berkesan untuk menggoda baung.Tapi standby glove kalau tak nak tangan bau najis,haha!Sebotol kecik lebih kurang setengah kilo harganya RM70-80 hengget...















LOKASI:TEBING SUNGAI PAHANG BERDEKATAN DENGAN PAM PASIR PULAU TAWAR
Awal pagi dah sampai ke lokasi.Dengan tak sabarnye terus ikat perambut,cucuk umpan sawit terus balinggg!Best gile,lama xjumpa sungai yang lebar camni.Nama je dok Pahang.Pedulik la air laju ke,keruh ke,janji memancing,hehehe!

Keter boleh parking sampai tebing sungai.Cantik pemandangan pepagi kat sungai Pahang ni.Tengok bot nelayan sungai kuar cari rezeki.Masa on da way main kejar2 ngan kete abang ipar aku.Mentang2 la laju,kemain jauh kena tapau.Dapat cucuk angin,dia p langgar taik lembu plak.Meletop taik lembu,bsepah kat bumper n cermin keter aku,hampeh!





Member sekampung dah boring nunggu pancing.Ape taknya,dari pagi naik anak baung je.Ni yang heran ni.Sungai kemain lebar,xkan anak ikan je.Perot pun dah lapar,ikan pun takde.Tukar ke plan B.Pindah port!








LOKASI KE 2:LUBUK YU,SUNGAI JERIK   
Waaaa.....Nampak best giler port ni.Sebenarnya tempat ni tempat rekreasi,tapi kitorang menjelajah ke hulu sikit,tempat takde orang.Xkan nak lempar gewang kat tempat orang mandi,sangkut telinga orang kang naya.
Kat sini la nak pakai senjata sulit tadi.air jernih camni kot lekat sebarau barang seekor dua.Dapat yang remaja pun ok dah....

Adik aku cuba nasib kat celah2 batu.Kalau tmpat yang mmg banyak ikan,cetek camni pun bsepah sebarau.Padahal masing2 perot lapar gila.Beli roti Gardenia konon2 nak buat umpan tengas,habis kitorang bedal.








Kesimpulannya setelah kitorang melepak sampai ke petang,dah takdir rezeki kami takde.Nak buat macamana...cuma dapat tenangkan fikiran kat tempat yang cantik ni.Lagipun matlamat utama nak isi masa lapang bila cuti lama masa raya.Lain kali kitorang repeat lagi bila aku ngan abang ipar aku sama2 ada kat kampung aku.

Tiada ulasan: