Selasa, 30 September 2014

Civic Type R Concept

Buat masa ni aku amat meminati jentera Toyota.Biasanya purist Toyota takkan sudi menyebut nama Honda.Hubungan ‘istimewa’ kedua-dua peminat jenama terkenal Jepun ni umpama penyokong PAS dan UMNO.Tak pernah sebulu langsung.

Disebabkan aku bukan purist,aku bebas untuk menghargai keajaiban kejuruteraan mana-mana pembuat kereta.Hihihi!Aku sayang dengan dunia automotif sebenarnya,tapi apa boleh buat..bidang kerja aku sekarang tak ada kena mengena langsung dengan mesin.Lebih kepada mencintai alam sekitar rasanya.

 

Toyota lebih veteran dalam dunia automotif berbanding Honda yang hanya mula membuat kenderaan empat roda pada awal 60-an.Tetapi Honda amat cepat berkembang,terutamanya selepas kemunculan teknologi ikonik VTEC.Banyak model-model lagenda yang terhasil di zaman kegemilangan automotif Jepun antara tahun 80-an hingga menjelang tahun 2000 seperti NSX,Integra,keluarga Civic dan juga roadster S2000.

Selain rekod dalam perlumbaan F1 yang lebih baik daripada Toyota,enjin F20C roadster S2000 juga adalah satu contoh kejuruteraan yang mengagumkan.Dengan isipadu silinder 1,997cc NA,enjin ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 247hp @ 218Nm tork.Aku pernah baca dalam majalah apa entah,enjin ni punya la mesra tuning.Tukar air filter je pun dah boleh dapat ekstra 10hp.Aku ingat kalau tukar mentol signal dia,mesti tambah lagi 0.0358hp.

Pendek kata bab enjin NA,Honda memang champion.Disokong pula dengan lambakan produk aftermarket dari macam-macam pengeluar,Honda menempa nama sebagai pembuat kereta yang disegani.Ayat kampungan tak boleh blah,lanjiooo betul….

Tahun lepas,aku dengar khabar angin yang Honda dah insaf daripada menghasilkan mesin rempit.Nak main teknologi hijau pulak katanya.Manakala model Type-R terakhir ialah FD2 dan juga FN2 yang keluar dari kilang Honda.Tapi masa tu pun aku dah musykil,iyelah,bertahun-tahun bergelumang dengan dunia perlumbaan,glemer pun pasal mesin lumba,ilmu F1 banyak,takkan la nak tinggal macam tu je kan?

Nak pulak Type-R ni umpama perkataan keramat.Tengok perkataannya pun dah tau laju.Branding Type-R ni sangat kuat sampai Kancil 660 pun rasa laju atas highway bila ada setepek stiker Type-R kat bonet belakang.Adrenalin rush terus,huhuh!2015-Honda-Civic-Type-R-turbocharged-engine

Sekitar awal tahun ni pulak,tiba-tiba muncul berita dan gambar di internet menunjukkan model misteri Honda yang bersalut stiker camouflage sedang menjalani ujian trek di Nurburgring.Rumor mengatakan model itu dikuasakan oleh enjin baru VTEC dengan tambahan pendesak turbo.Ingat dah insaf,makin menjadi-jadi pulak rupanya.

 

 

Antara cerita menariknya ialah matlamat Honda untuk merampas takhta pacuan roda hadapan terpantas di litar Nurburgring yang buat masa ini dipegang oleh Renault Megane RS 275 Trophy-R.Nama panjang-panjang ni tak laju juga tak tau la.

bff0ec3a475d3dea53a9f5e89c5f15fa

Ini adalah Civic Type-R Concept Halilintar Membelah Langit Champion League.Haaaaa….Power tak?

Dengan rekabentuk yang mewarisi genetik dari Civic FN,model terbaru ni menampilkan banyak inovasi baru selain daripada rupa luaran yang …… ah,susah nak describe.The most powerful & aggressive Type-R ever made.Bodek lebih ni boleh payung sebijik kot??

