Selasa, 16 Jun 2015

Duit…

Bak kata member aku,duit ringgit.

Nilai semasa Ringgit Malaysia buat masa ni adalah RM 3.755 = USD 1.Nampaknya nilai wang kita menghampiri nilai tambatan ringgit semasa krisis ekonomi global tahun 1998 dulu.Bagi orang biasa macam aku,nilai wang yang rendah berkadar terus dengan harga barangan.Matematik mudah,barang yang dahulu berharga USD 100 = RM280 (contoh) ,sekarang nilainya RM 375.5.Peningkatan sebanyak RM95.5 dek kerana nilai wang yang jatuh teruk.
RM Chart

Tengok nilai sebelum krisis ekonomi dulu,nilai ringgit sekitar RM2.5 untuk satu dollar Amerika.Ada pendapat yang cakap nilai ringgit sebegini bagus untuk pertumbuhan ekonomi negara sebab harga barangan keluaran kita kekal kompetitif di luar negara.Value ringgit tinggi sangat pun tak boleh juga,karang barang eksport negara kita jadi mahal.
Bermula 2006 hingga 2013,ada turun naik tapi masih lagi oklah,malang sekali nampaknya grafnya semakin menaik sampai ke hujung carta.
Aku bukanlah pakar ekonomi pun.Dipendekkan ceritanya,kalau tunjuk kat pakcik-pakcik kampung,diorang pun faham maksud nilai duit jatuh ni.
Lain ceritanya dengan sorang menteri kita yang keluarkan statement ‘pelik’ baru-baru ni.Katanya dia adalah orang yang paling suka bila nilai ringgit jatuh.Alasannya baik untuk pelancong supaya diorang rasa berbelanja di Malaysia murah.Itu alasan dia.Yang kita nampak,dia cuma kejar KPI portfolio jawatan yang dia pegang.
tourist_arrival_receipts

Angka-angkanya nampak menarik,tapi bagaimana angka-angka ini boleh membantu mengurangkan beban kehidupan yang meningkat secara terus?BR1M?Berapa persen rakyat Malaysia yang layak terima BR1M?Berapa lama pula amaun BR1M yang diterima mampu bertahan?
Pusing-pusing celah mana pun,faedahnya untuk rakyat tetap tidak terasa untuk jangkamasa panjang.
Berbalik kepada statement ‘nilai ringgit jatuh itu bagus’.
Perhatikan level masyarakat yang bagaimana yang marah dengan kejatuhan nilai ringgit.Anda semua tahu jawapannya.Berlainan pula dengan pemain industri yang berurusan dengan matawang dolar.Mungkin kita terkejut,ada pihak yang bersetuju dengan statement menteri tersebut.
Aku bagi contoh,

Kompeni lama aku menjual produk ke US dengan harga USD1000/kg,atau purata RM3120.0 (2013).Purata jualan bulanan katakan 150kg,didarab dengan 12 bulan.Jumlah penuh jualan tahunan ialah RM5.6 juta.
Berdasarkan nilai semasa ringgit tahun ni,katakan jumlah jualan masih sama tetapi dengan nilai purata tukaran RM3.615/USD,jumlah penuh jualan produk ialah RM6.507 juta setahun.
Sekarang nampak tak?Kerana permainan nilai ringgit ini,syarikat untung hampir RM1 juta?Katakan aku adalah usahawan tersebut,baguslah macam tu.Dengan prestasi mendatar pun masih boleh buat untung.Lojiknya mestilah suka betul tak?
Sekali lagi,aku bukanlah budak ekonomi,ini cuma teori kasar semata-mata.Realitinya aku macam orang lain juga.Shopping barang untuk persediaan puasa semalam tak setara mana pun dah rabak RM280.Macam makcik aku cakaplah,tiap-tiap tahun gaji naik,tapi kenapa tak dapat rasa peningkatan kualiti hidup.Apa taknya,harga barang pun sama naik.Sebagai manusia normal,ada ke orang yang suka perkara membebankan?Ada?Haishhhh……doa-doa lah ye supaya negara kita ni terhindar dari perkara-perkara buruk di masa akan datang.Cukup-cukuplah apa yang kita rasa sekarang ni.

Sekian.

Rabu, 29 April 2015

Kepala Ikan Punya Pasal

Macam-macam respon orang ramai pasal berita kedai makan sup kepala ikan kat Kelantan tu.Aku macam biasalah,lebih suka respon kat dalam blog ni daripada tunjukkan emosi aku dalam Facebook.

Isunya ialah harga semangkuk sup kepala ikan yang mencecah harga *RM130-150.Dengarnya sebelum pihak berwajib serbu premis tu,diorang dah mintak surat tunjuk sebab untuk justifikasi penetapan harga sebegitu.Di pihak peniaga pulak,diorang tak dapat bagi jawapan kepada pihak berwajib sehingga tamat tempoh yang diminta.

Sebagai pengguna dan seorang bapa,respon aku untuk harga se’mangkuk’ sup kepala ikan dengan harga RM130 ialah mahal.Please enlighten me,kepala ikan apa yang mahal sangat tu.Aku biasa kepasar,harga kepala tenggiri atau ikan merah sekitar RM33-RM42 sekilo(purata RM37.5).Katakan berat satu kepala ikan bersaiz besar ialah 1.5kg.Harganya RM56.25.Campur kos untuk memasak dan untung yang berpatutan,masih jauh lagi untuk cecah angka RM100.Kecuali kalau dia masak sup kepala ikan kelah.Ataupun barangkali mangkuk dia bersaiz rim mangkuk 15”.

