Selasa, 11 Mac 2014

Impian Seorang Pemancing…

Entri ni pendek je sebab topiknya lebih kepada persoalan untuk pihak yang berkaitan.Dulu aku pernah follow satu page Facebook iaitu Kelab Joran Facebook.Agak meriah page ni tapi aku unfollow beberapa minggu lepas sebab rasa “terganggu” dengan posting “ini ikan ape yewww?”.Serius aku tak rasa penanya soalan tu ikhlas memang tak tau nama ikan.Posting macam tu lebih kepada menganjing atau minta kaki perhatian.

Macamanapun sesekali aku jengah juga page tu.Yelah,jiwa gua memang dekat dengan alam semulajadi,hehe!

Tadi aku terbaca satu post yang agak interesting untuk difikirkan.Ada satu brader tu post gambar slip gaji dia yang menunjukkan baki bersih RM264.30.Hajat beliau nak pakai kekili mendatar Banax GT Extreme,tapi dengan baki sebanyak tu makan minum anak isteri perlu diutamakan dulu.Macamana pun brader tersebut sanggup mengenepikan impian beliau asalkan anak isterinya cukup makan pakai.Yang penting berkat bang.

Aku selalu rasa macam tak cukup duit,padahal kombinasi gaji agak boleh la selesa sikit.Kurang keberkatan agaknya…

 

Banax-qpsvgv

Mesin Banax GT Extreme ni takdelah mahal sangat.Untuk saiz 5000 harganya sekitar RM270 macam tulah.Untuk range harga sedemikian spesifikasinya agak mantap,cun dan padu dengan 7 bearing,drag maksimum 30kg bla..bla..bla..baca kat sini jelah senang, http://www.banaxfishing.co.nz/banax_spinning_gt_extreme.htm

Cuma mesin ni agak berat sikit (kata orang yang pernah pakai).

 

Khabarnya potongan gaji yang banyak adalah disebabkan dulu beliau pernah menjamin seorang kawan untuk membuat pinjaman.Kawan lari,dia yang kena selesaikan hutang.Aku bersimpati dengan nasib brader ni.Persoalan yang bermain difikiran aku sekian lama ialah,kenapa pihak bank meletakkan beban bayaran balik kepada penjamin?Sedangkan peminjam yang lari bebas hidup aman.Paling koman pun kena blacklist.

Bagi aku tanggungjawab bank ialah mencari peminjam sampai dapat,tak kiralah pakai kaedah apa sekalipun.Minta polis keluarkan waran tangkap ke.Jangan terus proceed minta duit dari penjamin.Naya kat orang beb.Imagine macamana brader diatas mengharungi kehidupan sukar tambahan lagi sekarang ni RM50 dapat beli dua kali je barang dapur.

Kerja dengan bank komersil sekarang ni kena berhati-hati..Jangan seronok makan bonus je.Sedar atau tak,riba berleluasa.Nama je Islamic banking,entah apa yang Islamic tah.Pinjam RM5000,bayar balik RM9800.Cer citer mana Islamnya?

Oklah,daripada aku meroyan lebih-lebih kat sini,ada baiknya kalau ada sesiapa yang arif tentang perbankan Islam meninggalkan komentar diruang komen.Kita kongsi ilmu perbankan.

 

Pendek je entri ni ye dak?

Ahad, 9 Mac 2014

Kereta Kedua Ver. III!


