Memaparkan catatan dengan label Khidmat Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khidmat Sosial. Papar semua catatan

Rabu, 21 Oktober 2015

Petisyen Selamatkan Sungai Batu V 2.0

Sungai Batu Petition
Entri ni adalah kesinambungan entri ringkas semalam berkenaan tapak arkeologi Sungai Batu.
Zaman aku sekolah menengah dulu,tapak bersejarah dalam Malaysia ni yang diceritakan dalam buku teks tak lain tak bukan ialah A Famosa dan candi Lembah Bujang.Itupun ceritanya tak banyak,ditambah lagi dengan gambar hitam putih yang tak menarik langsung.Masa tu aku tak terfikir langsung pasal agama orang dulu-dulu sebabnya bila sebut candi,mesti Hindu.Dan bila Hindu terus terbayang India.Dan masa tu juga,candi Lembah Bujang tak cukup menarik perhatian aku berbanding gahnya binaan Angkor Wat dan Borobudur.Lagipun agama Hindu kot,apekehal aku nak belajar lebih-lebih?
Macam tu lah betapa tipisnya knowledge aku dan majoriti student sekolah menengah pasal sejarah tempatan masa tu.Sampaikan beberapa tahun dulu aku selalu terfikir,apakah huruf dan tulisan bangsa Melayu.Bangsa lain ada tulisan sendiri,kenapa tidak Melayu?Berkenaan dengan kependudukan orang Melayu ditanah Melayu sendiri pulak,teori paling simple yang aku pegang  ialah atuk nenek aku datang dari Indonesia.Nampak?Betapa inferiornya aku dengan sejarah bangsa aku sendiri.Tapi itu dulu.
Menginjak tua (ewahhh!),aku mula berminat dengan sejarah bila aku setkan dalam fikiran bahawa,’Malaysia yang kita kenal sekarang bukanlah seperti Malaysia yang kita kenal dari buku teks sekolah’.Benda paling basic yang aku mula-mula belajar ialah tentang ‘Malay Archipelago’.Dari situ baru aku sedar yang aku memang orang Melayu,dan tok nenek aku pun Melayu.Orang Indonesia sekarang  je yang malu nak mengaku Melayu.
Apa lagi yang menarik tentang alam Melayu?
Banyak.
Amat banyak sekiranya dokumen-dokumen lama yang dibawa lari penjajah dapat kita kaji.Aku bukanlah orang yang sesuai untuk ceritakan semua tu.Ada team underground yang khusus dalam bidang ni.Untuk kali ni,fokus kepada Sungai Batu dan kenapa kita mesti berusaha mempertahankan tapak tersebut daripada dijadikan tapak pembangunan.Untuk makluman,team ni lah yang trigger interest aku untuk belajar secara ringkas sejarah bangsa Melayu.

Sungai Batu
Sungai Batu adalah salah satu cabang dari Sungai Merbok di Kedah yang mana hasil ekskavasi PPAG dan USM sebelum ini menunjukkan ianya adalah kawasan yang amat penting suatu masa dahulu.Sebanyak 97 tapak ditemui di kawasan seluas 4km persegi dimana 46 daripadanya telah ditemui :
a) 10 tapak jeti
b) 17 tapak peleburan besi
c) 13 tapak bangunan sokongan
d) 1 tapak ritual
Dari hasil penemuan menunjukkan tapak arkeologi Sungai Batu adalah satu kompleks tamadun yang cukup hebat suatu masa dahulu.Usianya?Menjangkau 2200 tahun,menunjukkan bahawa kompleks Sungai Batu jauh lebih tua dari mana-mana tapak bersejarah di rantau ini.Nampak tak cukup hebat lagi?
Pertimbangkan fakta ini; proses peleburan besi merupakan satu acheivement besar dalam pembentukan tamadun manusia.Aku bagi contoh ya?Pernah tengok dokumentari orang Jepun buat besi  *tamahagane?Ala,besi pedang samurai tu.Korang mesti kagum dengan pedang tu kan?Asas kepada pedang yang hebat ialah dari besi yang baik campurannya.Pakar besi tamahagane membakar black sand didalam relau (tatara) selama tiga hari (72 jam) dan unsur karbon ditambah dari masa ke semasa.(secara kebetulan,bentuk tatara menyerupai relau yang terdapat di Sungai Batu.)Macamana diorang nak control ratio besi dan karbon adalah dengan penglihatan iaitu warna api yang terhasil.Only trained eyes yang boleh buat semua tu.Believe it,our ancestor have made that kind of steel thousand years ago.
* Baca entri lama aku tentang tamahagane,Japanese Deadly Sword: Nihonto
Kemudian besi-besi raw tadi dieksport pula ke Timur Tengah melalui Mozambique dan kemudian ke Yaman(aku lupa dah nama tempat tu,maaf kalau salah).Sebab tu kompleks Sungai Batu ada jeti.Perlabuhan lah apa lagi.Terdapat catatan sarjana Islam yang pernah merekodkan bahawa besi-besi untuk membuat pedang yang baik adalah datang dari Zabag atau Qalah,yakni Kedah Tua.Nampak sekarang?Dah la pandai buat besi,pandai berniaga pulak.
Masa berlalu pantas dan selepas ribuan tahun tertanam didalam tanah, akhirnya tamadun lama ini muncul kembali.Yang paling menarik ialah timbulnya kapal-kapal lama di dalam tasik yang terletak di tengah-tengah ladang sawit.Dikala sejarahwan tempatan menarik nafas lega dengan bukti kukuh kependudukan Melayu di Malaysia ni,satu berita buruk hampir melenyapkan semua harapan anak bangsa.
Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di tanah-tanah persendirian yang mana tuan-tuan tanah ini menunggu agak lama untuk pihak kerajaan membeli tanah mereka untuk dimajukan.Disebabkan kerajaan agak ‘tidurrr’,pihak-pihak pemaju lebih cepat membuat tawaran yang baik kepada tuan tanah.Yelah,siapa cepat dia dapat.Figure yang aku dengar untuk mengambilalih tapak arkeologi Sungai Batu adalah sekitar RM28 juta,more or less…wallahua’lam…Dah tolak jadi tapak perumahan nanti nangis air mata darah pun tak guna dah.
Dalam hal ni aku rasa perlunya pihak berwajib mengambilalih tanah-tanah tersebut untuk pemuliharaan secara serius.Negara lain punya la bangga dengan tempat sejarah diorang,kenapa orang kita tak macam tu?Bangunan penjajah yang dibelanya.
Sign petisyen ni Save the Oldest Civilization In South East Asia.Last time aku check tadi jumlah penandatangan petisyen adalah berjumlah 8,039.Come on guys,berapa minit je nak sign.Move your lazy ass! Tak keluar duit pun.Tunjukkan sokongan anda untuk menyelamatkan salah satu tapak bersejarah di Malaysia ni.Bermula dengan Sungai Batu ni,diharap kerajaan tidak ragu-ragu untuk mendanakan proses ekskavasi di beberapa tempat lagi yang tidak kurang hebat sejarahnya.
Sepertimana yang aku cakap kat atas tadi,Malaysia bukanlah negara yang anda kenali dari buku teks sekolah.Banyak lagi misteri yang bakal dirungkaikan.Walaupun blog aku ni tak sepopular page Amrans Fans,The Vocket,etc.,aku harap pembaca-pembaca blog aku sekalian dapat menyumbang sedikit sebanyak kearah usaha menyelamatkan khazanah bangsa kita.
Sekian.
credit to:
http://mistisfiles.historiansecret.com/?p=779
http://arkeosungaibatu.blogspot.my/
http://syidamenulis.blogspot.my/2015/10/tapak-arkeologi-sungai-batu.html

