Ahad, 17 November 2013

Galaxy Note 3;Macam Best Jer,Macam Power Jer!


Agak lama aku tak menulis pasal gadget.Bila terkenang balik sematpon aku yang separa cacat ni,mulalah rasa nak cari phone baru.Website GSMArena pun dah agak lama aku tak buka,sampailah beberapa hari lepas member aku bertanyakan apa beza octacore dengan quadcore.
Selamba badak la aku jawab octacore lagi power sebab lapan teras.Pastu aku macam….eh…dah zaman  lapan teras ke??
Kemudian baru aku tanya phone apa yang dia maksudkan tu.Rupanya Galaxy Note 3.
Owhh……..

Di peringkat ni aku tak teruja langsung nak menyiasat menatang apa yang bernama Note 3.Sebenarnya aku tak berapa suka barang Samsung sebab skrin tak cantik dan jugak design yang boring.
Tapi aku akui satu kekuatan Samsung iaitu bateri yang berkapasiti tinggi plus boleh dibuka.Sebelum ni bateri yang ala-ala cukup makan aku boleh tolerate lagi,tapi tidak sekarang.Selepas balik dari outstation,aku perasan phone aku makin cepat kehilangan kuasa.Mungkin sebab masa outstation aritu,phone aku banyak dipakai sambil charging dalam kereta.Ni satu punca bateri cepat kong.Smartphone dengan bateri cepat haus ni tak relevan lagi dah.Serius wehhh.Nak plak korang ada pakej mobile internet yang agak laju.Larat ke nak menggendong powerbank sepanjang masa?
Sebab itulah nama Samsung mula aku pertimbangkan untuk gadget seterusnya.Let see spesifikasi asas Note 3:


Skrin: Super AMOLED 1080 x 1920 piksel,5,7 inci,386 ppi,S-Pen
Berat: 168 gram
SIM: Mikro SIM
Memori: 16/32/64 GB, 3GB RAM,Mikro SD slot sehingga 64GB
Kamera: 13MP
OS: Android Jelly Bean 4.3
Chipset: Snapdragon 800/Exynos 5 Octa 5420
CPU: Quadcore 2.3Ghz Krait 400,Quadcore 1.9Ghz Cortex-A15
Bateri: Li-ion 3200mAh

Baru kejap tadi aku tanya kedai harga dia,sekitar RM21**.** lebih kurang.Skrinnya takdelah cun sangat,tapi faktor kemenangan kat gadget ni aku rasa ialah kelajuan dan ketahanan bateri.Lepas ni,jadikan dua faktor ni sebagai panduan untuk memilih gadget yang berbaloi.
Contohnya MacBook Air yang aku pakai ni.Lama betul bateri dia boleh bertahan.Cuma OS dia ni yang aku tak into langsung.Tak friendly,kekadang bengong semacam bila aku cucuk USB 4GB yang nak penuh.Mujur MacBook pinjam,hehe!Aku tak cukup mereng lagi untuk meleburkan ribuan ringgit untuk sebuah gadget yang susah nak dipakai.

Sabtu, 16 November 2013

Kampung Lama


Bak kata pujangga Meleis,jauh perjalanan luas lubang poket,hehe!
Gurau-gurau je ye?Tapi lojik akal bila jauh berjalan,banyak la benda-benda baru yang kita jumpa.Sebelum ni aku tak tau rakyat Pantai Timur suka bedal ubi-ubian dikala musim tengkujuh.
Ramailah orang berniaga ubi,macam-macam jenis ubi yang kebanyakannya aku tak pernah jumpa.Aku cuma tau ubi kentang,ubi keledek,ubi kayu,ubi keladi…..jenis-jenis yang common lah.
Sebelum masuk bab nama-nama kampung,ada satu jenis pemandangan yang buat aku sedikit touching.Sepanjang perjalanan aku menjalankan tugasan ni,banyak kampung-kampung lama di pinggir jalan.
Negeri lain pun ada kampung lama cuma suasananya mungkin berbeza sikit.
Bilamana ada kampung lama,mesti ada rumah-rumah kayu lama yang ditinggalkan.Aku suka tengok bangunan atau rumah lama ni.Cantik berseni sebenarnya walaupun semak dah naik sampai tingkap rumah.Tapi ada satu rumah kampung lama yang buat aku sedih sikit.Nak amik gambar tak sempat sebab driver bawa laju bohh!
Kawasannya sekitar Marang,Terengganu kalau tak silap aku.Rumah kayu lama tu bertiang tinggi dan terletak dalam kebun kelapa.Kebun kelapa tu pulak bersih,tak semak langsung,so boleh nampak jelas rumah tu.Beberapa papan dinding dah lekang,bumbung pun dah tanggal sekeping dua.
Lepas aku nampak rumah tu,aku terfikir mana pergi orang-orangnya.Mana perginya anak-anak yang pernah dibesarkan dirumah tu.Mungkin semuanya sibuk berkelana dibandar,meninggalkan warisan keluarga terurai dimakan anai-anai…Kesibukan kota menjanjikan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan barangkali.

sesekali aku sentimental,agak parah bunyinya...

********************************************************

Aku nak cerita pasal nama kampung sebenarnya kan?Di Pantai Timur ni macam-macam nama kampung yang pelik,kekadang terfikir juga mana datang la idea nak bagi nama kampung macam tu.Kat Terengganu ada nama kampung yang macam twin tapi jauh-jauh lokasinya.Berhampiran Kuala Terengganu ada Kampung Pak Katak dan di Hulu Terengganu ada Kampung Pak Kancil.Mungkin pengasas kampung ni adik-beradik.