Barangkali ada yang masih ingat entri aku pasal calon kereta kedua Perodua Kenari.Tak lama la sangat,dalam bulan lepas je aku tulis.Kali ni aku ada idea lain pulak dah.Haiihhhhh!Tak tetap pendirian betul.
Sebelum tu aku nak maklumkan entri Patriotik Level Orang Awam terpaksa aku remove semula untuk mengelakkan salah faham dari mana-mana pihak.
Let’s continue to the main topic.Idea tentang kereta kedua versi ketiga ni timbul lepas aku ternampak salah satu ex classmate aku post tentang kereta Ford Focus Sedan yang baru siap direstorasi.Tahun bila punya model aku tak pasti.Dulu aku mudah mengecam jenis-jenis kereta,tapi kebelakangan ni pengetahuan aku makin merosot pulak.Barangkali disebabkan fokus kerjaya vs. hobi.
Sejarah dia ni yang aku tau ialah dia memang bermain kereta sekolah lama terutamanya jentera Mazda,dan beliau agak serius dalam sukan drag.Bila nampak kereta sedan beliau yang kemas bergaya selepas proses baikpulih,aku terfikir..why not aku cari je sebijik sedan yang tak terlalu tua untuk dipulihkan dan dalam masa yang sama masih nampak gagah dijalanraya?

Carib
Ihsan Google
Secara automatik kereta ni muncul dalam fikiran aku,Toyota Corolla SEG dengan kod cesi AE111.Dua tiga tahun lepas harganya masih berlegar sekitar RM24k-30k.Baru-baru ni harganya dah mula masuk akal iaitu sekitar RM12k-RM25k.Yang termurah aku jumpa dalam Mudah.my ialah RM11,800.00.Kondisi macamana aku tak tahulah.Enjin barai tak apa,jangan body sambung.
Pilihan enjin power untuk keluarga Corolla amat banyak terutamanya dari varian 4A-GE SilverTop,
BlackTop dan juga Supercharger.
Hasil analisis aku,aku lebih prefer SilverTop.Kenapa?
Semua enthusiast kereta tentu maklum perbezaan ketiga-tiga enjin tadi.Atas kertas yang paling pelesit sekali dah tentu varian Supercharger,4A-GZE dan diikuti BlackTop yang menghasilkan 165ps @ 7,800rpm daripada sesaran enjin 1600cc.
Cuma,enjin BlackTop ni disyaki memerlukan bahanapi RON97 kerana nisbah mampatannya 11:1,manakala SilverTop dibina dengan nisbah mampatan 10.5:1.Teori ni disahkan oleh abang ipar aku yang menyertai komuniti Toyota sejak beberapa tahun lepas.Memang kengkawan dia yang pakai BlackTop terpaksa menggunakan bahanapi premium yang faham-faham ajelah berapa harganya sekarang.
Silver Top
Memandangkan matlamat aku cuma nak enjin yang sedap sikit je daripada standard,cukuplah setakat SilverTop.160ps @ 7,400rpm.Ok what?
Ok,bahagian enjin dah selesai.Sekarang fasa pemulihan rupa luaran.Tidak dapat tidak pakaian yang paling cantik untuk SEG ialah dari model Carib.Lebih-lebih lagi aku tak tau.Baru nak belajar pasal Toyota.Maaf eh?
Platform dah ada,enjin dah ada,baju pun dah ada.Sekarang meh cerita bab bajet pulak.Cerita deras pun tak guna kalau tak ada bajet.Atau sekurang-kurangnya perancangan pengurusan bajet.

Platform RM 12,000 – RM 15,000
Halfcut 4A-GE RM 5,500 – RM6,500
Pemasangan RM 2,000 kot????
Lain-lain RM 4,000
TOTAL lebih kurang RM25,000

Macam terlebih bajet je??Kahkahkah!
Ok,jangan risau.Kepala genius kena pandai cari penyelesaian segera.Pakai je enjin asal 4E-FE.Overhaul baik-baik,ganti apa jugak part yang dah uzur.Dari spec asal,enjin 1600cc yang ditala untuk penjimatan ni mampu menjana 115ps @ 6000rpm.Power sikit dari VIOS kott??

Rabu, 5 Mac 2014

Berjimat Biar Kena Gaya

Semalam wife aku cerita pasal kesusahan staff klinik dia.Aku namakan staff tu sebagai Kak M.Kak M ni memandu Proton Wira dengan kondisi separa runtuh setiap hari untuk bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ditakdirkan keretanya rosak semalam dan dihantar ke bengkel.Dari penceritaan wife aku, barangkali kerosakannya ialah overheating.Biasanya overheating ni kipas tak jalan atau sistem penyejukan enjin bocor.Jalan sekejap kena topup air radiator.