Secara ringkasnya Type-R baru membawakan dua perkara besar melalui model ini.Pertamanya enjin 2.0 liter i-VTEC turbo Earth Dream yang berupaya menghasilkan lebih 276hp untuk diagihkan melalui transmisi manual 6 kelajuan.Yang keduanya ialah butang ‘+R’.

Bila Type-R ditambahkan lagi ‘R’ apa maknanya?Rempit?Rajesh Khanna?

 

Butang +R memberikan pilihan lebih agresif daripadan mod standard Type-R.Dengan mengaktifkan mod ‘+R’,respon enjin dan steering,pemetaan tork,serta 4 point talaan suspensi  untuk lebih lincah di jalanraya mahupun litar lumba.Race Mode la senang cerita.Sistem suspensi depan juga ditambah sistem mekanikal apa kejadah kingpin tah,yang barang pasti tujuannya untuk memantapkan kawalan steering.

Setakat ni tak banyak informasi yang didedahkan,bagaimanapun aku yakin banyak lagi benda-benda yang menarik untuk diperkatakan dengan Type-R ni apabila spesifikasi rasmi diumumkan.

Bagaimana dengan Toyota?Ada tak model yang directly compete dengan keluarga Type-R?Maksud aku sedan bukan premium empat pintu,dan enjin NA/turbo pelesit.Tak ada?Sila bikin satu.

Khamis, 25 September 2014

Manfaat Speech to Text

Banyak kali kot aku cerita pasal henpon buruk aku yang rosak ni.Makin susah nak menaip teks.Bila dipegang vertikal,huruf ‘A’ tak boleh tekan,bila dipegang horizontal,huruf ‘J’ pulak taknak keluar.Terpaksa lah menaip sampai tonggang-terbalik henfon.

Masa bateri penuh oklah lagi,paling leceh bila tengah mengecas.Lubang USB mikro ni pulak dah lobos,apa taknya dua tahun lebih kena rogol tiga empat kali sehari,huhuhuhu!

Tapi disebabkan aku ni genius tanpa sempadan (puiiii!!),aku berjaya jumpa satu method menulis yang amat sesuai dipraktikkan bila terjadinya keadaan macam aku sekarang.Android ni cukup canggih sebenarnya,tapi aku yakin amat-amat sikit yang manfaatkan fungsi dia.Percaya tak,ramai yang beli smartphone sebab nak install WhatsApp,Wechat,main Facebook,selfie dan paling biasa sekali sebab nak bersaing dengan kawan-kawan.

Hehe!jangan marah,aku gurau je.

 

Rasanya ramai yang tau benda ni tapi tak pernah guna betul tak?Android ada satu feature speech to text yang mana benda ni menukarkan bait-bait perkataan yang kita cakap kepada teks.Fungsi ni amatlah berguna sekali bila skrin rosak ataupun kita nak tulis mesej sambil memandu.

Mula-mula kena configure dulu sebab by default bahasa yang akan ditaip adalah bahasa Inggeris.Tapi rasanya dia ikut tetapan bahasa masa mula-mula kita beli dan aktifkan phone.

Caranya macam ni,tapi ni dalam Android versi Jelly Bean 4.1.1.Alah,Android ni lebih kurang sama je fungsi asas dia:

1. Buka Setting

2.Scroll pilihan yang ada dan cari menu Language & Keyboard.Dia duduk dekat area Storage,Power,Date & Time bla..bla..bla..

3.Klik Language & Keyboard dan cari menu Voice Search

4.Dalam menu Voice Search,pilih Language

5.Klik kat situ dan pilih bahasa Melayu.

6.Bila dah siap,buka aplikasi SMS atau apa-apa jelah yang memerlukan korang menaip teks.