Satu lagi kampung yang unik ialah kampung ni:
Kampung Teridi (3D??) berhampiran Penjom,Lipis,Pahang

 Memula masuk kampung ni,semua nampak flat jer,lepas pakai spek 3D baru nampak real suasana kampung,heheh!
Banyak lagi nama-nama kampung yang unik,tak berapa nak ingat pulak.

Gambar hiasan

Magic fruit,bersebelahan sekolah Sri Kiambang,Pasir Mas Kelantan
Pokok kat atas ni bukan spesies tempatan.Nama sainsnya malas plak aku nak Google.Pokok ni ditanam depan laman rumah pakcik Guard sekolah Sri Kiambang.Kenapa orang panggil buah ni buah ajaib?
Sebabnya lepas kita makan buah ni,segala benda yang kita makan akan terasa manis.
Aku pernah terbaca satu artikel betapa komersialisasi buah ni amat ditakuti pengeluar gula.Pernah ada usaha untuk menjadikan ekstrak benda ni sebagai pengganti gula,tetapi mendapat tekanan dari pengeluar gula.Bangang bukan?Ada jalan untuk membentuk masyarakat jadi lebih sihat,tapi kuasa wang mengatasi semuanya.
Apa salahnya tauke gula invest buka ladang pokok ni pulak.Itupun tak reti nak fikir ke?Adoiii!!!

Journey To Pantai Timur


As salam semua.
Rasanya lebih dua minggu aku tak mengupdate apa-apa dalam blog ni.Sebenarnya dua minggu lepas aku ada tugasan luar selama seminggu dan lepas tu sibuk menguruskan hasil tugasan.
Dari 4hb November sampai 9 November,aku berlegar-legar di sekitar kampung dan belakang rumah orang di Pantai Timur untuk tugasan projek germplasma pokok Patawali.
50 sampel perlu dikumpulkan dan kali ni sampel dari tiga negeri mempunyai jumlah yang agak samarata.

CABARAN MENTAL
Walaupun pokok ni boleh dikatakan agak popular ditanam di kawasan kampung,tapi nak mencarinya boleh tahan mencabar juga.

1.Kenderaan 4WD tak boleh dipandu perlahan sepanjang masa.Orang marah beb.Walaupun menggunakan kenderaan rasmi kerajaan.Masa tugasan zon tengah dulu aku terpaksa menyalakan lampu hazard.Mungkin lepas ni kena tampal stiker bertulis,"PENYELIDIKAN SEDANG DIJALANKAN.KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI".
Bila kenderaan dipandu agak laju,macamana nak nampak helaian daun hijau muda bersaiz sekitar 10-15cm dari celah-celah pokok belakang rumah orang kampung?Mujur kami semua bermata helang.Driver pun memainkan peranan jugak,terutamanya yang berpengalaman.Diorang tau laluan mana yang banyak kampung lama.

2.Keadaan lokasi sampel kadang-kadang amat ekstrem.Disebabkan pokok ni banyak dibelakang rumah orang dan selalunya berhampiran tangki septik atau perigi buta,faham-faham sajalah macamana keadaannya tu.Kebetulan sekarang musim hujan,ambik kau!Kalau bukan kerana kerja,jangan harap la aku nak masuk tempat-tempat macam tu weii..

3.Pokok tinggi.Yang ni memang kerap kami jumpa.Agak banyak sampel yang terpaksa kami tinggalkan sebab tak dapat nak ambil.Pokok ni sifatnya memanjat dan kalau pokok yang dipanjatnya tinggi,tinggilah naiknya.Tak mau turun lagi dah.

4.Ragam orang kampung.Yang ni memang terpaksa kena hadap,terutamanya bila sampel dibela cantik dan tumbuh elok depan rumah orang.Antaranya ada yang sungguh-sungguh cakap tak ada pokok tu padahal dari jauh kami dah nampak pokok tu rimbun belakang rumah dia.Satu lagi jenis orang kampung yang berniat baik,tapi tak faham kerja-kerja kajian.
Sampel yang kitorang nak biasanya keratan matang yang tak terlalu tua da tak muda sangat.Diorang terlebih rajin tolong kutipkan sampel,tapi sampel tua.Boleh hidup jugak katanya.Tapi kitorang lebih mudah dengan bersetuju je apa orang kampung cakap.Yelah,dah mintak barang dia,takkan nak banyak songeh pulak.

Pemetik kelapa di Kampung Mahkota,Kuantan Pahang

LOKASI MEMBUTA
Sepanjang seminggu aku buat kerja luar,tempat tidur asal boleh je sudah.tapi taklah tido kat masjid.Maksud aku hotel murah yang harganya sekitar RM60-70 semalam.

1.Hotel Vista-Kemaman(RM70)
2.Hotel Sri Tanjung-Kuala Terengganu(RM70)
3.Hotel Selesa-Kota Bharu (RM65)
4.Hotel Gua Idaman-Gua Musang(RM60)

Yang terbaik Hotel Vista,boleh diharap hotel ni punya servis.Paling fail sekali Hotel Gua Idaman.Patut harga dia 30 ringgit je satu malam.Lodging kat politeknik Shah Alam lagi best.Panjang sangat dah plak entri ni ye?Aku sambung kemudian lah sebab nak cerita pasal nama-nama kampung yang unik aku jumpa.
Overall,Pantai Timur memang ohsem terutamanya makanan!