Isnin, 29 Disember 2014

Lawa Pulak Yamaha R3 Ni

Sebenarnya tak ada isu-isu besar yang aku nak ulas kat sini walaupun penghujung tahun ni masa yang sesuai untuk orang takde idea nak buat entri macam aku.Just compile semua peristiwa-peristiwa besar dalam tahun 2014 dan nahhhhh…siap satu entri.

Kemudian aku teringat satu news dalam dunia permotorsikalan iaitu berkenaan pelancaran entry level superbike dari Yamaha melalui model baru R3.Cerita ni bukan baru pun,aku je yang malas nak menulis.

2015-Yamaha-R3-Blue_1

Tanggapan pertama aku ialah – motor ni cantik.Serius.

Flavor tipikal Yamaha sangat ketara dalam setiap perincian rekabentuk dia.Dari jauh pun boleh teka.Model ni kiranya macam famili R1 baru lah,tapi version entry level.

Cantik dipandang je pun tak cukup sebenarnya.Model yang diperkenalkan di EICMA Milan tahun ni dipastikan cukup ampuh untuk menyaingi kategori 300cc yang dikuasai Kawasaki Ninja 300.Apa?Honda CBR300?Macam kurang wujud je kt Malaysia ni.

Enjin yang dipasangkan pada R3 ni berkapasiti sebesar 321cc,dua silinder sejukan cecair dengan susunan injap DOHC EFI.Agak tak aci disitu sebab terlebih 21cc,heeeee!!

Gabungan stroke pendek 44.1mm vs 68.0mm bore dan nisbah mampatan 11.2:1 menghasilkan kuasa maksimum 42hp pada 10,750rpm.Revvy gayanya enjin ni.2015-Yamaha-R3-4Blue_A12-590x393

Dengan berat basah hanya 368lb,nampaknya R3 bakal merampas takhta kategori 300cc daripada Kawasaki.Tapi itu spec Europe.Malaysia ni lain macam sikit,silap-silap kena downgrade power dia.So,janganlah mengharap sangat….Kalau dapat dibawa masuk ke pasaran Malaysia pun dah cukup baik dah.

Di luar negara,harga yang ditawarkan sekitar $5000.Duit Malaysia aku rasa sekitar RM20k++ jugak ni.Harap Yamaha Sungai Buloh akan assemble CKD dia.Spesifikasi lanjut baca jelah kat Cycle World.com.

Jumaat, 12 Disember 2014

Coretan Akhir Tahun

Kekurangan entri?

Ya,saya sangat sibuk.Terutamanya selepas menerima ‘orang baru’ iaitu anak lelaki saya Muhammad Dani Zhafri pada 30 November lepas.Berkebetulan dengan tempoh itu juga tulang belakang saya yang pernah dibedah tahun 2011 dulu kembali bermasalah.

Semua maklum terutamanya para bapa,fasa isteri berpantang adalah satu fasa yang ‘perit’ yang dikongsi bersama isteri.Perit berjaga malam,perit menguruskan anak-anak dan juga perit menguruskan isteri yang masih belum sihat.

Tak sampai sehari selepas anak dan isteri discharge dari wad,anak kedua saya terpaksa dirujuk ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) Hospital Selayang kerana terdapat rashes di sekitar mata kanan yang menyebabkan matanya tak dapat dibuka.

Mula-mula kami cuma bawa Dani ke klinik biasa,tapi doktor klinik tu minta kami terus ke Hospital Selayang malam tu juga.Saya macam biasalah,malam-malam dengan kain pelikat dan cuma membawa dompet.Dengan berpakaian santai macam tu saya ke Hospital Selayang,menunggu prosedur rawatan bayi.Dah la pinggang bermasalah.Sekuriti pulak tak bagi duduk kat sofa,katanya seat tu untuk orang sakit saja.Saya yang memang dah tak tahan sakit tanpa malu smash balik sekuriti tu.Saya pun orang sakit.Tempat menunggu tak ada.