7.Rujuk gambar.2014-09-25_22-38-02 8.Nampak simbol yang ditandakan dalam kotak merah?Klik dan hold butang tu sampai keluar macam ni:

2014-09-25_22-38-11

 

9.Tekan dan akan keluar bunyi ‘beep’.Lepas tu cakap la apa korang nak cakap.Jangan sebut laju-laju pulak.Dia ni bukannya manusia.Kena cakap seketul-seketul baru boleh detect perkataan apa yang keluar dari mulut kita.Dah habis cakap tekan balik butang tu.

10.Sistem ni taklah perfect,tapi agak baik sebenarnya asalkan korang treat dia sebagai gajet ciptaan manusia,bukan sesuatu objek yang datang dari syurga.Slang etnik Melayu dia tak boleh detect ya?Jangan bantai bercakap dengan dia slang Kedah pulak.

Gunung Berapi Pulakk

Akhir-akhir ni (selalu perkataan pertama adalah kebelakangan),sejarah tanahair sangat mengujakan aku.Tak tahulah kenapa,tapi yang pastinya menelusuri sejarah Malaysia ni macam jigsaw puzzle.Semakin diteroka dan dicantumkan kepingan-kepingannya,semakin cantik gambaran yang terhasil.

Aku mula berblogging lebih kurang empat tahun agaknya.Masa mula-mula berblogging dulu,tentulah ada idola.Maksudnya blogger terkenal yang mampu goyang telor kat rumah tapi berduit.Selepas beberapa lama,aku rasa angan-angan nak jadi macam diorang ni baik dilupakan saja.Aku teruskan menulis tapi ikut acuan dan haluan aku sendiri.

Tengoklah entri blog aku,macam-macam ada.Ikut sedap tangan aku masa tu lah nak tulis apa.Sebabnya minat aku ni macam-macam,tapi yang kuat buat masa ni ialah isu teknikal,gadget,militari dan sejarah.Akan datang mungkin fotografi kot?

Dalam dunia berblogging ni,aku respek tiga orang blogger iaitu Shah Paskal ,Mo Razzi ,dan juga Cik Srikandi.Ketiga-tiganya berjaya memupuk minat aku mendalami sejarah walaupun pada asalnya aku lebih menggemari isu-isu militari hasil tulisan Shah Paskal.Brader ni la yang buka cerita pasal piramid Alam Melayu.Aku nak jadi macam dia tak bolehlah,dia kabel kuat.Banyak network.

Sekarang ni cerita piramid dia tergantung dah dua tahun kot.Sambil selang seli dengan cerita cari emas,la ni dia sibuk dengan misi cari gunung berapi kat Johor pulak.Adooiiii!Cerita bro Shah Paskal memang macam ni,kekadang tak terjangkau dek akal rasanya.Tapi sesiapa yang rajin siasat,InsyaAllah dapat pautkan kebenaran dalam bait-bait perkataan dia.

Actually bro Shah Paskal ni takkan share banyak info dalam blog dia kerana terikat dengan protokol,kecuali payung dia rokok League sekotak sambil TT.Tapi sebelum tu kena angkat sumpah menjaga kerahsiaan kot?hehe!

Bila la agaknya dapat duduk semeja sambil ternganga dengar cerita-cerita dia…hmmmm…..

 

Berbalik kepada cerita gunung berapi tadi,alkisahnya gunung berapi purbakala tu adalah tempat mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS masa banjir besar dulu…aaaaaaaaa….(ternganga)

Kemudian Nabi Nuh ternampak satu gunung berapi lalu Nabi Nuh AS berdoa supaya gunung tu berhenti mengeluarkan api.Allah SWT memperkenankan doa Nabi Nuh AS dan menutup lubang gunung tersebut dengan emas.Yaaaa….emas lagiii.

 

Tapi bukan ke bahtera Nabi Nuh AS terdampar di gunung Ararat?Versi lain cakap Bukit Judi.Kedua-duanya terletak di benua Asia Barat sana.Macamana tiba-tiba timbul versi mendarat di Tanah Melayu pulak?Nanti aku siasat ye kot-kot ada hikayat lama lain yang menceritakan pasal perjalanan Nabi Nuh AS ni.