Selasa, 17 Mac 2015

Online Scammer Upgraded!

Satu benda yang common dalam dunia internet sekarang ni ialah peniagaan online.Perniagaan online ni simple.Ada barang nak dijual,ada nombor akaun dan ada pembeli,maka cukuplah syarat berniaga.Tak perlu lesen perniagaan atau premis.Barang dihantar melalui pos atau tunai semasa serahan (cash on delivery).

Seiring dengan kerancakan perniagaan online,muncul segelintir manusia yang membuat penipuan online.Yang ni bisnes gak,tapi haramjadah punya orang.Penipuan online ni ada beberapa kategori ya tuan puan.Kalau dulu peniaga yang menipu,sekarang wujud pula pembeli penipu.Ini juga tergolong dalam penipuan online.

 

Pertama:

Diorang iklankan ‘barang’,tapi bila ada pembeli dah bank in kan duit,barang tak sampai-sampai.Sebabnya barang memang tak ada.Ini adalah BASIC penipuan online.Penipu online ni biasanya guna akaun bank orang lain,adik dia lah,makcik dia lah,sepupu lah…yelah,orang nak menipu.Konon-konon tak dapat tangkap la.Biasanya ‘barang’ yang dijual penipu macam ni harga dia jauh murah dari harga purata pasaran.Manusia amnya cukup mudah tergoda dengan tawaran harga murah.Ini kelemahan kita yang dimanfaatkan oleh si penipu-penipu ni.

 

Kedua:

Barang dijual tak sepertimana yang diiklankan.Dalam gambar bukan main cantik lagi.Bila dah dapat kat tangan pembeli,indah khabar dari rupa.Lebih malang lagi kalau dapat barang fake.Yang ni pun sama je M.O dia sepertimana diatas,harga murah gila.Contohnya kita beli IPhone 6 dengan harga RM1500,tapi yang sampai IPhone mainan buatan China.Pernah dengar tak kisah orang beli alat membesarkan bebird tapi dapat kanta pembesar?Haaa..macam tu lah.

 

Ketiga:

Kategori ni terbalik pulak,penjual yang kena kencing.Teknik mudahnya ialah memalsukan resit transaksi pindahan wang.Aku tak pasti macamana kaedah membuatnya tapi aku pernah jumpa dua-tiga kes macam ni.Dalam kes pembeli menipu peniaga,ini adalah kaedah paling tadika sekali.Bagi peniaga yang berhati-hati,diorang akan confirmkan dulu wang betul-betul telah dipindah masuk dalam akaun diorang.

Kebelakangan ni kaedah ni dah tak dibuat orang sebab nampak bodo sangat.Tetapi penipu sentiasa berevolusi untuk mencari kaedah penipuan yang berupaya menjerat mana-mana pihak yang terlalai.Contohnya adalah kaedah penipuan terbaru yang dikongsikan dalam page Facebook Group Niaga Pancing 88 (GNP88).

 

Keempat:

Kaedah ni melibatkan 3 orang (tripartite) dimana hanya satu pihak yang untung besar.Advance betul kaedah ni bilamana kaedah-kaedah diatas tak lagi berkesan untuk aktiviti pengencingan.Aku baru je dapat dari post hebahan dalam page Facebook jualbeli barang-barang pancing,GNP88.Contohnya macam kat bawah ni.Aku guna watak asal iaitu Izuan,Malik dan Yusry.Kalau tak silap,macam tu lah nama diorang.