Selepas kopak lebih lebih RM300,mekanik cuma tukar gasket dan cuci piping.Gasket apa tu aku tak tau.Hari ni pergi woksyop tengok kereta,mekanik tak periksa pun kondisi pam air.Disebabkan aku cuma dengar cerita dari WhatsApp je,aku tak boleh nak imagine jugak apa yang rosak sebenarnya.

Kalau air cepat sangat berkurang maknanya ada kebocoran,radiator kena batu atau water pump dah uzur.Setahu aku,water pump ni dicipta memang untuk bocor sebagai indikasi yang ianya perlu diganti baru.Biasanya permukaan luar water pump akan diselaputi karat.Ini tok guru aku dululah yang ajar.

Tapi banyak faktor yang boleh dipertimbangkan untuk mengenalpasti kerosakan berpunca dari mana.Pertamanya gunakan deria mata.Tengok mana-mana bahagian yang terlibat dalam sistem penyejukan iaitu radiator,kipas,piping(hos getah),dan water pump.Ada tak mana-mana bahagian yang tak berfungsi atau mengeluarkan air.

Kedua,waktu bila meter suhu enjin melonjak.Samada ketika dipandu atau idle.Yang ni kena tengok kipas radiator,berjalan ke tidak bila suhu enjin mencapai tahap tertentu.Laju atau perlahan kipas tu bergerak pun kena tengok juga.

Tetapi simptom yang ditunjukkan kereta Kak M tadi ialah perlu ditambah air dengan kerap.Maknanya bocorlah,bukan disebabkan kipas tak jalan.Ada satu keadaan lain dimana secara zahirnya tak nampak air memercik atau meleleh,tapi air cepat berkurang.Simptom macam ni menunjukkan rosak yang agak kritikal.

Keadaan ni dipanggil “enjin minum air”,hahaha!Pasal apa enjin haus sangat sampai minum ayaq radiator?

Keadaan ini disebabkan oleh enjin lampau panas berulang-ulang kali dan menyebabkan head enjin bengkok dan seterusnya membocorkan water jacket di sekeliling silinder.Head yang bengkok merenggangkan ruang antara head dan blok enjin dan seterusnya air panas yang bertekanan tinggi memasuki silinder enjin.Bukan setakat itu saja,air juga boleh bercampur dengan minyak enjin.

Kalau benda ni terjadi,overhaul lah jawabnya.Head perlu di “skim” semula untuk meratakan permukaan,air yang bercampur dengan minyak enjin perlu dibuang dan bahagian dalaman enjin perlu dibersihkan.Poket parah + patah kaki takde transport untuk beberapa hari.Kecuali pomen yang komited,tiga hari boleh siap.

Sebenarnya Kak M tadi berhajat nak pakai Viva-forever,tapi laki dia tak bagi.Katanya kereta kecik,tak muat anak ramai.Masalahnya bila nak pergi tempat jauh-jauh,tak pakai juga Wira reput tu.Tetap kena sewa kereta lain.”Bijak'” sungguh laki dia.Kesian la sikit kat wife yang bekerja,dalam masa yang sama perlu menyelenggara anak-anak.Awok tidorrr aje kat rumah sampai pukul 9.

kereta zaman akn dtg

Gambar hiasan

Taknak berhutang dengan membeli kereta baru tu bagus,tapi lebih bijak kalau kereta yang ada tu diselenggara sampai tip-top.Tak payah la kemut sangat.Eh,malu la Wira takut jalan jauh.Arwah bapak aku dulu rilek je start Mitsubishi Evolution Galant Sigma tahun 1977 balik Sekinchan.Zaman tu plak mana ada highway LPT.Biasa lepas subuh gerak dari Lepar Utara,nak dekat Asar baru sampai Tali Air 8,Sekinchan.Terberak kencing baru sampai,but the point is kereta tu cemerlang sekali menjalankan tugas tanpa gagal.