Untuk menyiasat kebenaran posting brader Shah Paskal,mula-mula kena cari gunung berapi di Malaysia.Ada ke gunung berapi atau bekas-bekas dia kat Malaysia ni?Tak pernah jumpa dalam buku teks sekolah punn???

Hahahaha!Of course.Benda ni kena belajar dengan Universiti Google.Oklah,gunung berapi tak ada,tapi ada banyak mata air panas kan?Sebenarnya ada lebih 40 gunung berapi purba di Malaysia.Secara fizikalnya memang tak ada gunung berapi aktif macam kat Indonesia nun,sebab gunung berapi kat Malaysia ni dah mati berjuta-juta-juta tahun dulu.island

Yang pasti boleh dijumpai dalam carian Google ialah satu kawasan bekas gunung berapi,tapi di Sabah.Maria Ozawa Volcanic Caldera nama dia,yang terletak di Taman Bukit Tawau Sabah.Satu lagi ialah pulau yang muncul pada 21 September 1897 selepas berlaku aktiviti gunung berapi iaitu Pulau Tiga.Juga terletak di perairan Sabah.

Walaupun kedua-duanya adalah bekas gunung berapi,ianya tidak menepati kata kunci kedua iaitu JOHOR. We need more clue.

Bro Shah Paskal meninggalkan beberapa klu iaitu EMAS,GUNUNG,JOHOR,BELERANG,dan TIMUR dalam posting Facebook dia.Dengan menggunakan bakat mengGoogle aku,pencarian aku menuju kepada satu gunung yang menepati ciri-ciri yang digambarkan.

xxxhistoryxxx

 

Not exactly where it is,but real close to ‘that’ mountain.

Then,i stumble upon this yang mengukuhkan lagi fakta diatas: (BI jahanam sial)Ujian mineral disini juga pernah dilakukan menunjukkan ianya terkait dengan kata kunci EMAS.Malaysia ni kan Aurea Chersonese.

Aktiviti perlombongan emas secara haram juga pernah berlaku di hutan simpan berhampiran.Seminggu dapat 29K wooo!

xxxhistoryxxx2

 

Sori la ada padam-padam sikit ye?Hehe!Bukan apa,aku menghormati orang yang mula-mula menimbulkan cerita ni.Biarlah Shah Paskal explore dulu then tunggu dia karang hikayat explorasi dia.

Itupun kalau korang sabarlah.Kalau tak sabar,boleh je buat macam aku,then pergi sendiri.Aku boleh dapat dari Google takkan korang tak boleh ye dak?

 

Tapi jaga-jaga..dengarnya tempat tu angkerrrrrr…Huhuhu!

Rabu, 24 September 2014

Kopi Pasta Prevention Activation

Sebentar tadi aku berjalan-jalan ke blog lain menggunakan keyword sama sepertimana kebanyakan entri yang aku tulis.Nampaknya masih ada pihak yang tidak menghormati karya orang lain tanpa memberikan kredit.

Masalahnya ialah,link sumber dari blogger ternama ada pulak diorang letak?Ini tidak bagus.Mana boleh main pilih-pilih ni.Rasanya agak lama juga aku buangkan right click disable untuk menggalakkan perkongsian ilmu,dengan syarat link kembali sumbernya kesini.

Terpaksalah aku aktifkan semula preventive action untuk mengelakkan penjarahan idea.Barangkali perkara ni nampak remeh,

“Eleh,blog tak pemes,poyo je lebih!’

 

Tahu tak,beberapa blogger hebat yang aku kenal sudah mula melakukan kawalan informasi termasuk mengenakan bayaran yuran bulanan untuk akses?Ada juga yang mula berhenti menulis sebab kecewa hasil karya mereka diplagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,siap buat duit lagi.Akhirnya diorang buat buku,compile semua hasil tulisan diorang dan jual.Lebih baik begitu daripada tak dapat apa-apa.

