Khamis, 8 Disember 2011

Jualan Kenderaan Proton vs. Perodua

Entri ni cuma untuk menunjukkan sales figure dua pemain industri automotif utama Malaysia,Proton dan Perodua untuk bulan September dan Oktober 2011.

Proton                                                       September               Oktober            YTD

Perodua                                                     September              Oktober             YTD

Aku takmau komen banyak,orang kita ni pantang kena kritik.Cepat panas b****t.
Informasi dari paultan .

Nyaris Gua Tertipu

Kosmo!Online ni saje je bagi gua saspen.Terkejut gua baca tajuk ni:


Pesawat pejuang termoden?

Bila aku baca artikelnya baru la aku faham ape benda yang dikatakan pesawat pejuang termoden tu.Bukan maksudnya pesawat mikro purple kat atas tu yang termoden sebenarnya.Nasib baik aku baca dulu artikelnya.
Isi pentingnya adalah berkenaan LIMA 2011 yang akan berlangsung hujung minggu ni.Aku teringin nak pergi,tapi mesti hotel mahal,tambahan lagi musim cuti sekolah ni.
Pesawat pejuang termoden yang dimaksudkan adalah empat calon yang disenarai pendek oleh kerajaan Malaysia sebagai pengganti kepada pesawat MRCA Mikoyan Gurevich MiG-29N TUDM yang sudah mencapai tahap obsolete.
Calon pengganti yang berpotensi adalah pesawat BAE Eurofighter Typhoon yang baru menjalankan misi sebenar di Lubnan,Dassault Perancis dengan pesawat Rafale,Boeing F/A-18D Super Hornet dari US dan Saab JAS Gripen yang buat masa ini dioperasikan oleh jiran kita,Royal Thailand Air Force(RTAF).
Yang manakah menjadi pilihan Kementerian Pertahanan?Sama-samalah kita tunggu.Khabarnya antara 12-18 unit akan dibeli untuk menggantikan 16 pesawat MiG 29N.

Kedua,gambar beruang anjing besar:

Dah rupa beruang grizzly anjing Newfoundland ni.Memang spesies anjing ni besar.Yang jantan boleh capai berat 60-70kg.Rekod terbesar 120kg dengan panjang 6 kaki dari hidung ke ekor.Gambar ni pulak menampakkan macam anjing ni besar betul.

Perbandingan dengan saiz manusia:

Agak besar juga sebab bulu tebal sangat gamaknya.

Arsenal;Tewas Tapi Layak


Last post sebelum ni aku memuji barisan pemain Arsenal yang kerap diturunkan bermain.Perlawanan kumpulan F,antara Arsenal dan Olympiakos berkesudahan dengan kekalahan 1-3.Tapi tak menjejaskan kedudukan Arsenal memandangkan dalam masa yang sama Marseille menewaskan Borussia Dortmund seterusnya melonjakkan Marseille ke tangga kedua.
Barisan pemain pilihan Wenger untuk mengharungi peringkat kumpulan sememangnya dijangka,bak kata orang,'save the best for last'.Cuma yang merisaukan,barisan kedua kelihatannya belum bersedia dan dari tayangan ulangan semalam(malas nak bangun pagi-pagi tonton siaran live),pemain Arsenal dibayangi kepantasan pergerakan dan ketepatan hantaran pemain Olympiakos.
Arsene Wenger menurunkan barisan pemain berikut:

Penjaga gol : Lukasz Fabianski(cedera,25'),Vito Mannone(belum bersedia,sepak bola keluar pun tak kena)
Pertahanan : Thomas Vermaelen,Andre Santos(cedera),Sebastien Squilacci(prestasi merosot sejak musim lepas,Johan Djorou(kurang berkesan)
Tengah : Coquelin,Yossi Benayoun,Emmanuel Frimpong(semberono),Arshavin(makin tumpul)
Serangan : Alex Oxlade Chamberlain,Marouane Chamakh


Selain dari tewas,Arsenal akan kehilangan pertahanan Andre Santos untuk sekurang-kurangnya selama tiga minggu.Pilihan untuk menggantikan  posisi beliau amat terhad memandangkan Sagna masih dalam proses pemulihan,begitu juga Kieran Gibbs yang baru menjalani pembedahan,Frimpong atau Carl Jenkinson masih bergelut dengan prestasi permainan.