 

Izuan : Penjual gewang

Malik : Pembeli telefon

Yusry : Pembeli gewang dan penjual telefon (penipu)

 

1.Izuan iklankan gewang untuk dijual dengan harga RM100

 

2.Yusry berpura-pura berminat untuk membeli gewang tersebut dan dalam masa yang sama mengiklankan telefon yang tak wujud di laman web Mudah.my dengan harga RM1000.

 

3.Untuk meneruskan transaksi pembelian gewang,Izuan memberikan nombor akaun bank kepada Yusry,dan Yusry memberikan alamat kepada Izuan untuk tujuan pengeposan barang.Yusry meyakinkan Izuan wang RM100 dikirim kepadanya dengan menggunakan wang sahabatnya.

 

4.Dalam masa yang sama,umpanan berhasil bila muncul Malik yang berminat untuk membeli telefon dari Yusry.

 

5.Yusry memberikan nombor akaun Izuan kepada Malik untuk di ‘bank in’kan sebanyak RM1000.Kononnya itu adalah nombor akaun kawan baik dia.

 

6.Selesai transaksi dari Malik kepada Izuan,Yusry menghubungi Izuan berkenaan urusan pembelian gewang yang berharga RM100 tadi.

 

7.Yusry memberitahu Izuan bahawa ‘sahabatnya’(Malik) yang konon-konon bank in duit bagi pihaknya telah terlebih bank in dengan jumlah RM1000.Harga gewang cuma RM100.

 

8.Yusry meminta Izuan memulangkan wang baki sebanyak RM900 dengan kaedah mengirimkan sekali dalam penghantaran gewang.Kiranya Yusry nanti akan dapat gewang dan wang ‘baki’ RM900 dari Izuan.Masa ni Yusry akan push Izuan supaya memulangkan baki ‘wang’nya secepat mungkin melalui pos.Akaun bank penipu tak akan digunakan sebab takut dikesan.

Di pihak Izuan sudah tentu tak keberatan untuk pulangkan balik sekiranya beliau jujur berniaga.Yelah,RM100 dia dah dapat dari Yusry untuk penjualan gewang.

 

9.Ultimatum kepada keseluruhan game ni adalah di peringkat ini.Sekiranya Izuan dengan ‘lurus’nya memulangkan ‘wang’ Yusry sebanyak RM900 melalui kiriman PosLaju(wang tunai dibungkus sekali beserta dengan barang yang dipesan),maka Yusry telah berjaya.

 

10.Malik melopong.Handphone tak dapat,duit pulak pergi ke akaun Izuan yang tak tahu menahu urusan jual beli handphone.Malik akan terus mengejar Izuan untuk mendapatkan duit dia semula.

 

11.Yusry bergumbira dengan gewang dan wang tambahan RM900.Paling koman call/mesej dah tentu tak berjawab.Off terusss!

 

 

Paham tak game-atas-game ni?

 

Yang jadi mangsa ialah Malik dan Izuan.Dari segi kewangan,Izuan tak rugi apa-apa,tapi akaun bank dia dimanipulasi oleh si Yusry untuk mendapatkan wang.Jadi satu masalah besar untuk Izuan bila dikejar Malik.Hidup tak senang beb.Kot-kot kena belasah ke hapa,tak ke naya.

So,be extra cautious dengan perniagaan online tak kira anda penjual atau pembeli.Dengan hanya satu nombor akaun,dua orang telah teraniaya.Dulu ada aku dengar ura-ura perniagaan online perlu didaftarkan.Masa tu ramai orang marah,aku pun sama.Banyak prosedur yang bagi aku menyusahkan peniaga online kecil-kecilan.

Biasalah,kita selalu nampak benda negatif dulu.Tapi kalau difikirkan balik,ada baiknya semua perniagaan online didaftarkan dalam satu portal khas.Lengkap dengan segala macam detail.Tapi tak payah la beryuran-yuran pulak.Free sudah.

Inisiatif contoh yang dipraktikkan dalam GNP88 ialah pihak admin menyimpan rekod penjual dan mengesahkan akaun penjual sebelum meluluskan sesuatu posting jualan.Aku bukanlah pembeli atau pengomen dikenali dalam page tu.Aku cuma pemerhati yang suka tengok kepelbagaian ragam manusia.Apapun,good job GNP88!

*Hari ni aku terjumpa lagi satu kes yang sama tapi melibatkan alatganti kenderaan.Aku rasa urusniaga jual beli online ni kena ada verifikasi dari kedua-dua pihak pembeli dan penjual,terutamanya pemilikan akaun bank.

Pastikan duit itu pergi ke akaun orang yang betul,dan duit masuk juga perlu datang dari orang yang betul bererta amaun yang tepat.Tak boleh berlebihan apatah lagi dengan jumlah yang tak masuk akal.

Sekiranya perlu,dapatkan foto ic kedua-dua pihak yang berurusniaga.Prosedurnya memang leceh,tapi jauh lebih baik daripada sengsara ditipu atau akaun disalahguna.

Jumaat, 18 April 2014

Moringa Untuk Orang Asli

Post ni related dengan post yang lepas;iaitu masalah kekurangan zat pemakanan di kalangan anak-anak orang asli.Baru-baru ni boss aku sebutkan tentang satu pokok iaitu pokok kacang kelo/kelor/Moringa.Nama saintifik pokok ni ialah Moringa oleifera.

moringa

www.tanamsendiri.com

 

Kita biasa tengok pokok ni,cuma mungkin kita anggap pokok ni semak samun biasa.Tambahan lagi pokok ni cepat membesar.Rupanya pucuk dan buah mudanya boleh dimakan.Biasa orang masak lemak atau buahnya dicampur dalam masakan kari,macam kacang bendi la kot.Di kampung aku tak glemer langsung pokok ni.Aku pernah dengar orang sebut-sebut pucuk kelo,tapi tak tau rupanya macamana.

