Jumaat, 29 Jun 2012
Nasib Kamera Digital
Sejak lima tahun kebelakangan ni,nilai pasaran kamera digital kompak menurun sebanyak 30% daripada $843 juta kepada $598 juta dan dijangka akan terus merudum.Puncanya adalah kerana kewujudan telefon-telefon pintar yang berupaya mengambil gambar berkualiti sebaik kamera digital kompak.Walaupun dalam beberapa segi kamera telefon pintar tak dapat menyamai fungsi kamera digital kompak,teknologi semakin berkembang dan tidak mustahil akan datang kamera telefon pintar mampu menyamai fungsi kamera kompak.Zum optikal barangkali.
Kita jangan terpedaya dengan cetakan pada kamera yang tertulis 20x digital zoom sebab digital zoom bukanlah zoom dalam ertikata yang sebenar.100x digital zoom sekalipun ia tidaklah menjadikan kamera tersebut lebih baik.
Digital zoom hanya membesarkan imej yang dikesan image sensor,maka sebab itu jika imej dari kamera digital dengan sensor resolusi rendah dizoomkan,imej akan menjadi blur.Nak cari kamera digital,dapatkan yang optical zoom,5 megapiksel pun sure cantik.
Maaflah aku selalu tersasar dari tajuk.Kamera digital kompak tetap ada pasaran dan permintaan cuma marginnya mengecil dengan ketara.Kebanyakan jurukamera profesional pun pasti menyimpan seunit kamera kompak digital untuk merakam momen penting.Apa kejadah nak pikul kamera DSLR merata-rata.Sekarang ni kan DSLR dah jadi gadget wajib untuk para peminat gadget walaupun hanya menggunakan setting AUTO untuk mengambil gambar.Bukan semua lah,ada la sikit-sikit yang macam itu untuk menampakkan wow factor jika dicompare dengan kengkawan yang lain.Ahaha!Heran gak aku,kekadang yang usung kamera besar-besar ni bebudak belajar je.Pakai PTPTN ek?
Jangan marah ye,kalau tak beli kamera macamana nak belajar amik gambar ye tak?Belajar teori je apa guna kalau tak ada barangnya.Macam main gitar juga,gitar kena beli dulu.Takkan belajar kod lagu,lepas tu tenyeh button controller PS2 main Guitar Hero.
Entri Yang Tak Mengundang Pageview
Rabu, 27 Jun 2012
F-35B Belly Gatling Pod
Hari ni aku banyak rembat news dari Gizmodo,hehe!Siapa mengikuti perkembangan dunia militari tentu tau jet fighter stealth F-35 Lightning II yang boleh VTOL.Sebenarnya ada beberapa varian F-35 dan tak semua boleh vertical take off.
Ciri utama fighter jet generasi kelima sudah tentunya stealth.Stealth yang dimaksudkan bukan halimunan dari pandangan mata,tapi rekabentuknya dapat mengurangkan kadar pengesanan radar.Biasanya rekabentuk stealth jet fighter mempunya bentuk badan yang smooth,low radar cross section dan tidak ada hardpoint dibawah sayap.Tujuannya untuk mengurangkan janaan haba yang terbentuk akibat geseran dengan udara yang memungkinkan radar dapat mengesan haba yang terhasil.
Gambar kat atas ni adalah sebuah F-35B dengan pod Gatling empat barrel GAU-22 dibawah perut jet yang menembak peluru 25mm pada kadar 3300 butir seminit.Tapi kenapa dipasang diluar badan?Sebabnya badan F-35 sudah sedia padat dan tiada lagi ruang kerana menempatkan lift fan yang besar untuk membolehkannya naik menegak.
Walaupun GAU-22 itu berketepatan tinggi,malang sekali ciri-ciri stealth terpaksa dikorbankan.Tambah enam lagi hardpoint,terus jatuh taraf jadi 4.5 generation jet fighter walaupun projek F-35 ini adalah projek pertahanan US termahal.Susah juga ya nak cipta jet yang betul-betul sempurna.Hatta F22 Raptor pun ada masalah oxygen supply dan masih belum combat proven walaupun canggih serba serbi.
Malaysia bila nak buat jet?Haha!Aku bukan nak memperlecehkan industri pertahanan tempatan tapi bila tengok mesingan Vita Berapi,bertakung air mata beb...Nak mencarut tak sampai hati sebab usahawan Melayu.Kapten Amir TUDM pernah cakap kat aku,STRIDE punya contribution terhadap pasukan pertahanan Malaysia masih sangat-sangat kecik…
Sepandai-Pandai Melintas Highway
Sama bangangnya macam drifting Arab style,dah la drifting tak ada seni,pastu ramai yang mati katak sebab kena rempuh bila kereta terbabas.
Ni kat China.Bebudak di China tak ada kerja berfaedah,akhirnya mendapat…
Guardian Tank;BMPT Terminator
Kebelakangan ni aku suka tanks.Baru atau lama.Aku harap DeAgostini Combat Tanks Collection akan keluarkan model ni;kereta kebal BMPT Terminator.BMPT bermaksud Boyevaya Mashina Podderzhki Tankov atau bahasa Inggerisnya Tank Support Fighting Vehicle.Kenapa tak dinamakan tankbuster ke,tank destroyer ke?Aku cakap macam tu sebab senarai senjatanya cukup banyak untuk sebuah tank.Cuma bezanya BMPT tidak mempunyai meriam utama,sebaliknya dilengkapi pelbagai senjata untuk menangani ancaman dari segenap sudut.Tugas utamanya adalah sebagai ‘penjaga’ MBT(Main Battle Tanks).
Secara amnya BMPT diasaskan dari chassis kereta kebal T-72.Dibina oleh Uralvagonzavod,kereta kebal ini seberat 47 tan dan digerakkan oleh enjin diesel V92S2 berkuasa 1000hp.BMPT Terminator mampu mengunci tiga sasaran serentak dengan kawalan tembakan berkomputer yang diadaptasi dari MBT T-90.Senarai persenjataan yang dipasang pada BMPT Terminator:
- 2 unit 30mm 2A42 dual feed cannons:850 butir peluru dengan kadar tembakan 600 butir seminit,pelbagai jenis amunisi seperti HE-T,APDS,HE-FRAG,AP-T
-2 unit pelancar grenad 30mm AG-17D dengan 600 butir grenad
-4 pelancar 130mm 9M120-1 Ataka T ATGM(Anti Tank Guided Missile) yang boleh menembak pelbagai jenis kepala peledak termasuk kepala peledak tandem HEAT untuk menembusi explosive reactive armor(ERA)
-1 unit machine gun PKTM 7.62mm dengan 2000 peluru
-Bom asap 81mm