Nampak tak perbuatan ni mendatangkan mudarat kepada orang lain yang dahagakan ilmu?Sebagai peminat,tak jadi masalah untuk berkorban sedikit wang untuk membeli buku.Sekurang-kurangnya ada galakan untuk diorang terus menulis.Ingat semua jenis blogger tulis entri tak keluar modal ke?

Lainlah jenis blogger yang main copy paste,sambil korek hidung pun blog boleh femes.Tapi habuk pun takde.Choiiii!

Selasa, 23 September 2014

Persona Hikayat Melayu Lama II

Salam jumpa lagi.

Nampak gayanya mood historian membuak-buak pulak malam ni.Terpaksalah lepaskan juga sangap menulis kisah sejarah.Benda yang aku tulis ni bukanlah benda yang baru,siapa pernah baca Sulalatus Salatin for sure biasa dengan kisah-kisah mitos pengembaraan Raja Suran.

Tapi bukan semua mitos ya?Ada dua tiga fakta yang terbukti benar bila dirujuk silang dengan informasi yang bertaburan di internet.

Oklah,kita sambung lagi kisah Raja Suran yang sedang berada bersama keluarganya di negeri Dika yang terletak dibawah laut.

 

Dalam tempoh anak-anaknya membesar,Raja Suran terfikir untuk membawa anak-anaknya keluar dari Negeri Dika.Dalam dok terfikir tu,dengan izin Allah SWT,datang raja jin? bernama Asmaghiah Peri masuk mengadap.Raja Suran pun meminta raja jin membuatkan tiga mahkota untuk dipakai anak-anaknya supaya ada tanda  pewaris Iskandar Zulkarnain.

Raja jin pun segera ghaib dan mengambil mahkota dari perbendaharaan Paduka Mambang

(Raja Sulaiman AS) dan diserahkan kepada Raja Suran.Raja Suran kemudiannya menyerahkan ketiga-tiga mahkota tersebut kepada Raja Aktabu’l-Ard dan berpesan supaya mahkota tersebut diserahkan kepada anak-anaknya apabila besar nanti.

Kemudian Raja Suran kembali ke permukaan laut dengan menaiki kuda semberani jantan (Pegasus) yang diberikan oleh Raja Aktabu’l-Ard.Sampai saja ke darat,Raja Suran disambut rakyatnya manakala kuda semberani kembali kedalam laut.

Selepas bersemayam di takhtanya,Raja Suran menitahkan menterinya menyiapkan bala tentera,pengangkutan kuda dan gajah,mengubatkan orang-orang sakit dan memperbaiki senjata yang rosak.Tujuannya adalah untuk begerak pulang (ke Negara Hindi).

Dalam masa yang sama,Raja Suran mengarahkan tukang ukir membuat satu *batu bersurat dan dicatatkan kisah pengembaraannya kedalam laut untuk diketahui anak cucu dimasa akan datang (masa kini).

Batu bersurat tersebut dipahatkan tulisan Hindustan dan dimasukkan emas,perak,permata,manikam dan benda-benda ajaib? lalu Raja Suran bertitah akhir zaman nanti seorang anak cucunya akan beroleh harta tersebut dan dialah raja yang menakluk seluruh negeri dibawah angin.

 

Now..apa pendapat kalian dari kisah pendek pendek pengembaraan Raja Suran?Terlalu dongeng?Wujud ke negeri bawah laut dan Pegasus?Bagaimana pula dengan siri bercakap dengan raja jin?Macam novel cerita seram Tamar Jalis pulak.

Aku sendiri tak tau apa jawapan yang sesuai untuk menjawab persoalan tu.Tapi yang pasti batu bersurat yang dipahatkan atas titah Raja Suran memang wujud.

 

Yes.Sila Googlekan batu bersurat Singapura.