Disebalik rupanya yang humble,tersimpan khasiat yang banyak.Hampir keseluruhan komponen pokok di ada manfaat.Untuk amaun berat yang sama,pucuk kelo memberikan khasiat seperti berikut:

 

7 kali Vitamin C daripada Oren

4 kali Vitamin A daripada karot

4 kali kalsium daripada susu

3 kali potassium daripada pisang

2 kali protien daripada yogurt

*www.treesforlife.org

 

Hah.Banyak betul benefit dia,tapi kenapa sayuran ni susah jumpa kat market?

Ok,berbalik kepada cerita malnutrition aborigines tadi,apa kata pokok-pokok Moringa oleifera ni ditanam di kampung-kampung orang asli.Lepas tu ajar diorang macamana nak manfaatkan pokok ni.Aku ada suggest benda ni kat wife aku tapi dia kurang faham kot.

Pokok ni free je,tepi-tepi jalan pun banyak.Setakat nak propagate peringkat awal berapa duit je pun.Agak-agak mau ke orang asli mencekik benda ni?Hihihi.Dengan cara ni barangkali berjuta RM dapat dijimatkan setahun atau dana tu boleh digunakan untuk program pembangunan orang asli yang lain.

Tapi itulah,banyak program kerajaan untuk rakyat lebih berbentuk ‘memberi ikan untuk dimakan’ berbanding ‘memberi pancing untuk memancing ikan’.Implementation memang susah,banyak peringkat kena perhalusi.Kerja-kerja murni macam ni kena dipantau betul-betul.Amanah perlu dijaga.

Bekerja untuk rakyat ni sebenarnya mudah sangat nak dapat pahala kalau dilaksanakan dengan integriti yang tinggi.

Khamis, 10 April 2014

Cabaran Program Untuk Orang Asli

Seminggu dua ni ada beberapa berita pasal ketirisan wang seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.Salah satunya ialah yang ini,http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/08/Abuses-highlighted-in-report-Health-offices-used-funds-meant-for-poor-kids-on-own-meals/

Health offices used funds meant for poor kids on own meals   Nation   The Star Online

Kalau tak berapa faham bahasa Inggeris,aku ringkaskan kat sini.Kementerian Kesihatan ada satu program untuk meningkatkan pengambilan zat pemakanan dikalangan anak-anak orang asli seluruh Malaysia.

Program tu berupa pemberian bakul yang berisi beras,biskut,vitamin dan macam-macam lagilah.Semuanya bernilai RM150 setiap bakul.Kekerapan pemberian bakul tu aku tak pasti.Manakala berat badan dan tahap kesihatan anak-anak orang asli yang terlibat dalam program ni akan dipantau untuk melihat impak program ni samada mencapai matlamat atau tidak.

Program ni bagus sebenarnya,ramai dikalangan kita tak tau pun ada program macam ni.Nampak macam kaum aborigine kat Malaysia ni diabaikan tapi sebenarnya tak.Ini antara effort yang low profile.

Objektifnya jelas,gerak kerja dah ok,cuma outcomenya tak berapa sampai.Berkenaan dengan overspend bajet tu malaslah aku nak komen.Lagi baik kalau difikirkan kaedah yang lebih berkesan untuk menjayakan program tu.

Kita kena kenal apa itu penduduk asal/orang asli/aborigine Malaysia ni.Ada yang duduk berdekatan kawasan penempatan utama,dan ada yang betul-betul rural area.Kita sedar tak selepas ratusan tahun,majoritinya cara hidup diorang tak banyak berubah.Maksud aku diorang lebih suka tinggal di pedalaman,menjalani kehidupan yang ringkas dan hidup seadanya.

Kenapa agaknya?

Sebab diorang tiada pendidikan formal.ABC pun diorang tak tau macamana nak faham kepentingan pengambilan zat dalam pemakanan?Ok lah,mungkin tak berbaloi nak buat sekolah untuk kelompok diorang yang kecik.Maka diadakan ceramah,kempen dan sebagainya.Tapi aku tak fikir diorang akan datang saja-saja nak dengar ceramah.Mungkin kena adakan jamuan selepas ceramah.Memang tembok penghalang terbesar program ni adalah untuk bagi diorang faham tujuan diberi bakul tu.

Di peringkat akar umbinya memang perkara utama yang kena buat ialah educate diorang,sebabnya tanpa pengetahuan ni banyak masalah lain yang  timbul.Antaranya ialah bakul yang diberi khusus untuk anak-anak,dikongsi dengan jiran-jiran.Kenapa jadi macam tu?Sebab mereka ialah orang asli.Sudah jadi kebiasaan untuk kelompok mereka merasa hasil sama rata.

Biasa tengok kan kat Discovery atau National Geographic,hasil tangkapan akan dikongsi sekampung.Lebih kurang macam tu lah kat mana-mana pelusuk dunia pun.Makanya,sikit saja kandungan bakul tu yang dapat kepada kumpulan sasaran.

Itulah yang ditulis dalam artikel akhbar NST,pertambahan berat anak-anak orang asli yang terlibat tak signifikan dengan tempoh program tu dijalankan.Memang tak nampak sangat pun resultnya,cuma kena faham kenapa program tu susah untuk dijayakan.

Kita kurang mengenali orang asli,petunjuknya ialah kenapa diorang masih menjalani kehidupan seperti nenek moyang mereka.Andai ada program yang mampu mengubah cara hidup orang asli menjadi seperti sekurang-kurangnya masyarakat Melayu kampung,program pemberian bakul ni confirm mencapai outcome yang dikehendaki.Bukan setakat zat pemakanan,taraf ekonomi diorang pun meningkat sekali.