Selasa, 6 Disember 2011

Line-Up Terbaik Arsenal

Seronok melihat Arsenal kembali bangkit selepas seri 1-1 dengan Fulham minggu sebelumnya.Perlawanan menentang Wigan berkesudahan dengan 4 gol berbalas 0 hasil jaringan Arteta,Vermaelen,Gervinho dan van Persie.Keputusan enam perlawanan terakhir Arsenal menyaksikan pasukan kendalian Arsene Wenger mengutip mata penuh dari lima perlawanan.
Pendapat aku,perubahan positif ini datang dari kombinasi line-up pemain yang terbaik dan sesuai.Kesemua bahagian serangan,tengah dan pertahanan semakin bertambah baik.Setakat ini Arsene Wenger kerap menurunkan kombinasi pemain seperti berikut:

Penjaga Gol : Wojciech Szczesny
Pertahanan : Per Mertesacker,Thomas Vermaelen,Laurent Koscielny,Andre Santos
Tengah : Alex Song,Mikel Arteta,Theo Walcott,Aaron Ramsey
Serangan :Robin van Persie,Gervinho

Kembalinya Vermaelen selepas berehat lama dari kecederaan membantu menguatkan semula pertahanan Arsenal dan dibantu oleh Andre Santos yang kental serta bijak menjana gerakan-gerakan serangan.Di bahagian tengah,Mikel Arteta dan Aaron Ramsey semakin menyerlah untuk membantu jentera serangan yang dikepalai pemain berpengalaman,van Persie.Dengan 80 jaringan dari 170 penampilan dalam Liga Inggeris,penyudah terbaik van Persie sangat membantu Arsenal yang melalui permulaan musim terburuk.Walaubagaimanapun,keadaan bertambah baik buat masa ini dengan 26 mata dan berada di posisi kelima,dua mata dibelakang Chelsea.Momentum terbaik diharapkan berterusan apabila bertemu Everton di halaman sendiri 10 Disember nanti.

Arsenal vs. Everton,Emirates Stadium,10 December 2011

Isnin, 5 Disember 2011

Orang Kita Kurang Ilmu

Kisah apa yang agak menarik sepanjang minggu lepas ya?
Sejak jadi pelanggan Astro,dah makin jarang aku tengok rancangan berbentuk berita.Entah apa isu hangat sekarang aku pun tak tau.Kebanyakan berita aku baca dari internet.Betul yang ditulis,maka betullah informasi yang aku dapat.Balik kerja,buka TV terus tonton rancangan How It's Made,sambung dengan rancangan How Do They Do It.Lepas tu HBO,jenguk-jenguk ASSP/ESPN....macam tu lah setiap hari.Dah kurang minat nak tau berita tempatan.Kalau sesekali rasa macam dah lama sangat tak tengok berita,aku buka TV9.
Ada beberapa isu yang aku nak ulaskan kat sini berkenaan masyarakat kita.Maaflah,aku ni sesekali suka jaga tepi kain orang.Pertamanya aku nak kongsikan sesuatu yang tersirat tentang rakyat Malaysia (terutamanya Melayu),masih ramai yang KURANG berilmu.Sebab kenapa mulut aku cam longkang je hari ni?Kira ok lagi la ye tak sebab aku tak cakap ramai Melayu bodoh,cuma kuraaaanggg ilmu.Betul ke?

One Million Money Drop
Astro rajin buat rancangan macam ni sebab duit tak jadi masalah untuk diorang.Satu lagi rancangan berbentuk gameshow yang diadaptasikan daripada rancangan TV popular di luar negara.Apa yang menariknya,selain dari menguji ilmu pengetahuan peserta,hadiah yang ditawarkan sangat lumayan.Kalau dapat semua,boleh terus resign 24 jam.Jadah apa kerja dengan orang lagi dah,baik masuk kursus perniagaan,buka bisnes sendiri.
Minggu lepas aku sempat menonton rancangan tu,yang dihoskan oleh AC Mizal.Pemilihan peserta tak tahulah macamana Astro pilih.Bila aku tonton rancangan tu,aku terfikir apa kelayakan untuk menyertai rancangan One Million Money Drop ni?

