Selasa, 20 April 2010

CPU Overload!!

Bukan CPU PC/Laptop aku yang overload,otak aku ni yang overload.

Bulan terakhir kuliah ni semak betul kepala otak aku.Report banyak tak siap,projek final minggu depan dah nak present.Pun kena siapkan report jugak.

Last-last minute ni banyak plak assignment nak kena hantar.X hantar kang jumpa lagi semester depan.Taknak aku!Dah malas nak pegi kuliah hujung minggu.Nak rehatkan otak,bersama kawan-kawan dan keluarga.

Yang aku perasan setahun dua keblakangan ni rambut banyak gugur...

Sabtu, 17 April 2010

 LOAN DOUBLE STANDARD....
Loan pun ada diskriminasi?Ingatkan orang je.Tu la realiti yang aku hadapi bila cuba mengapply loan kat bank2 dalam Malaysia ni.Sebelum aku menebalkan muka pegi bank apply loan,aku survey dulu dalam website diorang ape requirement minimum dan dokumen2 yang diperlukan...

Bank R****t
-Private sector employees with an income RM1500
-Employees in services for not less than 6 month

Ok,layak dah ni.Aku pun dengan yakin pegi cawangan bank ni kat Damansara Utama.Tak sampai seminit aku duduk,staff dia tanya satu soalan je,kerja kat mana.Dia taip nama kompeni aku dan takde dalam list.Pendek kata,aku tak layak.What happen??and what the hell???
Dari ape yang aku tengok dia buat,bermakna hanya syarikat swasta yang panel dengan diorang je boleh loan...
Cuma yang aku tak puas hati:
*-Kenapa dalam website dia tak explain betul2.Taip besar2 dengan font bold yang loan tu hanya untuk Panel diorang dan macam biasalah government sahaja(Basic RM700 jadi Pembantu Am Rendah pun layak pinjam 20k agaknya..)
*-Macamana diorang boleh anggap kerja swasta ni x layak meminjam.Tak semua syarikat swasta x stabil.Kalau gaji katakan paling bangsat RM2000,pinjam 10k repayment period 4 taun,monthly around RM230 je.Lojiknya memang boleh bayar.
*-Tukar jela nama bank tu jadi Bank Gov Servant..Rakyat Malaysia yang kerja swasta ni tak memberi sumbangan kat pembangunan negara agaknya...
Kat Facebook bank ni lagi best.Ada la mamat miskin cam aku ni tanya,betul ke kalau swasta nak buat personal loan kena basic 3k.Dia pun mintak explain sebab dalam website tak tulis macam tu.Mamat mana tah jawab,kalau gaji ciput kang tak mampu bayar,kah!kah!kah!.Betapa bangangnya mamat tu.Kalau gaji dah 3k,apekejadahnya nak buat loan.Hmmm...susah betul jadi pekerja swasta ni.

M*****k
Bank ni plak "mesra' rakyat btol staffnya..Hajatnya aku nak la tanya pasal pakej Personal Financing-i.Tunggu kat kaunter skejap,awek bank tu pun entertain aku..
'Ada apa encik?'
"Saya nak tanya pasal Personal Loan..."
'Tak boleh la encik,hanya syarikat yang ada dalam list je'
'Macamana saya nak tau syarikat saya ada dalam list?'
"Encik kena pegi bahagian loan tingkat dua".

"Pegi mampus la kau!Belum check lagi dah cakap tak boleh.Buatnya kompeni aku ada dalam list,tak ke aku maki-maki je awek tu.Patutnya jawab la,"saya semak dulu nama syarikat encik".Bank ni pun satu hal jugak,tulis terang-terang la dalam website.Tak la menyusahkan orang miskin macam aku ni.

Selasa, 23 Mac 2010

My All Time Favourite Movie

Pernah tak korang berangan nak jadi macam karekter filem yang baru korang tengok?Kalau pernah maknanya aku ni normal macam manusia lain,hehe!Aku bukan nak review filem2 ni,cuma nak cerita kenapa aku boleh tengok cerita2 ni berbelas2 kali and still tak jemu sampai skarang.Ada yang baru(xbrape baru jugak kot)dan ada yang lama.Jom belekkk!
National Treasure:Nicholas Cage,Diane Kruger
Director:John Turteltaub
Cerita ni memang menarik sebab adventurous dan mengisahkan pasal harta karun Knight Templar.Ape yang amazingnya pasal jalan cerita filem ni adalah diorang blend fiksyen ngan sejarah Amerika Syarikat dan Freemason.Sampai sekarang aku yakin Freemason tu memang wujud,haha!.Cerita ni bermula dengan klu yang mengatakan ada map ke lokasi harta karun kat belakang Declaration of Independence US.Banyak jugak benda2 dalam filem ni yang memang wujud dan ada dalam sejarah US macam simbol Freemason kat US1 bill,surat2 yang dikarang Silence Dogood,menara jam kat belakang US100 bill,semuanya klu yang ditinggalkan oleh ahli Freemason.Dalam movie kedua,National Treasure:Book of Secret pun sama,banyak sejarah US yang kita tak tau.Pas tengok cerita,browse la internet.Terutamanya pasal Freemason,seram pun ada.Dengarnya kat Malaysia ni pun ada Lodge Freemason,ape aktiviti diorang aku tak tau la.Ape pun dua2 filem ni jalan ceritanya mantap,layan je!


