Jumaat, 6 Februari 2015

HESSTAR Dead Man Chest Freezer

Tengah bulan lepas wife aku beli chest freezer dari Lazada.Diringkaskan cerita,Sabtu lepas GDeX hantar barang tu kerumah aku.Kesian aku tengok bebudak GDeX memikul chest freezer Hessstar HCF-N10 120 liter tu naik aras 4.
Sampai mengeluh la budak tu...Baru kerja lojistik ye dik?

Biasa la kerja lojistik kena angkat barang.Tak mau angkat barang,adik kerja la cleaner.Batang mop takde la berat macam chest freezer,hihihi!Abang bukan nak kutuk adik.Abang cakap macam ni sebab peti ais kat rumah abang tu dah berpindah randah turun naik tangga tujuh lapan kali.Semua abang buat sorang dik.Sorang-sorang tahu?
Pernah aku pikul peti ais tu atas bahu naik aras tiga masa wife aku pindah ke Raub.Nak kata badan aku sado tidak le,benda-benda macam ni kena pakai otak.Work smart.Lagipun kalau aku tak angkat,siapa nak angkat?Sama la macam bebudak GDeX tu,kalau diorang xmau angkat,sampai bila pun kerja tak siap.Sabar ye?
Al kisahnya dengan chest freezer yang wife aku beli tu,aku cuma buka kotak dia kemudian letak tepi dinding.Malas nak ON sebab wayar tak sampai.Lagipun baru sangat benda tu sampai,kalau nak ikutkan manual instruction dia kena biarkan paling kurang satu jam lepas tu baru boleh ON.
Selalunya aku tak peduli sangat tentang teori ‘jangan terus ON freezer lepas pindah’.Kononnya nak bagi gas dia stabil.
Sebab pendapat aku pulak lain.Refrigerant ni duduk dalam sistem tertutup.Sepanjang laluan dia,refrigerant akan berubah-ubah bentuk daripada gas,cecair dan jadi gas semula.Seluruh piping dia lalu.So,apa faedahnya nak bagi gas dia stabil?Dalam waktu operasi pun gas dia dah dimampat,kembang,menyerab haba dan dimampat semula.Takde maknanya dia nak stabil.

Kebetulan waktu tu aku mengemas rumah,banyak la barang-barang yang aku buang,termasuklah polistrin dalam kotak chest freezer tu.Buat apa aku nak simpan,buat semak rumah je.Kotaknya je aku ambik,sebab boleh guna untuk simpan barang.Chest freezer tu aku tak ON kan juga sampailah hari Isnin.
Petang tu lepas balik kerja,wife aku teruja la nak ONkan.Berpandukan manual dia,ONkan lepastu adjust thermostat ke tahap maksimum.Lepas 4 jam,bolehlah barang-barang mula disimpan dalam freezer tu.
Sampai ke malam,aku rasa dinding dalam freezer tu tak sejuk-sejuk.Power masuk,kompressor jalan,tapi apesal suhu dia macam lantai rumah aku je?Hari Selasa cuti Thaipusam kitorang monitor lagi operasi chest freezer tu.Hasilnya tetap sama.
Akhirnya hari Rabu kitorang decide yang chest freezer tu tak berfungsi.Ni kiranya first time dalam hidup aku,beli barang elektrik yang defect.Malam tu juga aku bungkus balik baik-baik,isi borang warranty online,report kat Lazada dan bawa turun masuk dalam Myvi.Myvi jugak yang berjasa.Dah la malam Selasa tu kena sumbat tilam saiz queen 6 inci tebal.Champion lojistik sebenar!
Pihak Lazada respon komplen kitorang dengan mengemelkan borang pemulangan item yang aku bawa sekali semasa penghantaran semula ke ECart Services apekebenda tah.Pagi semalam aku ke tempat pemulangan tu.
Tempat nak return barang pun tricky jugak kalau nak tau.Terletak di Jalan TS 6/1 Taman Perindustrian Subang,bangunan dia tersorok dibelakang bangunan futsal.Masuk je pagar dewan futsal tu.Register kat pak guard,masuk dalam dan bagitau pak guard satu lagi yang kita nak pulangkan barang.Nanti pandai la dia bagitau person in charge(PIC).
PIC yang accept barang aku tu bagi salinan return form dan bagitau segala urusan testing,replacement dan delivery akan dibuat dalam masa 10 hari.Ok.Aku ok je asalkan barang yang aku dapat balik boleh berfungsi.Nak repair ke,nak ganti ke aku tak kisah.
Tengahari tadi wife aku forward screenshot yang Lazada dah respon.

