Isnin, 8 Ogos 2011

Improving the Appearance of Tamiya Silvia Coppermix

Sementara menunggu buka puasa di rumah abang ipar aku semalam,kitorang meluangkan masa mengemaskan rupa paras Tamiya Silvia Coppermix dia.Sebelum ni housingnya berkeadaan sangat baik cuma susunatur stickernya agak caca-marba,hehe!
Ya,benar,empunya asal kereta Silvia Coppermix ni tangannya bukan untuk kerja-kerja halus,tapi beliau mempunyai dana yang besar.Orang Hollywood cakap 'deep pocket'.Tak kisahlah,kitorang ni memang gatal tangan tengok benda-benda yang macam ni.

Sebelum...




-Rupa sebelum di 'touch up'.Bumper hadapan sedikit pecah sebab owner kedua masih lagi dalam proses mendapatkan Lesen D1GP.
-Bahagian belakang cuma calar-balar sikit.Susunan sticker je yang perlu disusun semula.


-Bahagian driveshaft belakang yang.....(speechless).Ini kena buka balik satu-satu,cuci bersih-bersih.Bukan apa,pasir ni kalau melekat kat moving parts,habislah.Plastik pulak tu.

Selepas satu jam++...



-'Touch up' ringan yang mencukupi untuk mencantikkan sikit rupa asal kereta ni.Salutan sticker bercorak carbon fiber 3D di bahagian hood,bonnet,spoiler dan jugak side mirror.
-Sport rim je yang belum lagi.Abang ipar aku suka pulak kaler fluorescent cam nih.Kalau aku,aku lagi suka kaler gunmetal takpun flat black je.
-Buat masa ni kereta ni masuk garaj dulu,kipas penyejuk charger rosak.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Berita Bebal Dalam Kosmo Hari Ini

Ustaz Tertoreh Kepala Pelajar


-Ustaz pegang pisau masa mengajar nak buat apa?Sepatutnya ustaz pegang buku Feqah atau Tajwid.Paling dasat pun pegang pembaris kayu kaler kuning.
-Yang budak ni pun satu,nak monteng-monteng pulak.Nak jadi bebal tak tau mengaji?Mujur pisau kena kepala,kalau kena urat merih,tak pasal-pasal jadi arwah kat situ.

Sarung Tangan Boxing Di Bulan Ramadhan


-Masa aku baca tajuknya,aku fikirkan budak belum sunat main mercun bola sampai putus jari.Rupanya umur dah 19.
-Pukul 10 malam 'bermain mercun sambil membonceng sebuah motorsikal'.Kalau hang pi solat terawih lagi banyak pekdah.
-Puasa tahun depan main bom tangan pulak,baru la Taliban.

Celcom Caller Ringtone 22990;Tak Boleh STOP?

Member aku hangin je sejak sebulan dua ni.Dah la Celcom Broadband dia makin slow,ditambah pulak dengan caller ringtone yang deduct kredit seminggu RM1.50.
Actually memang dia mengaku accept tawaran untuk caller ringtone tu.Tapi yang tak adilnya,tak dinyatakan sekali cara nak hentikan langganan.Apekah sangap bebenor Celcom sampai macam tu sekali nak kaut untung?Pengalaman aku malas nak ceritalah,rasanya ada tiga entri edisi hangin blog aku ni yang berkaitan dengan Celcom.
So,berbalik kepada cerita caller ringtones tadi,aku terjumpa satu blog yang tunjukkan satu penyelesaian bagi masalah 'unstoppable credit deduction' yang bertopengkan caller ringtones tadi.Ianya ada jalan penyelesaian.
Jalan penyelesaiannya ada dilaman blog ni,IstimewanyaBidadari .
Aku tak pernah lagi terkena benda-benda macam ni.Lagipun aku sikit pun tak berminat dengan caller ringtones,bukan aku yang dapat dengar.Lagu tah ape-ape tah.
Aha,satu lagi.Aku perasan masih ada lagi khidmat pembekalan nada dering dalam suratkhabar.Laku lagi ke ek?Aku tak pernah pulak beli nada dering dari suratkhabar/majalah ni.Download lagu pastu edit guna Nero 5 Wave Editor.Senang dan percuma....