Sepertimana tindakan pihak berwajib yang meminta peniaga menjustifikasi harga sedemikian,pihak peniaga patut explain panjang lebar lah sebab apa dia rasa harga yang diorang letak tu sepadan dengan apa yang ditawarkan.Bagi tahulah kos bahan mentah,kos overhead bla..bla..bla…convincekan pihak berwajib dengan fakta yang mungkin diorang tak nampak.

Bila awak senyap je maknanya apa?

 

Lagi satu dari segi logistiknya,kos bahan mentah kat sana jauh murah(sepatutnya) sebab berdekatan dengan laut.Boleh beli direct daripada nelayan,bukan ada peraih yang makan untung atas angin pun ye tak?

Sesetengah komentar cakap,biarlah dia nak jual mahal,tak mampu makan kat situ jangan la pergi beli.Kenapa nak dengki dengan perniagaan orang Melayu.Suka hati kau lah labuuuu…masak sendiri lagi jimat.Bukan susah pun buat sup.

 

*sumber

Isnin, 27 April 2015

Pi***id (sambungan)

Hari ni aku rasa nak menulis pasal sejarah pulak lah.Cerita pasal piramid je….Yelah,kalau bukan sebab piramid aku yakin ramai yang tak minat nak baca cerita-cerita sejarah.Sebenarnya aku dah tutup cerita pasal piramid ni sebab bukti fizikal belum ada.Leceh lah nak convincekan orang setakat guna papan kekunci.

Persoalan utama bila melibatkan cerita piramid sudah tentulah dimana terletaknya piramid-piramid ni.Ni aku nak bagitau awal-awal,sampai habis entri ni korang baca pun aku takkan sebut lokasi tepatnya.Bukan pasal aku berahsia,pasal aku tak sure.Tapi dia ada.

408771_421849721207705_923581441_n

Mula-mula kita tengok balik map lama Kepulauan Melayu diatas.Ada beberapa lokasi yang ditandakan sebagai lokasi piramid.Tapi kita akan fokuskan kepada dua lokasi sahaja di Semenanjung.Macam yang aku pernah sebut sebelum ni,radiusnya amat besar dan jangan ada yang cuba-cuba buat lawak nak cari dengan Google Earth.Memang takkan dapat.

Jadi,kaedahnya ialah rujuksilang dengan cerita-cerita hikayat lama,dalam kes ni Sulalatus Salatin.Dipendekkan cerita,perjalanan Raja Suran yang asalnya nak menakluk Empayar China  telah tersesat sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dan menyaksikan sekurang-kurangnya dua peperangan besar tercetus iaitu dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Langgiu.

Kedua-dua kerajaan yang tewas ni ditinggalkan begitu sahaja apabila Raja Suran kembali ke Amdan Negara.Dipermudahkan lagi cerita,lokasi piramid di alam Melayu ni ialah di tapak kerajaan-kerajaan lama yang tewas tadi.

Anda dapat pinpoint kat mana pusat kerajaan Gangga Negara dan Langgiu,dapatlah jumpa piramidnya sekali.Nampak macam mudah tapi mencabar sebenarnya.Sebagai pencetus semangat,bacalah petikan novel Bercakap Dengan Jin hasil karya Tamar Jalis.Batch-batch sebaya aku je sempat layan novel angker pakcik Tamar Jalis ni.Paling aku ingat ialah hantu bajang,lidah panjang suka makan telur mentah,haha!Nampak macam tak ada kaitan langsung,cerita hantu bajang dengan sejarah Melayu lama kan?Baca je dulu,tak rugi pun.Baca kat blog abang Merah Silu ni,http://merahsilu.blogspot.com/2008/03/mencari-asal-usul-beruas-gangganegara.html

 

Sedikit petikan novel tersebut,

 

"Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.
Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.”

 

Dah habis baca?

 

Rasa-rasa ilmu penuh didada,persiapkan peralatan kembara korang dan silakan cari piramid tu.Tak berminat aku nak berahsia-rahsia sangat.Sebabnya hanya segelintir je yang dapat ‘jumpa’ tempat tu.Itupun tak boleh bawa balik apa-apa.Hehe!So,tunggu ajelah orang yang benar-benar layak untuk cari dan keluarkan semua khazanahnya.

Harus diingatkan juga,angkatan tentera Raja Suran yang menyerang dan menjarah empayar-empayar lama Tanah Melayu ni amat besar.Kemusnahan yang dibawa juga besar.Sebab tu lah sampai sekarang orang tak percaya kewujudan tamadun-tamadun awal Tanah Melayu ni.Macam perumpamaan yang aku tunjuk kat member baik aku Sabtu lepas.

Kitorang makan tengahari kat satu kedai makan berhampiran apartment bekas hostel pekerja Perodua.Kebetulan depan kedai tu ada satu projek lot kedai terbengkalai lebih kurang belasan tahun.Cuma sempat naik tiang je.Selepas belasan tahun terbiar,anak-anak pokok kayu sudah sebesar lengan katang(pffftttt!!) aku.

Itu baru belasan tahun,bayangkan pula runtuhan kota-kota lama didalam hutan yang berusia ribuan tahun.Lagi mau cari dengan Google ka?