Jumaat, 12 Ogos 2011

Kitab Misteri Dari Peti Surat Rumahku

Lepas balik kerja malam semalam,macam biasalah,aku memang akan check peti surat.Alang-alang sebelum naik tangga.Aku nampak la satu buku kecik,macam rupa Quran kecik pun ada.Dalam hati aku cakap,mungkin sempena Ramadhan ni Jawatankuasa Surau Blok perumahan aku sedekahkan Al-Quran.Masuk je rumah wife aku nampak aku jinjit kitab tu.
Terus dia tegur kenapa aku ambik.Aku jawab dah orang bagi aku ambik le.''Entah kitab apa tah dia bawak balik'',ngomel isteri aku.Aku jawab la,Al-Quran kecik kot.Ada tulisan jawi ni.



Aku selak-selak mukasurat kitab yang bertulisan jawi ni,aku cuba baca tapi haram aku tak faham sebab tak ada tanda bacaan.Tulisannya memang jawi,tapi tak tau bahasa apa.Selang beberapa mukasurat,aku dah rasa lain macam.


Apehal ada gambar-gambar pulak ni??Sah,ni bukan Quran.Entah kitab agama apa pulak aku terbawak balik ni.

Ni gambar siapa pulak ni???

Bila aku tanggalkan kulit pembalut kitab tu,barulah terserlah rupanya yang sebenar!


What the f****!Kitab apakah ini??!!Aku nak check semula adakah kulit pembalutnya tu kulit ba....ba.....biiii!!!Tolong aku,siapa yang tau atau pernah tengok kitab misteri ni.Adakah ini kitab Taurat,Zabur atau Injil???

Rabu, 10 Ogos 2011

Best Juga Honda Wave 125S

Sekarang dah bulan Ogos 2011,maknanya dah lapan bulan aku bermotorsikal ke tempat kerja.Kereta kesayangan aku dipakai oleh isteri aku dan motorsikalnya pulak jadi tunggangan aku ke tempat kerja.Sebelum ni aku biasa pakai motorsikal dua lejang je.Motor berenjin empat lejang aku tak minat sangat.
Tapi bila muncul Yamaha LC135,aku jatuh hati sebab motor tu banyak teknologi terbaru yang diaplikasikan ke sebuah motorsikal moped,antaranya silinder DiAsil,piston aluminium tempa,rocker arm yang dilengkapi roller bearing dan jugak karburetor dengan TPS.
Tapi aku tak la dapat pakai Yamaha LC.Aku cuma dapat tunggang Honda Wave 125S.Kira ok dah tu.Mula-mula aku ingat Honda Wave 125S ni biasa-biasa je,mungkin cuma ccnya lebih dari Honda EX5.Rupanya ada jugak sedikit teknologi baru iaitu piston bersalut seramik,rocker arm dengan roller bearing dan jugak EPBS(External Primary Braking System),untuk kurangkan jerking bila tukar gear.Agak bagus walaupun tak banyak macam LC.
Kebelakangan ni banyak pulak aku baca dalam laman forum,LC ada masalahnya yang tersendiri.Ada jugak empunya LC yang kata motor LC diorang tak boleh blah.Itu aku tak pastilah,nampak macam kencang je atas highway.
Mula-mula aku pakai Wave 125S ni,agak teruk juga nak perah lelaju,enjinnya mengerang kuat macam pakai sprocket gigi 38 pulak.Rasanya boleh pergi setakat 110 km/j je(kabel meter speedo dah putus).Yamaha Lagenda rilek je potong aku,malu beb.Pickupnya ok,tapi bila berjalan agak jauh  bunyi tapet agak kuat.Pastu cover set macam longgar sana-sini.
So,aku luangkan masa perkemaskan balik skru cover body(cover Honda 125S ni macam nipis,cepat pecah),laras skru angin karburetor kasi besar sikit dan laras semula kelegaan tapet.Hasilnya Honda Wave 125S ni boleh lari laju sikit dari sebelumnya.


-Lepas basuh ada cantik sikit,rasanya pertama kali basuh lepas take over lapan bulan lepas,haha!


