Khamis, 4 Ogos 2011

Merepek Sementara Tunggu Berbuka

Seronok kalau dapat kumpul koleksi senjata,tapi sayangnya di Malaysia ia adalah kesalahan yang serius.Kat Malaysia payah nak jumpa senjata replika ni,kecuali negara jiran kita ,Thailand.Sebuah pekan di Chinatown Bangkok yang bernama Saphan Lek ada beberapa kedai yang menjual replika pistol,raifal dan jugak pelancar grenad.
Kebanyakannya diseludup dari Taiwan,Jepun dan China melalui Burma,tetapi yang paling realistik adalah buatan Taiwan.Model pistol yang popular adalah Colt,Berretta,Walter dan Glock,manakala raifal pulak jenis M16,M4 Carbine dan  AK-47.Harga untuk pistol sekitar 2,500Baht(RM228.75) hingga 10,000Baht(RM915),dan harga raifal  antara 4,000Baht(RM366) hingga 25,000Baht(RM2,287.5) bergantung pada aksesori.





Nak main senapang tak boleh,so aritu aku try RC Car Tamiya abang ipar aku punya.Itupun dia beli dari pakcik aku RM300.Model TT-01D Tamiya Coppermix Silvia Drift ni kalau ikutkan retail price dia sekitarRM600-700 je.Memang best lah buat drift,tapi drivetrain dia 4WD.Aku bagitau abang ipar aku,kalau cabut longshaft untuk tayar depan lagi syok buat drift,jadikan rear drive.Aku nak jugak!!

Isnin, 1 Ogos 2011

Beza Ramadhan Solo dan Double

Hari ni 1 Ogos 2011,pertama kalinya aku berpuasa sebagai seorang suami.Zahirnya nampak sama,apalah bezanya dengan berpuasa semasa zaman bujang.Sebenarnya agak banyak bezanya.
Semalam jam 9.30 pagi dah pun kena meneman isteri membeli kain di Jakel Shah Alam.Bukannya isteri tak pandai memandu,cuma katanya lagi 'best' kalau suami temankan.Lepas membelek-belek sekitar 20 gulungan kain,akhirnya aku bertindak.Aku pilihkan satu jenis kain yang pada mata aku nampak cantik.Actually bukan untuk dia,katanya untuk mak mentuanya(mak akulah tu).Selesai masalah memilih kain.Oh ya,sempat juga dia mengambilkan dua helai kain pelikat untuk dipakai ke solat terawih.
Itu soal membeli kain,hatta mahu membeli setin tomato puri dan sebotol sos pun si isteri rela menunggu aku balik untuk ditemankan membeli barang dapur yang sedikit itu.Rasanya situasi ini akan berlanjutan sehingga kami mendapat seorang anak.Orang perempuan ni bila dah ada anak,tak berapa nak berkepit sangat dah dengan suami,betul tak?
Usai membeli kain,kami terus ke NSK Selayang untuk membeli keperluan dapur.Katanya murah disitu.Sepanjang jalan dari Taman Pinggiran Gombak hingga lebih kurang 500 meter lagi untuk sampai ke NSK Selayang,jalan sesak teruk.Kebetulan semua orang bersiap-siap untuk menghadapi puasa,kereta tak dapat bergerak.Lebih kurang satu jam setengah kat situ masa terbuang,aku patah balik.Sakit kepala menghadap jem walaupun kereta berair-cond.Aku sempat cakap kat isteri aku,'jangan sebut-sebut lagi nama NSK.Kita beli je barang kat Tesco atau Giant'.
Hehe!Dia memang tau aku tak boleh tahan pergi tempat sesak-sesak ni,aku cepat rimas.Lepas tu mula la mood aku lari.Kami balik ke rumah mak mertua aku,berehat.Kata isteri aku pukul tiga kita pergi Giant.Lepas solat Zohor,isteri aku bagi panadol dua bijik,aku lelap sampai 3.30pm.Biasalah janji Melayu,janji pukul 3,dekat pukul 5 baru gerak.Dok menyembang pasal persedian raya,terawih,bla..bla..bla..
Termasuklah isu pakaian hendak ke surau mengerjakan solat terawih.Inilah yang aku katakan beza menyambut Ramadhan semasa bujang dan juga setelah berkahwin.
Semasa bujang,ketibaan Ramadhan tidak banyak bezanya.Keperluan dapur tidak perlu dibeli,bungkus je di bazar Ramadhan,merata tempat ada.Cuti raya pun tak kisah nak balik kampung berapa lama,selagi cuti tahun ada.Soal pakaian nak ke surau/masjid,pakai saja apa yang ada asalkan baik dan bersih.Baju raya?Lagi la tak payah serabut,last minute pun boleh beli.
Tapi tu semua kenangan silam,tak boleh lagi kekal macam tu.Persediaan kena dibuat awal,cuti pun kena rancang,supaya sama-sama bercuti serentak.Pakaian nak ke surau/masjid pun harus sesuai.Baju raya je tak payah pening,pakai je baju nikah hari tu untuk raya pertama.Hahaha!