 

__________________________________*****____________________________________

*Batu bersurat Singapura dijumpai oleh pekerja Stamford Raffles semasa membersihkan hutan di kawasan yang dipanggil Rocky Point berhampiran muara Sungai Singapura pada Jun 1819.Batu tersebut berketinggian 10 kaki,tebal dua ke lima kaki dan selebar 10 kaki (ada juga yang cakap sedepa,ada yang enam kaki).440px-SingaporeStone-bwphoto

Pelbagai usaha dilakukan untuk menterjemah tulisan tersebut termasuklah salinannya dihantar ke London,tetapi tiada yang pakar dalam bahasa purba tersebut.Pada tahun 1843,batu tersebut diletupkan oleh seorang Superitendan Kerja Awam British bernama G.D Coleman untuk membesarkan muara Sungai Singapura bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Perlabuhan Fullerton dan pembinaan kuarters.Kerja meletupkan batu dilakukan atas arahan Kapten D.H. Stevenson iaitu seorang Jurutera Penempatan.

Inskripsi asal sebelum diletupkan mempunyai sebanyak 50 hingga 52 baris tulisan.Seorang residen Singapura bernama John Crawfurd (1783-1868) pernah melihat batu tersebut dan dicatatkan dalam jurnalnya pada 3 Februari 1822.Catatannya berbunyi begini :

 

“On the stony point which forms the western side of the entrance of the salt creek,on which the modern town of Singapore is building,there was discovered,two years ago,a tolerably hard block of sandstone with an inscription upon it.This i examine this morning.

The stone,in shape,is a rude mass,and formed of the one-half of a great nodule broken into two nearly equal parts by artificial means; for the two portions now face each other,separated at the base by a distance of not more than two feet and a half,and reclining opposite to each other at an angle of about forty degrees.

It is upon the inner surface of the stone that the inscription is engraved.The workmanship is far ruder than any thing of the kind that i have seen in Java or India;and the writings,perhaps from time,in some degree,but more from the natural decomposition of the rock,so much obliterated as to be quite illegible as a composition.Here and there,however,a few letters seem distinct enough.

The character is rather round than square.”

Interpret la sendiri ye?Hehe!Aku interpret kan kang jadi serupa subtitle DVD cetak rompak pulak.Ada lagi satu deskripsi dalam jurnal tentang batu bersurat ni yang diterbitkan pada 1837,tapi korang cari sendirilah kat internet.Taip je Singapore Stone.

Leftenan Kolonel James Low meminta batu tersebut tidak dimusnahkan,malangnya permintaannya tidak diendahkan.Beliau menyeberang sungai dari pejabatnya dan mengutip serpihan batu bersurat Raja Suran.Serpihan bersaiz besar yang tertera tulisan dengan jelas dipahat menjadi bahagian-bahagian kecil oleh seorang lelaki Cina dan seterusnya dihantar ke muzium Royal Asiatic Society di Calcutta India untuk dianalisis.

Apabila berita mengenai pemusnahan batu tersebut sampai di Bengal,James Prinsep meminta Kolonel William John Butterworth untuk menyelamatkan saki baki batu bersurat dan dihantar ke Calcutta.Malangnya serpihan batu tersebut ada yang dijadikan tempat duduk dan serpihan terbesarnya terbiar di Fort Canning lalu dipecahkan untuk menurap jalan.Tapak Rocky Point sekarang ini sudahpun didirikan Hotel Fullerton.

Part_of_Singapore_Island_(British_Library_India_Office_Records,_1825,_detail)_-_cropped

Kedudukan Rocky Point

 

Catatan lain berkenaan batu bersurat Singapura dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir dalam Hikayat Abdullah yang menceritakan :

 

“di muka kuala sungai,mereka menemukan batu besar yang terlindung oleh semak-samun.Batu itu licin,berbentuk segi empat kira-kira sedepa lebar dan permukaannya terdapat inskripsi yang dipahat.Bagaimanapun tulisannya kurang jelas kerana hakisan air.Hanya Allah SWT yang tahu sudah berapa ribu tahun usianya.Selepas berita penemuannya tersebar,ramai penduduk pelbagai kaum datang melihatnya.Orang India mengatakan itu tulisan Hindu tetapi mereka tidak dapat membacanya.Yang Cina pula mengatakan itu adalah karakter tulisan Cina.