Tasik manakah yang terletak di Negeri Perak?
What the fuuuu.....
Adakah Astro memilih hanya peserta yang biasa-biasa je?Aku yakin tentu ramai pensyarah,jurutera,doktor yang nak dapatkan duit mudah.Sangat malang bila aku tengok peserta rakyat Malaysia,kelahiran Malaysia tapi tak tahu antara tasik Kenyir,Chini,Titiwangsa dan Temenggor yang mana satu terletak di negeri Perak.
Lain la soalannya tentang Tasik Baikal ke,Tasik Okechobee ke....aduiiii...
Screenshot dari moneydrop.my
Tengok screenshot diatas.Pasangan 'kacak' diatas menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan,'negeri manakah yang popular dengan masakan Masak Lemak Cili Padi'.Boleh pasangan kembar ni bahagikan wang yang ada kepada negeri Johor,Melaka,dan Negeri Sembilan.Empat pilihan jawapan,satu negeri lagi apa tah,aku tak ingat,negeri California kot.Dah tentu la jawapannya Negeri Sembilan,kalau tak,takkan la orang sebut Masak Lomak,kan bunyi N9 tu.Tersengih je AC Mizal,dia orang N9.Akhirnya pasangan kembar ni gagal walaupun mara ke soalan kelapan dengan bekalan RM20,000 saja.
Bila aku fikir balik,aku rasa Astro sengaja pilih peserta yang biasa-biasa je.Duit diorang pun tak habis.Bila interview untuk rancangan macam ni,elok jangan tunjuk pandai,buat bangang je.Dah layak join,baru keluarkan ilmu.Kalau kita pandai sekalipun,boleh lagi la nak buat-buat bodoh,tapi kalau diorang nak peserta yang kacak,jambu,jelita mana nak pinjam muka??Hehe!
Walaupun internet yang merupakan gudang ilmu dah jadi perkara biasa kepada masyarakat kita sekarang,masih ramai yang tak memanfaatkannya.Bila buka Google Chrome atau Mozilla benda pertama yang dibuka ialah?....Facebook,laman web politik(yang tak memberi input bermanfaat langsung),porno(damn true,rakyat Malaysia memang suka ni),gosip-gosip artis(maaf kepada pengendali laman blog hiburan) dan yang berkaitan dengannya.
So,terpulanglah,pilihan masing-masing nak baca apa.Aku tak mahulah ada yang cakap,baru blogging setahun jagung,dah banyak bunyi.

Minuman Keluaran Permanis Ada HIV?
Isu ni dah berlegar dalam beberapa minggu ni agaknya dalam laman-laman sosial dan juga wujud dalam bentuk SMS berantai.Dalam akhbar Metro Jumaat lepas pun ada satu kolum,penafian berita tu oleh Naib Presiden Pemasaran Permanis.(lupa bawa card reader,tak boleh nak upload gambar kolum paper tu).Khabarnya minuman keluaran Permanis yang mengeluarkan minuman berjenama Pepsi,Tropicana dan 7Up telah tercemar oleh darah pekerjanya yang mempunyai HIV.

Apa yang korang fikir bila terdengar berita macam ni?

Terus pos kat Facebook,"Euwwww...sumpah taknak minum Pepsi.",atau "Semalam I minum Pepsi kat KFC,agak-agak terjangkit tak,huhu!",atau "Boleh percaya ke ni?"
Benda ni lah yang buat aku cakap ramai Melayu kurannngggg ilmu.Main internet hari-hari,tapi buka laman sosial je yang tau.Pertamanya kita kena fikir beberapa perkara:

1)Macamana seorang pekerja berpenyakit serius boleh bekerja dalam syarikat consumer goods?
2)Sekiranya betul berlaku,tidakkah pihak syarikat mereject batch yang telah terkontaminasi?

Soalan yang paling penting:
3)Mampukah virus HIV survive diluar badan manusia,dan dalam kes ni dalam minuman berkarbonat Pepsi?

Langkah pertama kalau tak tau jawapannya,klik ruang searchbox Google,taipkan "How HIV Spread".So,immediately kita dapat tau possibility yang berita ni karut adalah tinggi.Kalau berita ni benar sekalipun,ianya lebih kepada isu jijik(sebab darah tercampur dengan minuman),bukan sebab penggemar Pepsi akan dijangkiti HIV.
Masyarakat kita mudah sangat forward benda-benda karut macam ni tanpa berfikir terlebih dahulu.Isu Pepsi HIV ni mengingatkan aku satu berita karut yang aku pernah terbaca dalam laman sosial jugak,tentang hati-hati membeli pad wanita dari China.Boleh termengandung anak tikus wooo!!Gila fiksyen.Tak sekolah betullah siapa yang sebarkan cerita tu.
Entah silapnya dimana aku pun tak pasti.Itulah dia realiti masyarakat Melayu kita.Orang tak baca bebelan panjang aku ni pun tak apa,asalkan aku dah jalankan tanggungjawab sosial,menegur masyarakat tentang apa yang aku rasa salah.Trimas!