Berbuka dengan menu apalah agaknya hari ni ek?

Sabtu, 30 Julai 2011

Usaha Lagi...

Mukadimahnya,kita cerita pasal perlawanan Kelayakan Piala Dunia Peringkat Zon Asia,Malaysia vs.Singapore yang berkesudahan dengan agregat 4-6.

Image from Utusan Online
Siapa tengok Malaysia vs.Singapore semalam sure kecewa gila.Apatah lagi yang bersesak-sesak ke Bukit Jalil memberi sokongan padu.Lately penyokong Malaysia dah mula kembali memberi sokongan setelah pasukan Malaysia mengalami zaman suram.Tapi malang sungguh,sorakan dari lebih 85,000 peminat bolasepak tempatan gagal memberi impak kepada prestasi pemain Malaysia.
Aku pun sama kecewa sangat,tapi itulah keputusannya.Aku baca kat blog mana tah pagi tadi,Datuk K.Rajagobal menyalahkan pemain Singapore yang melengah-lengahkan permainan.Rasanya kalau kita berada dalam situasi Singapore,kita pun bermain macam tu jugak.Longgok ramai-ramai pemain depan pintu gol,bertahan cukup-cukup.Kena tackle dengan pemain Singapore,kita guling atas padang macam ayam kena sembelih.Janji layak ke peringkat seterusnya,amacam?
Bagi pendapat aku pulak,aku meletakkan 70% kekalahan tu disebabkan percaturan K.Rajagobal yang meletakkan penjaga gol Sarbini Alawee semasa kunjungan ke Stadium Padang Besar.Atas alasan apa aku pun tak tahu.Sekali dia tak dapat selamatkan bola sepakan percuma aku boleh maafkan lagi,tapi kalau dah 3 kali???Akibatnya 5 gol bolos.
Mujurlah dapat juga 3 gol di tempat lawan,walaupun tugas berat masih belum selesai.Wajib hukumnya untuk dapatkan dua gol untuk Malaysia,dan kosong untuk Singapore di Bukit Jalil.Suratan dah tertulis,keputusannya seri 1-1.Apapun aku bangga tengok kesungguhan penjaga gol Khairul Fahmi yang menjaga gol tahap world class.Bukan aku cakap,commentator ASSP HD berulang-ulang kali memuji Khairul Fahmi.Begitu jugak dengan Safee Sali.Jelas nampak beliau kecewa amat sangat dengan kekalahan malam tu.
Walaupun bermain di Bukit Jalil,Singapura yang banyak melancarkan serangan.Sepatutnya K.Rajagobal dapat meramalkan Singapura bermain secara offensive dan sekali-sekala akan counter-attack.Malangnya tiada perubahan pada formasi pemain.Ditambah lagi dengan ketiadaan Safiq Rahim,maka tak adalah pakar sepakan percuma.Aku hairan jugak kenapa K.Rajagobal menurunkan Ismail Faruqi,sedangkan masa bermain di tempat lawan,aku nampak dia suka bawa bola sorang-sorang.Kalau lepas ke depan gol lawan tak apalah jugak.Maybe sebab Norshahrul Idlan Talaha masih belum cergas,K.Rajagobal tak banyak pilihan.
Baki 30% lagi aku letakkan kekalahan tu disebabkan keseluruhan pasukan.Permainan tak harmoni,seperti kehilangan punca.Sedangkan sebelum menghadapi Singapore,pasukan kita dah pun bermain dengan tiga gergasi bolasepak England.Kalau menang dengan Singapore sekalipun,entah sampai tahap mana perjuangan pasukan Malaysia.
Hmmmm...apa nak buat,peminat kenalah terima keputusan tu.Cuba lagi tahun akan datang.Sementara masa tu tiba,aku harap pasukan Malaysia akan berusaha 120% untuk sekurang-kurangnya membuktikan Malaysia raja bolasepak Asia Tenggara.

-Aku bukanlah pakar tentang bolasepak,setakat main Winning Eleven PS2 boleh la.Pepatah Melayu kata,'rumah siap,pahat berbunyi'.Walaupun perkara dah berlaku,aku nak jugak membebel dan aku puas hati dengan bebelan aku.Cheers!