11.23 pagi : RM0.00 LAZADA - Your return from/form?? order 3018xxxxx has been received.We will conduct a quality evaluation within 2 business days and update you once done.
11.31 pagi : RM0.00 LAZADA – Your replacement for the item(s) from order 3018xxxxx has been initiated.Please expect to receive your new order number within today.
Disusuli dengan satu lagi SMS yang memberikan nombor order baru dan emel pengesahan.Wife aku cakap,laju Lazada buat kerja.Bagi aku biasa je,Lazada ni baru.Satu Malaysia kenal pulak tu.Diorang kena la jaga reputasi.
Sekarang zaman moden,pengguna banyak saluran untuk komplen kalau rasa tertipu.Ertinya kalau nak berbisnes lama,jaga pelanggan dan barang yang dijual…Sekian.

** Chest freezer gantian dah pun sampai lebih kurang seminggu lepas aku return barang.Semua berkeadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.Lepas 10 minit pun dah boleh rasa dinding dalam chest freezer tu sangat sejuk.Ini baru betul.Apapun,thanks Lazada untuk immediate action.

RON95 vs. RON97 : Final Stage

Akhirnya,seseorang dah buat ujian perbandingan petrol RON95 vs. RON97 dalam penggunaan harian.At least,diorang dah cuba adaptasi sedekat mungkin tabiat pemanduan harian yang mempengaruhi penggunaan bahanapi.

Harap korang dah baca dulu artikel tu di link berikut:

 

http://paultan.org/2015/02/04/ron-95-vs-ron-97-fuel-test-use/

 

Rasanya isu penggunaan bahanapi yang sesuai ni sampai bila-bila pun takkan habis dibincangkan sebab masyarakat nampaknya masih tak faham-faham apa itu nombor RON.Selain dari mentaliti angka yang besar bermakna lebih bagus,masyarakat jugak masih terperosok dengan mindset bahawa ‘mahal lebih baik’.Cuba mintak diorang eksplen sikit ape benda RON dengan nombor-nombor kat belakang dia.9/10 confirm tak tau apa.

Sedangkan petrol paling murah dalam Malaysia,RON95 adalah petrol premium di luar negara.Kekadang bila aku tanya kengkawan sendiri pun,respon diorang mesti macam ni,”pakai 97 enjin sedap sikit’.Sedap yang macamana aku tak taulah sebab tak boleh ukur.Pada aku ‘sedap’ yang diorang maksudkan datangnya dari tanggapan petrol mahal lebih power.

Benda tu dah tertanam dalam kepala siap-siap.Tak boleh ubah dah.Sedangkan hakikatnya sama je hasilnya kalau dipakai pada kereta-kereta kebanyakan.Teori ni sama la macam pakai muffler ekzos perang cap ayam.Disebabkan mindset kita dah tetapkan yang bunyi perang macam kereta resing,hasil dia mesti laju macam kereta resing.Sedap pulak nak menekan pedal tu sampai redline sebab nak dengar bunyi perang dia.Of coz la laju kereta tu perginya.

Masa pakai ekzos standard takde plak nak menekan sampai macam tu ye tak?Sebab tu timbul rasa pakai ekzos perang kereta jadi laju sikit.Cuba pergi dyno tengok,ada improvement ke tidak.Silap-silap tork low end berterabur.

Sekarang tengok balik ujian penggunaan bahanapi PaulTan.Harapnya ramai orang lebih faham penggunaan bahanapi yang sesuai untuk kereta masing-masing.Tau la RON97 dah murah,mampu je pun bayar kan?Apa barang pakai petrol RM1.70.Mesin rumput je pakai petrol murah ni.

FC table

 

Percaya tak walaupun dah tengok table ni,akan ada golongan yang masih tak faham?

Cuba tengok ruang RON95 vs. RON97 untuk Polo Sedan 1.6 MPI.

Polo Sedan yang guna RON97 dapat distance lebih baik (13.44km/l) berbanding yang pakai RON95 (13.03km/l).Untuk jarak perjalanan yang sama,sebanyak 17.612 liter RON97 dibakar berbanding 18.160 liter RON95.Perbezaan adalah sebanyak 0.548 liter.Nampak jimat RON97 disitu kan??

