Salam jumpa lagi.
Nampak gayanya mood historian membuak-buak pulak malam ni.Terpaksalah lepaskan juga sangap menulis kisah sejarah.Benda yang aku tulis ni bukanlah benda yang baru,siapa pernah baca Sulalatus Salatin for sure biasa dengan kisah-kisah mitos pengembaraan Raja Suran.
Tapi bukan semua mitos ya?Ada dua tiga fakta yang terbukti benar bila dirujuk silang dengan informasi yang bertaburan di internet.
Oklah,kita sambung lagi kisah Raja Suran yang sedang berada bersama keluarganya di negeri Dika yang terletak dibawah laut.
Dalam tempoh anak-anaknya membesar,Raja Suran terfikir untuk membawa anak-anaknya keluar dari Negeri Dika.Dalam dok terfikir tu,dengan izin Allah SWT,datang raja jin? bernama Asmaghiah Peri masuk mengadap.Raja Suran pun meminta raja jin membuatkan tiga mahkota untuk dipakai anak-anaknya supaya ada tanda pewaris Iskandar Zulkarnain.
Raja jin pun segera ghaib dan mengambil mahkota dari perbendaharaan Paduka Mambang
(Raja Sulaiman AS) dan diserahkan kepada Raja Suran.Raja Suran kemudiannya menyerahkan ketiga-tiga mahkota tersebut kepada Raja Aktabu’l-Ard dan berpesan supaya mahkota tersebut diserahkan kepada anak-anaknya apabila besar nanti.
Kemudian Raja Suran kembali ke permukaan laut dengan menaiki kuda semberani jantan (Pegasus) yang diberikan oleh Raja Aktabu’l-Ard.Sampai saja ke darat,Raja Suran disambut rakyatnya manakala kuda semberani kembali kedalam laut.
Selepas bersemayam di takhtanya,Raja Suran menitahkan menterinya menyiapkan bala tentera,pengangkutan kuda dan gajah,mengubatkan orang-orang sakit dan memperbaiki senjata yang rosak.Tujuannya adalah untuk begerak pulang (ke Negara Hindi).
Dalam masa yang sama,Raja Suran mengarahkan tukang ukir membuat satu *batu bersurat dan dicatatkan kisah pengembaraannya kedalam laut untuk diketahui anak cucu dimasa akan datang (masa kini).
Batu bersurat tersebut dipahatkan tulisan Hindustan dan dimasukkan emas,perak,permata,manikam dan benda-benda ajaib? lalu Raja Suran bertitah akhir zaman nanti seorang anak cucunya akan beroleh harta tersebut dan dialah raja yang menakluk seluruh negeri dibawah angin.
Now..apa pendapat kalian dari kisah pendek pendek pengembaraan Raja Suran?Terlalu dongeng?Wujud ke negeri bawah laut dan Pegasus?Bagaimana pula dengan siri bercakap dengan raja jin?Macam novel cerita seram Tamar Jalis pulak.
Aku sendiri tak tau apa jawapan yang sesuai untuk menjawab persoalan tu.Tapi yang pasti batu bersurat yang dipahatkan atas titah Raja Suran memang wujud.
Yes.Sila Googlekan batu bersurat Singapura.
__________________________________*****____________________________________
*Batu bersurat Singapura dijumpai oleh pekerja Stamford Raffles semasa membersihkan hutan di kawasan yang dipanggil Rocky Point berhampiran muara Sungai Singapura pada Jun 1819.Batu tersebut berketinggian 10 kaki,tebal dua ke lima kaki dan selebar 10 kaki (ada juga yang cakap sedepa,ada yang enam kaki).
Pelbagai usaha dilakukan untuk menterjemah tulisan tersebut termasuklah salinannya dihantar ke London,tetapi tiada yang pakar dalam bahasa purba tersebut.Pada tahun 1843,batu tersebut diletupkan oleh seorang Superitendan Kerja Awam British bernama G.D Coleman untuk membesarkan muara Sungai Singapura bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Perlabuhan Fullerton dan pembinaan kuarters.Kerja meletupkan batu dilakukan atas arahan Kapten D.H. Stevenson iaitu seorang Jurutera Penempatan.
Inskripsi asal sebelum diletupkan mempunyai sebanyak 50 hingga 52 baris tulisan.Seorang residen Singapura bernama John Crawfurd (1783-1868) pernah melihat batu tersebut dan dicatatkan dalam jurnalnya pada 3 Februari 1822.Catatannya berbunyi begini :
“On the stony point which forms the western side of the entrance of the salt creek,on which the modern town of Singapore is building,there was discovered,two years ago,a tolerably hard block of sandstone with an inscription upon it.This i examine this morning.
The stone,in shape,is a rude mass,and formed of the one-half of a great nodule broken into two nearly equal parts by artificial means; for the two portions now face each other,separated at the base by a distance of not more than two feet and a half,and reclining opposite to each other at an angle of about forty degrees.
It is upon the inner surface of the stone that the inscription is engraved.The workmanship is far ruder than any thing of the kind that i have seen in Java or India;and the writings,perhaps from time,in some degree,but more from the natural decomposition of the rock,so much obliterated as to be quite illegible as a composition.Here and there,however,a few letters seem distinct enough.
The character is rather round than square.”
Interpret la sendiri ye?Hehe!Aku interpret kan kang jadi serupa subtitle DVD cetak rompak pulak.Ada lagi satu deskripsi dalam jurnal tentang batu bersurat ni yang diterbitkan pada 1837,tapi korang cari sendirilah kat internet.Taip je Singapore Stone.