Why not dibuatkan kajian khusus tentang diorang ni dan kemudian wujudkan entiti macam FELDA.Diakui atau tidak,program FELDA amat berjaya membantu orang Melayu khasnya.

Itu baru part kesihatan dan ekonomi.Ada juga aku terdengar orang asli yang telah diIslamkan menjadi murtad sebab amat kurang bimbingan.

Jangan ingat orang putih yang suka masuk hutan Malaysia ni sebab suka sangat dengan hutan kita ya?Some of them is missionary yang memberikan bantuan kewangan dan bimbingan.Orang asli mana la tau benda-benda ni.Asal dapat duit sudah.That’s why education is the most crucial part for them,or they will continue to live their way of life for another thousand of years.

Rabu, 22 Januari 2014

Rim Lebar dan Jalan…


ROTA

Sedikit teori yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan untuk memudahkan pemahaman tentang lateral force yang berlaku semasa melalui selekoh (B).Terminologi sebenar berkenaan lateral force ni agak panjang sebenarnya.Siapa nak baca benda remeh temeh ni.
Keadaan ni bukan saja dialami oleh pengguna rim lebar yang dipasang tayar berprofil rendah,pada tayar ‘gemuk’ pun berlaku juga sebenarnya.Selain tu faktor lain seperti bebanan yang dibawa,talaan suspensi,halaju semasa melalui selekoh,sudut selekoh dan juga traction rate tayar memberikan hasil/keputusan yang berbeza-beza.Hatta driver sendiri pun mungkin akan bagi persepsi yang berbeza.
Soalannya,sesuai ke tidak dipakai set up tayar macam ni?
Dalam kebanyakan masa,ianya masih lagi sesuai.Tak jadi masalah pun,kecuali anda seorang yang cerewet tentang handling sesebuah kereta.Maksud aku jenis orang yang memang kerja dia bawa kereta trek.Yelah,pernah tengok kereta trek pakai tayar 195/65/15?Tak ke gayat tang korner?
Cuma,keadaan jalanraya di Malaysia ni sangat menyedihkan.Negeri lain aku tak pasti tapi setakat ni di Semenanjung,Pahang memiliki kualiti jaringan jalanraya paling fail.Even Kelantan pun jauh lebih baik.Kan bebaru ni aku follow trip pengumpulan sampel pokok,maka segala jenis jalan dalam semenanjung aku masuk walaupun tak semua.Ni contoh jalan ke kampung aku,fokus kat satu ni sudah.Takkan plak aku nak letak gambar semua lubang ye dak?
Bayangkan set up rim diatas terjun dalam lubang-lubang ni dengan halaju kambing berlari,amacam?

1600174_413613842074752_1983667437_n

Setahun lepas jalanraya ni masih cantik.Sejak sebulan dua ni disiram air hujan dan juga kekerapan lori-lori berat lalu,inilah hasilnya.Umpama kawah ledakan bom kereta dengan 300kg peledak buatan Taliban.Dah berapa banyak rim kereta dia dah makan termasuk seketul rim aku.
Baru-baru ni satu nyawa dah melayang.Siapa nak tanggungjawab?
Kebanyakan orang akan mempersalahkan pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan.Ya betul,lubang-lubang ni boleh ditampal tapi itu cuma penyelesaian sementara.Setakat ni dah banyak juga usaha menampal aku tengok tapi tak lama.Balik kampung lagi sekali lubang dah dalam semula.
Apa punca sebenar ni?

Jawapannya adalah angkara lori balak dan treler yang bawa sawit.
Buat masa ni agak banyak trip-trip treler sawit berkapasiti 40 tan melalui jalan ni.Lori balak toksah ceritalah,sejak dulu lagi tak habis-habis angkut balak.Macamana boleh banyak sawit dihantar ke kilang Lepar Utara 6?
Ini adalah kerana sejak penanaman semula ladang Lepar Utara 3,kapasiti pemprosesan sawit di kilang L.U.6 agak berkurangan.Untuk mengoptimakan operasi,kilang L.U.6 memproses sawit dari gugusan Kota Gelanggi.Maka berbondong-bondonglah treler-treler panjang ni memasuki Lepar Utara.Itu pandangan aku lah.Power betei,aku tanya,pastu aku sendiri jawab.
Ini cuma sikit je ni.Cuba la lalu jalan dari Bandar Jengka lepas tu masuk ke simpang menghala ke Jengka 10,Kota Gelanggi & Sg Tekam Utara.Segala spesies kerosakan ada.Tu belum spot banjir lagi.Haaaa,demam YB nak memikiornyee!Pikir-pikirkanlah ye,kang kami tukar kang?Hahahahahaha!

*Gambar lubang jalan dari Facebook Mohd Eone Bct untuk Group Bebudak Lepar

Khamis, 24 Oktober 2013

Sikit Lebih Baik Daripada Tak Ada Langsung

As salam semua...

Semalam aku terbaca berita tentang pegawai bank yang ditembak dari jarak dekat menggunakan shotgun oleh guard yang diamanahkan oleh pihak bank.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.Dalam kita berjaga-jaga dengan ancaman luar,rupanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin.Hari ni pulak satu  kes bunuh  secara rambang (amuk) berlaku oleh pelaku yang dikatakan mengalami tekanan mental.Apa sudah jadi dengan negara yang kusayangi ni...