Saya melihat batu tersebut bersama Mr.Raffles dan Paderi Mr.Thomsen yang mana di mata saya kelihatannya seperti tulisan Arab,tetapi hurufnya tenggelam timbul dan kelihatan kurang jelas kerana hakisan air laut.

Ramai bijak pandai cuba menterjemahkan tulisan itu,ada yang menerakan ukiran batu tersebut dengan adunan tepung,dan ada yang menyapukan jelaga dakwat hitam untuk menampakkan tulisannya.Bagaimanapun tiada sesiapa yang berjaya.Akhirnya Raffles memutuskan tulisan tersebut tulisan Hindu berdasarkan sejarah imigran tertua yang menduduki Asia Tenggara.

Batu itu terbiar sehinggalah Mr.Bonham menjadi Gabenor dan Mr.Coleman meletupkannya.Amat malang sekali perbuatan itu amatlah tidak patut dilakukan entahkan tidak tahu kepentingannya atau memang bodoh dan bebalnya mereka.Mereka tidak mempertimbangkan bahawa ada pihak yang lebih bijak dari mereka untuk merungkai rahsia batu tersebut.Apa yang saya dengar,di England ada bijak pandai berupaya memahami tulisan pelbagai bahasa atau kaum.

Bak kata orang Melayu,”andai tidak mampu memperbaiki,janganlah pula dirosakkan” ”

Terjemahan diatas adalah terjemahan aku berdasarkan terjemahan Hikayat Abdullah dalam bahasa Inggeris.Dari Bahasa Melayu lama (W.G.Shellabear)> Bahasa Inggeris > Bahasa Melayu semula mungkin akan menyebabkan ketepatan catatan tersebut terjejas,tapi aku cuba sebaik mungkin memahami apa yang cuba disampaikan penulis asal.

 

Begitulah berakhirnya riwayat batu bersurat yang menceritakan pengembaraan agung Raja Suran.British ni memang jahat perangai dia dari dulu,lepas dijarahnya benda-benda berharga dalam negara kita,habis semua puing-puing diletupkan.Sebab tu payah betul nak buktikan yang tanahair kita dulu cukup maju tamadunnya sebab tak ada lagi struktur-struktur kota lama sebagai bukti.

Seperti biasa,beberapa soalan muncul difikiran.

1.Benarkah batu bersurat tersebut diletupkan untuk memberi laluan kepada pembangunan atau sengaja dilakukan untuk menutup sejarah tamadun Alam Melayu?

 

2.Tidakkah pelik monumen misteri yang belum sempat dikaji perlu dimusnahkan sedangkan pada masa itu sudah ada kesedaran memulihara kesan-kesan sejarah oleh pihak British?

 

3.Adakah barang-barang emas,perak,permata dan benda–benda ajaib yang telah dimasukkan oleh Raja Suran kedalam batu bersurat tersebut telah ditemui dan diseludup keluar dari Singapura?

 

4.Adakah pembangunan muara Sungai Singapura dijadikan alasan oleh pihak British untuk memecah dan mendapatkan barang-barang berharga tersebut setelah mengkaji manuskrip-manuskrip lama Sejarah Melayu?

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Stone

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB8QFjAA&url=http%3A%2F%2Fmymanuskrip.fsktm.um.edu.my%2FGreenstone%2Fcollect%2Fpublishe%2Findex%2Fassoc%2FDSulatus.dir%2Fdoc.doc&ei=E6QjVOe5K4rp8AWAhYKwCw&usg=AFQjCNFJA9-l1VUXlIJmaigLlSg6X56pyw&sig2=mN3fINQWCJMoEW5SB8XnZg