-Part ni Honda memang fail.Boleh pulak getah pemijak ni worn out,padahal kena pijak je.Motor Yamaha Lagenda member aku lagi lama,pemijaknya still cantik lagi.


-Masa aku memula pakai,tak ada sebarang leaking.Lepas aku adjust tapet dan pakai minyak fully synthetic,terus leaking.Nak kata ada yang longgar,aku dah double check.Semua nat ketat.Berkenaan dengan tapet tadi,masalah bunyi tapet berulang kembali.Bila aku baca forum,ada owner Wave cakap bunyi tapet tu memang normal.


-Benda dekat karburetor ni aku tak tau gunanya untuk apa.Tak berani aku nak ubah posisinya.So,aku biarkan jelah.Sesape yang tau kalau boleh tinggalkan komen ya?

Aku cukup berkenan dengan rekabentuk Wave 125X Ultimo.Nampak langsing dan paling aku suka,ekzosnya.Agak-agak boleh masuk tak?Nampak macam boleh sebab aku rasa Honda ni tak buat chasis baru untuk model baru.Silap-silap 125S pun boleh tukar masuk cover Ultimo.
Plan aku raya nanti,aku nak bawa balik kampung untuk menaiktaraf Wave 125S ni supaya boleh memalukan Yamaha LC.Bukan nak laju sangat,cuma nak sedap bawak atas highway.

Selasa, 9 Ogos 2011

Waktu dan Saluran Perlawanan Pembuka Liga Perdana Inggeris 2011/2012

13 Ogos nanti bermulanya Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.Persaingan pastinya sengit dan empat pasukan teratas rancak membeli pemain-pemain baru untuk meneruskan penguasaan liga.Berikut ialah jadual perlawanan terawal dan waktu siarannya di Astro.

13 Ogos 2011 (Sabtu)

1.Blackburn vs. Wolves  (21.55pm) 
*tiada tayangan perlawanan

2.Fulham vs. Aston Villa (21.30pm)
-Channel 817/831

3.Liverpool vs. Sunderland (21.55pm)
-Channel 832/812

4.Queens Park Rangers vs. Bolton (21.55pm)
*tiada tayangan perlawanan

5.Tottenham vs. Everton (21.55pm)
-Channel 813

6.Wigan vs. Norwich City (21.55pm)
*tiada tayangan perlawanan


14 Ogos 2011 (Ahad)

1.Newcastle vs. Arsenal (00.30am)
-Channel 817/831

2.Stoke vs. Chelsea (22.00pm)
-Channel 817/831

16 Ogos 2011 (Selasa)

1.Manchester City vs. Swansea (02.54am)
-Channel 832/812

Menurut jadual perlawanan dalam laman web rasmi Liga Perdana Inggeris ,perlawanan selepas Stoke vs. Chelsea ialah Manchester United vs. West Bromwich Albion.

Berikut ialah screenshot jadual siaran di Astro:

Peminat Man U jangan kuciwa.Bukan tak ada,maybe Astro belum update.Untuk sementara waktu,boleh cari dan download Sopcast streaming video,hehe!
*sumber Astro

Isnin, 8 Ogos 2011

Fakta Tentang Burger

Owhh..dah lama tak menyekik burger kat Burger King.Pasti senak kalau pekena Whooper Black Pepper.Nak plak air boleh refill,tapi last time aku pergi dah takde refill.Apa taknya,sebelum balik aku refill penuh-penuh pastu blah,haha!
Jom tengok infografik makanan segera yang takmenyihatkantapisedap ni.



Kereta Mr.Bean Rosak





Kereta kepunyaan Mr.Bean yang rosak teruk selepas terbabas dan terbakar.Kereta model McLaren F1 ni hanya ada 106 buah didunia.
Pada Mac 1998,kereta ni adalah kereta yang terpantas di dunia dengan mencatatkan kelajuan 372km/j.Berenjinkan BMW S70/2 yang menjana 627hp,for sure kereta ni agak susah dikendalikan pada kelajuan tinggi kalau jalan basah.
Satu ciri unik kereta ni ialah,heat sink untuk bahagian hood enjin belakangnya diperbuat daripada emas.


Tu la Mr.Bean,ko selalu sangat aniaya orang.Pantang jumpa kereta roda tiga ni.Hehe!