Tukar topik lain.
Minggu lepas aku dan keluarga dapat surat dari IADA Barat Laut Selangor berkenaan pampasan tanah yang diambil semasa projek pembesaran jalan.Projek tu siap lama dah,mak aku cakap sejak dia baru kawin dulu.
Baru-baru ni Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan untuk pembayaran pampasan,so kitorang adik-beradik yang mempunyai bahagian dalam geran dipanggil untuk perbincangan nilai pampasan.
Sebelum tu sedikit pujian untuk pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak lupa tanggungjawab menguruskan soal ini.Yang kedua,sepupu aku iaitu JKKK Kampung Sungai Leman dibawa menunaikan haji atas pembiayaan kerajaan negeri baru-baru ni.Juga tahniah disitu.
Berkenaan bahagian tanah yang terlibat untuk projek pembesaran jalan tu,keluasan yang diambil tak banyak mana pun,lebih kurang 0.011 hektar.Berdasarkan harga semasa pasaran tanah pertanian di kawasan tu,nilainya dianggarkan sekitar RM190,000/hektar.Maka nilai pampasan tu tak banyak,kurang sedikit dari RM2000.
Ya,memang tak banyak.Amaun tu pulak dibahagikan kepada tiga,makcik aku 2/3 bahagian dan part arwah bapak aku cuma 1/3 saja.Sudahlah 1/3,kami adik beradik dan ditambah nama mak aku,jumlahnya sembilan orang.Memang kuantitinya amat-amat sedikit,kelakar pun ada.Tapi bukan itu yang menjadi isu utama.Ia adalah amanah yang perlu diselesaikan oleh pihak berwajib.
Tetapi,walaupun jumlah pampasannya sedikit,setiap seorang dari kami yang hadir diberikan tambahan wang tanggungan perjalanan.Adik aku yang belajar di Terengganu diberikan RM400 dan kami yang tinggal di sekitar Lembah Klang menerima RM150.Ok apa?
Satu perkara lagi,pejabat IADA ni boleh tahan juga melilau nak cari walaupun terletak berhampiran jalan utama.Dalam surat panggilan perjumpaan tu pun alamatnya cuma IADA Barat Laut Selangor,Kuala Selangor.Untuk yang tercari-cari lokasinya,bangunan baru ni terletak di koordinat N 3 20'6",E 101 15'7".


Jumaat, 23 Ogos 2013

Cara Mudah dan Murah Untuk Sinki Sumbat

As salam semua,

Sepanjang dua minggu lepas,pendek kata selepas bercuti hari raya aku dan keluarga mengharungi saat-saat sukar.Sebenarnya masalah-masalah tu taklah teruk sangat,tapi kalau dua-tiga masalah datang sekaligus,serabut jugalah.
Mula-mula lampu bilik air terbakar,sampai hari ni aku tak repair lagi.Malas sungguh.Lepas tu rim bengkok.Belum selesai merepair rim,sinki dapur pulak sumbat!Hadoiiiii!
Kalau tak salah aku,lebih seminggu aku terpaksa makan malam di kedai.Larat?Aku larat lagi,tapi akaun aku yag tenat.Nak kata aku menangguh-nangguh urusan membaiki sinki sumbat tu tidak juga.Sehari selepas sumbat,aku terus beli caustic solution,sebotol RM14.Masalah tak selesai,maybe tak cukup kot.Aku tambah sebotol lagi,tapi botol kecik sikit,RM10.Pun tak boleh.Baiklah...aku mula ambil masa untuk fikirkan puncanya.Reaksi dari botol kedua ni macam kurang power sikit sebab takde boiling.Agaknya pH tak cukup berbisa.
Aku beli botol ketiga,paling besar punya,RM18.Masa ni dah masuk hari keempat aku makan dikedai.Bila cecair ni masuk je dalam lubang paip,terus berasap.Haaaaa!Yang ni baru betul power!Walaupun dah cukup power(rasanyalah),aku biarkan overnight supaya kotoran organik yang tersekat dalam paip tu hancur lebur.
Balik kerja keesokannya aku cuba flush.Aikkk?Macam tak lawas pun?Henjut dengan pelocok pun sama je apa celopp?Lastly aku give up untuk hari tu.Kering idea dah sampai terfikir nak cari dawai panjang.
Balik kerja semalam,aku singgah kedai hardware di Seksyen 6 Kota Damansara.Ada tiga kedai hardware kat situ,tapi ni bukan kedai aku beli caustic solution hari tu.Aku kesitu mencari dawai kasar.Pembantu kedai tu suggest aku beli kabel untuk tarik wayar melalui konduit.Wiremen tau la apekebenda konduit tu.Nampak macam ok je,tapi bila nak bayar,nyonya tokey kedai tu cakap tak boleh pakai pulak.Dia suruh aku beli spring cable.Katanya memang untuk kegunaan paip sumbat.Aku pun agak lega sikitlah,mungkin masalah selesai malam ni(semalam).
Aku terus cuba jolok lubang paip guna dawai tu,tapi tetap stuck.Dekat dua jam aku mengerjakan lubang paip tu disamping cara menggunanya yang leceh amat.Hasil tetap tak nampak lagi.Aku rest sekejap sambil pekena Winston sepam dua disulami cecair dingin Pepsi.
Kemudian aku kepal suratkhabar,masukkan dalam plastik dan sumbat satu lubang di lantai.Kemudian aku penuhkan sinki dengan air sambil perhatikan ada lagi tak air yang berjaya melepasi lubang yang aku sumbat tadi.Selagi tak padat,aku ketuk kepalan suratkhabar tadi dengan tukul sampai betul-betul tak bocor.Kemudian baru aku pam lubang sinki dengan pelocok.Kemudian nampak gelembung-gelembung udara kasar naik dari dasar lubang sinki diikuti paras air dalam sinki menurun dengan cepat.Berjaya!
Jadi aku nak sharing sikitlah skil yang tak berapa nak ohsem ni.Tapi ingat,walaupun tak ohsem,ia mampu menyelamatkan puluhan atau ratusan ringgit upah membaiki paip sumbat.
Ni lah lukisan yang aku sediakan menggunakan Windows Paint.Takpe,janji faham.