Leftenan Kolonel James Low meminta batu tersebut tidak dimusnahkan,malangnya permintaannya tidak diendahkan.Beliau menyeberang sungai dari pejabatnya dan mengutip serpihan batu bersurat Raja Suran.Serpihan bersaiz besar yang tertera tulisan dengan jelas dipahat menjadi bahagian-bahagian kecil oleh seorang lelaki Cina dan seterusnya dihantar ke muzium Royal Asiatic Society di Calcutta India untuk dianalisis.
Apabila berita mengenai pemusnahan batu tersebut sampai di Bengal,James Prinsep meminta Kolonel William John Butterworth untuk menyelamatkan saki baki batu bersurat dan dihantar ke Calcutta.Malangnya serpihan batu tersebut ada yang dijadikan tempat duduk dan serpihan terbesarnya terbiar di Fort Canning lalu dipecahkan untuk menurap jalan.Tapak Rocky Point sekarang ini sudahpun didirikan Hotel Fullerton.
Kedudukan Rocky Point
Catatan lain berkenaan batu bersurat Singapura dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir dalam Hikayat Abdullah yang menceritakan :
“di muka kuala sungai,mereka menemukan batu besar yang terlindung oleh semak-samun.Batu itu licin,berbentuk segi empat kira-kira sedepa lebar dan permukaannya terdapat inskripsi yang dipahat.Bagaimanapun tulisannya kurang jelas kerana hakisan air.Hanya Allah SWT yang tahu sudah berapa ribu tahun usianya.Selepas berita penemuannya tersebar,ramai penduduk pelbagai kaum datang melihatnya.Orang India mengatakan itu tulisan Hindu tetapi mereka tidak dapat membacanya.Yang Cina pula mengatakan itu adalah karakter tulisan Cina.
Saya melihat batu tersebut bersama Mr.Raffles dan Paderi Mr.Thomsen yang mana di mata saya kelihatannya seperti tulisan Arab,tetapi hurufnya tenggelam timbul dan kelihatan kurang jelas kerana hakisan air laut.
Ramai bijak pandai cuba menterjemahkan tulisan itu,ada yang menerakan ukiran batu tersebut dengan adunan tepung,dan ada yang menyapukan jelaga dakwat hitam untuk menampakkan tulisannya.Bagaimanapun tiada sesiapa yang berjaya.Akhirnya Raffles memutuskan tulisan tersebut tulisan Hindu berdasarkan sejarah imigran tertua yang menduduki Asia Tenggara.
Batu itu terbiar sehinggalah Mr.Bonham menjadi Gabenor dan Mr.Coleman meletupkannya.Amat malang sekali perbuatan itu amatlah tidak patut dilakukan entahkan tidak tahu kepentingannya atau memang bodoh dan bebalnya mereka.Mereka tidak mempertimbangkan bahawa ada pihak yang lebih bijak dari mereka untuk merungkai rahsia batu tersebut.Apa yang saya dengar,di England ada bijak pandai berupaya memahami tulisan pelbagai bahasa atau kaum.
Bak kata orang Melayu,”andai tidak mampu memperbaiki,janganlah pula dirosakkan” ”
Terjemahan diatas adalah terjemahan aku berdasarkan terjemahan Hikayat Abdullah dalam bahasa Inggeris.Dari Bahasa Melayu lama (W.G.Shellabear)> Bahasa Inggeris > Bahasa Melayu semula mungkin akan menyebabkan ketepatan catatan tersebut terjejas,tapi aku cuba sebaik mungkin memahami apa yang cuba disampaikan penulis asal.
Begitulah berakhirnya riwayat batu bersurat yang menceritakan pengembaraan agung Raja Suran.British ni memang jahat perangai dia dari dulu,lepas dijarahnya benda-benda berharga dalam negara kita,habis semua puing-puing diletupkan.Sebab tu payah betul nak buktikan yang tanahair kita dulu cukup maju tamadunnya sebab tak ada lagi struktur-struktur kota lama sebagai bukti.
Seperti biasa,beberapa soalan muncul difikiran.
1.Benarkah batu bersurat tersebut diletupkan untuk memberi laluan kepada pembangunan atau sengaja dilakukan untuk menutup sejarah tamadun Alam Melayu?
2.Tidakkah pelik monumen misteri yang belum sempat dikaji perlu dimusnahkan sedangkan pada masa itu sudah ada kesedaran memulihara kesan-kesan sejarah oleh pihak British?
3.Adakah barang-barang emas,perak,permata dan benda–benda ajaib yang telah dimasukkan oleh Raja Suran kedalam batu bersurat tersebut telah ditemui dan diseludup keluar dari Singapura?
4.Adakah pembangunan muara Sungai Singapura dijadikan alasan oleh pihak British untuk memecah dan mendapatkan barang-barang berharga tersebut setelah mengkaji manuskrip-manuskrip lama Sejarah Melayu?
http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Stone
https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB8QFjAA&url=http%3A%2F%2Fmymanuskrip.fsktm.um.edu.my%2FGreenstone%2Fcollect%2Fpublishe%2Findex%2Fassoc%2FDSulatus.dir%2Fdoc.doc&ei=E6QjVOe5K4rp8AWAhYKwCw&usg=AFQjCNFJA9-l1VUXlIJmaigLlSg6X56pyw&sig2=mN3fINQWCJMoEW5SB8XnZg