Lepas doktor ambil sampel darah anak kami terpaksa dimasukkan ke wad sebab masalah yang nampak kecik pada orang dewasa,adalah masalah besar untuk bayi.Dari jam 8.30 malam ke klinik,kami menunggu sampai hampir 2.00 pagi.Sebabnya prosedur hospital gomen ni pelik sikit.Setiap kali orang yang berlainan datang check,setiap kali juga la diorang sedut darah.Lepas tu yang peliknya,bila sorang datang,dia buka bedung baby,lepas tu blah pi mana tah.Jenuh la memekak budak tu kesejukan.

Kita sebagai parent ni terpinga-pinga apa benda diorang buat ni sebenarnya.Maksud saya kronologi rawatan.Lepas check,tinggal.Kita tertanya-tanya kena stay berapa lama ni.Sepatutnya diorang kena explain la apa yang parent perlu buat.Paling simple cakap jelah parent boleh balik dulu.Cenggitu kan senang,tidak le kita menunggu macam apa tah.Saya agak hangin sebab saya kena berdiri lama,kerusi ada sebijik pulak tu.Of kos la priority kat wife saya yang baru lepas bersalin.

Dipendekkan cerita hari Rabu pagi kami visit anak dalam wad.Harapnya boleh discharge sebab rashes tu pun dah hilang.Nurse pun ada cakap pukul 10.00 pagi doktor pakar datang check.Iye lah tu….dekat pukul 1.00 petang baru datang.Mujur doktornya ok,mesra rakyat.Lepas pemeriksaan,anak saya dibenarkan balik.So tunggu surat pelepasan dari doktor pulak.Cuba teka pukul berapa baru dapat?

 

Pukul 4.45 petang bhaiiii!

Dengan hazab berdiri lama dalam keadaan slipped disc,saya berjalan lebih separuh pusingan kawasan hospital Selayang untuk ambil kereta.Masa tu dalam kepala saya cuma nak anak saya keluar cepat.Pinggang yang senget ni letak nombor dua.

Selesai urusan anak,saya kena uruskan diri saya pulak.Dalam keadaan parah macam ni,macamana nak uruskan isteri?Parahnya sakit belakang saya ni umpama macam patah tulang belakang.Amat-amat sakit kalau berdiri atau duduk.Saya cuma boleh meniarap sepanjang hari.Makan nasik pun kena meniarap tahu?Nak bergerak kemana-mana terpaksa telan painkiller(saya telan painkiller untuk wanita bersalin).

Tahap kesakitannya lagi teruk daripada sebelum saya operation tiga tahun lepas.Masa ni saya dah terfikir harapan untuk pulih dah sangat tipis…

Hasil musyawarah dengan isteri,isteri saya meminta saya balik ke kampung seorang diri hujung minggu lepas untuk membuat urutan dengan sorang tukang urut terkenal di wilayah Jengka iaitu Pak Teh Sungai Tekam.

Setahun lepas masalah yang hampir sama juga berlaku dan rawatan Pak Teh berjaya memulihkan kondisi tulang belakang saya.Jumaat malam sekali lagi Pak Teh mengurutkan belakang saya dan berpesan supaya saya menggunakan tongkat.Tapi kali ni rawatan Pak Teh tak berapa nak menjadi,maksud saya kesakitan masih ada cuma tak teruk sangat.Barangkali tulang belakang saya yang dah teruk.

Petang Sabtu,saya cuba berurut dengan satu makcik dalam kampung saya.Cuba ajelah..ikhtiar kann??Tahap keyakinan nak pulih tu langsung tak ada sebab makcik tu tak la glemer macam Pak Teh,takat ngurut perempuan lepas bersalin boleh le..

Makcik tu urut punya urut lepas tu anak perempuan dia suggest buat bekam.Oklah,sekali jalan mana tahu diizinkan Allah S.W.T untuk sembuh.Malam tu saya teruskan amalan meniarap,tidur pun meniarap supaya tulang belakang tak terbeban.Kali ni painkiller saya tak makan dah.Cuma pakai bengkung kat pinggang.