Nampak macamana?

Bila tersumbat macam tu,air dari sinki(B) keluar ke lubang lantai (A).Kalau dihenjut dengan pelocok pada point B atau A takkan menghasilkan apa-apa sebab tekanan air yang terhasil hanya akan terkeluar dari salah satu lubang.Cara-caranya:

1.Sumbatkan point A dengan suratkhabar yang dikepal dan disalut plastik,atau kain buruk.Pastikan betul-betul padat.Kalau sistem piping korang tak sama macam gambarajah diatas,cari lubang yang melimpahkan air sekiranya air sinki turun.Itu bermakna air tak mengalir ke paip utama yang tersumbat,sebaliknya keluar dari mana-mana lubang yang tidak terhalang.

2.Isikan sinki dengan air yang banyak.Dalam masa yang sama,pastikan tiada air keluar dari lubang yang disumbat tadi.

3.Bila dah selesai langkah kedua,gunakan pelocok di point B.Henjut dengan kuat dan konsisten.InsyaAllah kekotoran yang menyumbat tadi akan bergerak kerana semua tekanan air yang ditolak pelocok sampai ke kawasan tersumbat.

Mudah.my je kan?kan?kan?







Khamis, 4 Julai 2013

Jawapan Kepada Isu Gadget WiFi Hacker

hacker-cartoon

Sehari dua ni agak banyak komen yang aku terima dalam entri gadget untuk WiFi hacking.Mostly agak marah dengan pandangan aku tentang benda alah tu.

Pertamanya aku nak refresh balik apa puncanya aku bertegas dengan pendapat aku.Semua yang beragama Islam harap maklum dan ambil serius sebab hukum tetap hukum.Tak ada excuse walaupun sekecil 1 byte.

Bayangkan begini dengan menganggap watak dibawah adalah kalian semua:

 

Encik A bercadang untuk memasang UniFi dirumahnya lalu melanggan pakej TM UniFi VIP10 dengan kos permulaan RM200 manakala bil bulanan ialah RM200.Selepas pemasangan siap,router UniFi membenarkan akses internet tanpa wayar dengan password encryption yang sudah pasti hanya Encik A dan keluarganya yang tinggal serumah sahaja tahu.

Disebabkan ianya berbayar dan Encik A yakin dengan keselamatan sistem sekuriti UniFi,Encik A tidak ragu atau bimbang dengan amaun yang dibayar setiap bulan.Internet dirumahnya lancar dan kuota data sentiasa mencukupi untuk penggunaan berat dalam sebulan.

Satu hari Encik A menyedari penggunaan kuota datanya semakin meningkat dengan mendadak.Hasil siasatannya,Encik A mendapati sistem sekuriti WiFinya telah dihack oleh jiran-jirannya menggunakan device buatan China untuk aktiviti mendownload data bersaiz besar.”

 

1.Sebagai manusia normal,perlukah Encik A mengucapkan tahniah kepada jiran beliau kerana berjaya decrypt password WiFi beliau?

2.Kalau semua WiFi dianggap hakmilik awam,kenapa tak minta sahaja password daripada Encik A yang membayar tiap-tiap bulan?Anda takut password yang diminta,kaki yang diberi?

 

Fikirkan jawapannya.

 

Kedua,sila FAHAM erti public WiFi dan personal WiFI.

WiFi yang dipasang kerajaan untuk projek kampung tanpa wayar sememangnya FREE!Diulangi FREE.Tak kisah lah kampung apa pun,FELDA ke(kampung aku memang FELDA,harap maklum.So far belum ada WiFi FREE di kampung aku).Yang menjadi masalah mungkin signal kurang kuat,tapi tak kisahlah sebab free kan.Sekupang habuk pun tak payah bayar.Mungkin maksud diorang ni,alat tu digunakan untuk menguatkan penerimaan gelombang WiFi.

Alat tu ada dua fungsi ya,pertama menguatkan gelombang WiFi untuk penerimaan data lebih pantas dan kedua menggodam password WiFi.Fungsi pertamanya tu ok,memang bagus.Tapi kalau fungsi menggodam,aku tak setuju.

Sama juga kes kalau rumah dekat dengan kedai mamak atau mana-mana premis yang open WiFinya.Belilah alat penguat signal kalau nak tumpang WiFi diorang.Pokok pangkalnya kat sini pemilik WiFi itu open to public atau encrypted.Harus maklum kenapa ada encryption.Sebab tak nak kongsi lah!(contoh:”Aku bayar bil pehal kau nak tumpang internet aku plak?Kalau nak,share bayar bil la”.)

Metafora;Kalau benda yang orang simpan dalam peti besi,tapi korang nak jugak ambik dengan cara memecahkan peti besi tu,perbuatan tu dipanggil apa?Berdosa encik-encik ya kerja-kerja ‘mencuri’ ni.Bezanya cuma benda tu tak nampak,tapi tetap ‘hak’ orang lain.Tanggungjawab saya mengingatkan saudara seagama,terima atau tak andalah tentukan jalan hidup masing-masing.

“Kubur asing-asing,tapi kalau meninggal nanti,sila bergolek masuk lubang dan kambus sendiri’.

Rabu, 29 Mei 2013

Hati-Hati Dengan Akaun Google Wallet Anda

Sekarang ni pengguna Android makin bertambah.Sokongan dari segi aplikasi percuma dan berbayar juga makin meningkat,dah mencecah 1/2 juta aplikasi yang boleh dimuatturun dari Google Play.