Kalau korang terus fikir RON97 lebih jimat berdasarkan perbezaan penggunaan liter bahanapi,korang silap besar.

Dengan harga semasa bahanapi,kos untuk perjalanan tersebut (YANG SAMA JARAKNYA) untuk kedua-dua jenis bahanapi ialah:

 

RON97 : RM2.00/liter

17.612 liter x RM2 = RM35.224

 

RON95 : RM1.70/liter

18.160 liter x RM1.7 = RM30.872

 

Nah,sekarang nampak tak untuk jarak yang sama,penggunaan petrol RON95 jauh lebih jimat RM4.325,atau ekstra 33.36 kilometer (RM4.325/RM1.70 = 2.56 liter x 13.03km/l) jika kos yang digunakan untuk membayar petrol RON97 digunakan untuk membeli RON95.

 

Bila difikirkan lebih dalam,ini bukan soal petrol apa yang lebih baik lagi dah,persoalan dalam pemilihan bahanapi ni lebih kepada apa yang anda cari sebenarnya.Nak jimat,angka-angka diatas dah tunjukkan.Nak performance,pergi jenguk balik kondisi kereta anda,spec yang ditetapkan pengeluar.Tanya diri sindiri berapa lama dah tak tukar air filter.

Setakat kereta marhaen,toksah pakai lah petrol premium sangat.Faedah pun takde,hasil tah kemana.

Sebab tu la PaulTan and the gang pun still prefer RON95 untuk kenderaan harian.

Mungkin terma performance/prestasi kenderaan tak boleh disamakan dengan kuantiti jarak perjalanan dalam pemilihan bahanapi mana yang sesuai untuk kereta masing-masing.

Contohnya kereta A boleh pecut 0-100km/j dalam masa 9.5 saat bila pakai RON97,tapi bila pakai RON95 prestasinya merosot sikit,10 saat mungkin.Ini nak jimat masa bolehlah,bukan duit.Itupun kalau boleh dibuktikan dengan ujian-ujian yang boleh diterimapakai.

Agak rumit sebenarnya kalau isu ni nak didebatkan dengan perbincangan teknikal.Banyak faktor yang memberi kesan kepada penjimatan dan prestasi kenderaan.Nanti kita bincangkan kemudian.Karang ada yang muntah hijau nak hadamkan semua benda-benda ni,padahal nak pilih petrol je pun,bukan nak buat tesis.

Secara ringkasnya,terimalah kenyataan diatas.Buang mentaliti bahawa RON95 ni petrol cap ayam.Kata nak jimat….bila petrol RON95 murah,korang pulak dok pertegak fakta petrol mahal lagi bagus. Hakikat sebenar dah dibuktikan.Kontranya dalam iklan TV,petrol mahal lebih kilometer.Ambik kau,hidup-hidup kena kencing dengan kompeni minyak,kohkohkoh!

Isnin, 2 Februari 2015

Kasi Hadamkan Sikit…

Hari ni macam tergerak hati nak menulis lepas baca posting dari satu page Facebook yang memberikan reaksi berkenaan saranan sorang Menteri supaya memboikot peniaga Cina.

Sekali baca pun kita dah tau saranan tersebut berbunyi rasis.Soal rasis atau tak bergantung kepada terjemahan memasing,aku taknak masuk campur.Ada baiknya meh fahamkan dulu akar umbi permasalahan harga barang yang nampak mustahil untuk turun hanya semata-mata kerana petrol murah sikit.

Semuanya berpunca dari ketidakstabilan harga bahanapi.Orang ramai sebut harga minyak.Tolong perbetulkan yang ini dulu.Yang dok turun naik dan paling buat rakyat Malaysia marah ialah harga bahanapi,bukan harga minyak.Minyak ada banyak jenis,minyak wangi,minyak afiat,minyak belacak,minyak hitam…ahhh..macam-macam jenis lah.Tapi minyak-minyak yang banyak ni orang tak bising kalau harga dia mahal sekalipun.Cuba tengok minyak lintah,orang jual dalam Facebook sebotol 30ml RM50 pun ramai yang dok suruh PM..PM..Padahal minyak lintah tu tah apa yang lintahnya,minyak kelapa yang lebih.