Alhamdulillah keesokan pagi saya boleh berjalan tanpa sakit,cuma tak boleh lama-lama.Beberapa hari berlalu sampailah saya masuk kerja semula dan hari ni saya rasa sihat untuk urusan seharian.Nak kata 100% tu tidak lah,mungkin perlukan beberapa minggu lagi untuk pulih sepenuhnya.Tapi sekurang-kurangnya tiada lagi sakit yang amat sangat dan boleh menguruskan keluarga.

Orang kata slipped disc tak boleh diurut,mungkin.Tapi usaha yang penting.Asalkan jangan tukang urut temberang.Banyakkan minum air dan meniarap,bagi peluang untuk tulang belakang sembuh.Kalau boleh cuti panjang.Tak guna pergi klinik,dapat MC sehari je nak rehat kejadahnya.

Pak Teh Sungai Tekam memang pakar urut,terutamanya patah tulang,tapi kebelakangan ni saya perhatikan pelanggan dia semakin ramai.Saborrr jelah kalau nunggu sampai tengah malam ye?

Gashapon Lima Kupang

Biasa nampak benda ni depan kedai runcit kan?Korang pernah terfikir tak untuk beli sebijik dan tengok apa kandungan dia?Serius lawak isi dia. IMG-20141127-WA0003

Dua minggu lepas kot,sambil-sambil tunggu kereta aku siap,aku makan dekat satu kedai makan yang sebelah dia ada kedai runcit.Kebetulan pulak ada mesin gashapon cap ayam.Anak aku dok bising-bising nak benda serupa telur dalam mesin tu.Sebelum ni dia pernah tengok dalam YouTube yang telur tu ada isi macam-macam mainan.

Aku pun dengan muka tebal masukkan syiling lima posen dalam mesin tu.Keluar la bola/telur saiz bola pingpong kot.Uiii..nampak macam ada buku panduan dalam dia,rumit bebenor ke mainan dia.

Bila aku bukak rupanya buku panduan tu la sebenarnya mainan dalam bola/telur tu,chaiit!

Cmana agaknya nak main buku tu?Rupanya buku tu adalah animasi flipbook…dengan saiz besar sikit dari ibu jari aku.Baru sekali aku flip,dah berderai mukasurat dia.Nokhoromm betul!

IMG-20141127-WA0000

Petang tu jugak lepas kerja aku dengan wife bawa anak aku pergi E@Curve.Saja-saja bawa anak aku berjalan kesitu,lepas Maghrib boleh tengok wayang cerita Big Hero 6.Nak juga aku tengok reaction anak aku dalam panggung,boleh behave ke tidak.

Alang-alang dah kesitu dan kedai SunComic depan mata,aku invest la RM20 beli token gashapon Ban Dai.Haa…yang ni betul punya gashapon.Tapi makin mahal la pulak,dulu sekeping token RM4,sekarang dah RM5.Takpelah,mainannya berkualiti Jepang.

Punya la hepi anak aku dapat gashapon tu.Dipegang sepanjang masa dalam tangan kecik dia sampai la dalam kereta.Siap tidur berdiri sambil pegang gashapon!Yang kelakarnya bila gashapon tu terlepas,dia boleh terjaga cari gashapon dia.

Sampai kat rumah,dia sambung tidur,aku pasangkan Gundam saiz chibi dalam gashapon tu.Memandangkan anak aku kecik lagi,aku gamkan semua part.Kang takdela Gundam tu cacat anggota badan.Hari tu je aku terjumpa badan Kurin Dragonball bersepah atas lantai,kepala dia hilang pi mana tah.

Aku rasa dah beberapa tahun aku tinggalkan E@Curve terutamanya lepas anak sulung aku keluar.Dulu memang kerap kesana,boleh dikatakan saban minggu.Aktivitinya sama,makan-makan,ziarah kedai toys dan menonton wayang.Itu dulu lah,zaman suka memboros dengan wife aku.Sekarang kena catuan,zaman GST dah nak dekat ni.