Enemy at the Gates:Jude Law,Rachel Weisz,Joseph Fiennes
Director:Jean-Jacques Annaud
Filem ni berdasarkan true story masa zaman perang Nazi Jerman-Soviet Union.Mengisahkan pasal marksman(sniper) Soviet Union bernama Vassili Zaitsev lakonan Jude Law.Bila Nazi dah mula menakluk Soviet dan sampai ke bandar Stalingrad,muncul seorang pemuda yang sangat cekap menembak kepala orang,hehe!Soviet kena pertahankan bandar tu sebab bandar Stalingrad membawak nama Joseph Stalin,PM diorang kot.Dengan senjata M91/30 Mosin-Nagant,Vassili berjaya tembak ramai officer Nazi.Dia tembak officer je untuk lemahkan semangat tentera Nazi.Nikita Khruschev(nama ni ada disebut dalam Metal Gear Solid 3:Snake Eater,berlatarbelakangkan zaman perang dingin),berkenan kat bakat mamat ni.

                                   Encik Vassily Zaytsev
Vassili dinaikkan pangkat oleh Nikita Khruschev dan jadi trainer divisyen Sniper tentera Soviet.Realitinya si Vassili ni menembak 242 orang musuh antara Oktober 1942-Januari 1943,sebelum tu lagi la banyak,hebat gile dia ni.Senapang dia dipamerkan kat Moscow Army Forces Museum,dan yang paling berharga,Scope sniper ulung musuhnya,Heinz Thorvald yang berjaya Vasili tembak.Tengok cerita ni dan tau sejarahnya,korang akan terberangan nak jadi terer menembak macam Vassili,heeee...


October Sky:Jake Gyllenhall,Chris Cooper & Laura Dern
Director:Joe Johnston

Filem yang jugak based on true story ni berdasarkan pengalaman hidup Homer Hickam,saintis NASA yang merupakan seorang anak pelombong arang batu.Masa ni Jake Gyllenhall bebudak lagi.Sape yang tak kenal mamat ni,dia akan muncul dalam filem baru berdasarkan game PS2,Prince of Persia.
Homer ni hidup kat bandar kecik yang mana majoriti penduduk kat situ bekerja sebagai pelombong arang batu.Bapak dia boleh kata macam supervisor la kat lombong tu dan berharap anak2 dia akan ikut jejak jadi pelombong.Bila abang dia,Jim dapat biasiswa football untuk belajar kat kolej,tinggal la dia untuk menyambung harapan bapak dia walaupun dia tak nak kerja jadi pelombong.dia lagi suka jadi ahli sains.Homer belajar buat roket ngan kengkawan dia.satu eksperimen diorang ada failure dan diorang dituduh menyebabkan kebakaran hutan.
Macam-macam rintangan la yang dia kena hadapi,bapak dia sakit,dia kena brenti skolah n jadi pelombong.Bila dia berjaya kat science fair sekolah dia,dia join National Science Fair plak.Last minute replika display dia kena curi n orang kampung tolong buatkan model roket untuk dia.Homer menang dan dapat biasiswa untuk sambung belajar.Cerita ni menarik sbb tengok ketabahan Homer mengejar cita2 sampai dia jadi saintis NASA.Bukan senang nak senang ye tak?

Ahad, 21 Mac 2010

TOYOTA SPRINTER HATCHBACK/CIELO IS BACK!

TOYOTA SPRINTER HATCHBACK/CIELO IS BACK!

Dua minggu bertapa kat bengkel akhirnya siap jugak tukar jantung baru.Kali ni kereta abang iparku menerima jantung 4A-GE non TVIS aka.Red Top.Cuma throttle body je pakai yang asal sebab masa beli tak dapat throttle body.Takpe,nanti masuk karburetor Weber,heee!




** Actually kereta ni dah banyak naik taraf selepas lebih 4 tahun berkhidmat.Nantilah aku buatkan satu entri khas untuk jentera kesayangan Encik Amat Cielo Cardoba ni.

Sabtu, 20 Mac 2010

Cuti-cuti di Jerantut 2

MISSION NO.2:BERTEMPUR LAGI DI SUNGAI PAHANG

Kali ni adik aku tunjuk port lain plak.Tumpang lepak kat sangkar ikan kawan dia.Dekat jugak la ngan port mission ptama.Dengan senjata yang sama gak,cuma tambahan usus ayam.
Tengok abang ipar aku,awal2 dah rembat port baekk..Jangan baling dalam sangkar ikan orang dah la,heee....
Ikan tarik ke,sangkut kayu?Haha!









Bot pun ada,tapi orang punya...Kena sewa la bro..


Ni la dia ikan patin sungai.Tapi halus sangat,heee...Sampai petang pun sama jugak.Memang time cuti raya ikan pun takde.Banyak faktor la.Otai2 mancing je tau ape sebab kitorang tak dapat ikan.Nak isi masa lapang yang banyak kagi,kitorang pun plan nak p melawat satu tempat bersejarah kat Pahang ni.Kat mana tuu??Jom!
GUA KOTA GELANGGI:JERANTUT,PAHANG
Ni la entrance untuk ke kompleks gua Kota Gelanggi.Macam pintu gerbang la.Nama tempat ni Gua Tongkat.