Aku bukan nak membongak,ceritanya aku pernah buat benda ni masa aku kerja kompeni kosmetik dulu.Aku tau la dilution ratio dia berapa.Betul-betul pure punya minyak lintah,bau dia macam taik tau tak?Korang sure tak sanggup nak letak kat ‘adik’ korang.Bini terbau pun silap-silap mintak cerai.Pokoknya orang tak kisah pasal minyak lintah mahal sebab nak sedap,tapi bising bila bahanapi naik harga.

Aku cakap macam tu bukan sebab aku sokong harga bahanapi mahal,tak…aku pun sama tak setuju sangat tindakan kebudak-budakan main harga bahanapi ni.Impak dia macam sekarang kita rasa ni lah.Barang maintain mahal walaupun harga petrol RON95 dah RM1.70 seliter bermula tengah malam semalam.Ingat senang nak control peniaga?

Kita tengok contoh mudah,kuih.Harga standard kuih-muih sekarang sebijik 40 sen.Jarang orang beli dua-tiga bijik.Biasanya orang akan beli lima bijik pada harga RM2.Padahal nak makan 3 ketul je.Rasa toksah cakaplah,sekadar melepas batuk ditangga.Nak tambah majal lagi,karipap lima ketul semua inti angin.

Kebetulan pula kebanyakan yang jual kuih dan semua bangsa dalam Malaysia ni makan ialah kuih buatan orang Melayu.Orang Cina beli kuih Melayu,India beli kuih Melayu,Serani pun beli kuih Melayu.Sebabnya orang Melayu punya kuih je semua bangsa boleh makan.Orang Cina nak makan kuih orang India buat?Orang Melayu nak makan kuih Cina buat?

Bila harga kuih tak turun lagi sedangkan harga bahanapi dah murah,semua pihak nampak peniaga kuih Melayu makan untung lebih.Yelah sebab orang Melayu yang jual kan?Lepas tu pulak ada menteri tambah nasik, suruh boikot peniaga Cina.Haaa…kat sini la punca satu bangsa lain panas punggung.Racism katanya.Diorang counter balik statement dengan ambil contoh kuih mahal tadi.

Sekilas pandang memang,peniaga kuih Melayu pasal apa jual kuih mahal sangat.Ikutkan jiwa pahlawan tadi aku rasa macam nak komen je kat page tu.Tapi,aku selalu akan delete semula komen aku sebelum post bila emosi dah stabil dan kembali waras.Kat sini ramai yang fail kawal emosi.Semua ikut kepala lutut.

Sebabnya kena fikir balik,sebelum jadi kuih banyak bahan mentah yang perlu digunakan.Ambik contoh karipap angin.Bahan yang perlu ada ialah kentang,bawang,ikan bilis,cili kering,serbuk kari,minyak masak,tepung gandum dan marjerin.Banyak kan?Belum kira tenaga dengan gas lagi.

Secara asas lojiknya,harga kuih dikira berdasarkan kos modal + upah buat kuih.Bahan mentah untuk kuih tadi beli kat mana?kedai runcit?Pasaraya?

Tak kira kedai atau pasaraya,diorang cuma penjual barangan.Diorang pun nak upah juga,upah menjual dan kos operasi.Balik kebelakang lagi kita jumpa pengedar.Pengedar-pengedar ni pulak bukan kerja free bang.Anak bini pun nak kena suap nasik.

Kemudian barulah kita jumpa pengeluar.Sama juga macam penjual kuih nak buat kuih,pengeluar pun memerlukan bahan mentah.Kalau nak diikutkan rantaian bekalan ni masih belum sampai ke penghujung tapi cukup la kalau kita faham setakat pengeluar bahan mentah.

Ok,sekarang buat sikit kajian.Sambil-sambil pilih barang kat pasaraya,cuba baca sikit label kat bungkusan dia.Syarikat apa/mana pengeluar barang tu.Kemudian kaji bangsa mana punya.Jangan tak tau,nama kompeni Melayu Islamik tak semestinya dimiliki orang Melayu Islam.Alahhh…tak payah fikir susah la ye?Soalan paling senang aku bagi.Bangsa apa yang banyak jadi tauke?

 

Tulah jawapan kepada persoalan kenapa kuih seketul 40 sen.Bai.