Kebanyakan dari aplikasi tersebut adalah percuma tapi barang percuma ni ada hadnya.Contohnya aplikasi permainan.Versi percuma mungkin hanya boleh dimainkan sehingga level 3,manakala versi berbayar mungkin sampai level 10.

Bagi yang tak kisah mengeluarkan sedikit bajet,apalah sangat kalau membeli satu game dengan harga RM5-6.lagipun kita membantu developer aplikasi untuk membangunkan lebih banyak aplikasi yang bagus untuk kegunaan seharian.Setakat ni empat aplikasi dalam smartphone aku adalah versi berbayar.

 

1.Sygic Navigation :US$29.99

2.N.O.V.A 2 :RM6

3.Air Attack HD :US$2.76

4.Fishing Times : US$2.13

 

Sebelum ni semua transaksi melalui Maybank VISA Debit tidak bermasalah sehinggalah hujung minggu lepas.Apa yang bakal aku ceritakan ni mungkin membuatkan korang semua takut nak guna kad debit dalam pembelian aplikasi Google Play.

Isnin lepas aku log in Maybank2u untuk bayar bil.Tetiba aku perasan kenapa baki duit aku terlalu sikit.Bila aku semak transaction history,ada dua PRE AUTH DEBIT berlaku pada 25 dan 26 Mei yang berjumlah US$57.09 setiap satu.Aku agak hairan bila masa pulak aku guna kad debit tu hari Sabtu dan Ahad.Kemudian aku semak debit card history.Terpampang dua PREAUTH SALE GOOGLE*Kiloo Games.Tapi,ketahian apa satu game berharga sampai 57USD???(Kiloo Games adalah developer permainan Subway Surfer yang FREE tu)

 

2013-05-28_11-03-16

Dengan sepantas kilat aku membuat panggilan ke Maybank Customer Care untuk menyekat pergerakan duit aku.Dalam pembelian menggunakan kad debit,memang normal setiap transaksi akan berada pada status PREAUTH sebelum bertukar kepada status SALE.

Sebagai contoh bila kita isi minyak.Walaupun kita isi minyak RM50,PREAUTH DEBIT akan menolak RM200.Selepas 2-3 hari,PREAUTH tadi akan bertukar menjadi REV PREAUTH,dimana duit kita dipulangkan semula sebanyak RM150 selepas ditolak RM50 (SALE DEBIT) isi minyak tadi.

Macam kes aku ni pulak,dua PREAUTH awal yang berjumlah RM355.88 telahpun ditolak terlebih dulu dari akaun aku.Walaupun sepatutnya aku tak perlu risau sebab akan masuk ke fasa REV PREAUTH sekiranya tiada pembelian(duit dikredit semula kedalam akaun),pada 27 & 28 Mei PREAUTH tadi dahpun bertukar menjadi SALE DEBIT!Bermakna duit aku telah dipotong secara sahnya untuk sesuatu transaksi yang aku tak buat langsung.

Sejak dua hari lepas aku sibuk berbalas email dengan pembangun Kiloo Games dan juga Google Wallet berkenaan masalah ni.Mungkin ada kebocoran maklumat tentang profil aku di Google Wallet.So far diorang masih menyiasat “komplen”an aku.Di pihak aku juga,aku dahpun membuat kad baru Maybank yang tak ada fungsi VISA lagi sebab dah serik.Kemudian aku minta kakitangan Maybank yang uruskan kad baru tu untuk menyiasat status transaksi haramjadah tersebut.

Agak mengejutkan sebab mula-mula aku suspek ni angkara hackers/sindiket kad klon luar negara.Rupa-rupanya dua transaksi tersebut dilakukan dari dalam branch Maybank yang terletak di Shah Alam dan Intan Millenium Klang.Semua proof aku dah minta di printout dan brader Maybank tu siap bagi contact number kedua-dua branch tadi.Lupa nak tanya nama staff Maybank The Curve Damansara yang kelihatan otai tetapi sangat helpful tu.

Fasa seterusnya ialah menghubungi branch yang terlibat tadi dan kalau diorang tak membantu siasatan,aku akan lodge police report.Nantikan cerita seterusnya untuk mengetahui samada branch Shah Alam & Intan Millenium memberi kerjasama,apa jawapan siasatan Google dan mampukah aku mendapatkan semula duit aku yang dirompak secara professional….

Sabtu, 25 Mei 2013

Mengenal Asas Sistem Penyaman Udara Kereta

Dari entri terakhir aku semalam,aku ada cakap berkenaan penerangan sistem air conditioning (A/C) kereta sebagai rujukan untuk siapa-siapa yang tidak tahu langsung bagaimana sistem ini berfungsi.Aku akan cuba menjelaskan satu persatu dengan seringkas mungkin supaya mudah difahami.

acsystem
Gambarajah diatas aku rembat dari Google je dan aku rasa gambarajahnya menunjukkan sistem asas A/C dengan baik,lengkap dengan warna gas bertekanan tinggi dan juga rendah.
Sebelum tu elok kita mula dulu dengan mengenali gas A/C yang digunapakai kebanyakan kereta iaitu R-134a.

R-134a
-merupakan sejenis gas pendingin dimana sifat gas pendingin akan menyerap haba dengan banyak semasa mengembang.Gas ini akan bergerak ke seluruh sistem untuk membawa keluar haba dari kabin kereta.Ianya akan berada dalam bentuk cecair selepas menyingkirkan haba dan bertukar menjadi gas sebelum dimampatkan semula oleh kompressor.

Komponen asas sistem A/C
1.Kompressor
-Tugasnya adalah memampatkan gas R-134a dan menghantarkannya ke kondenser.Seperti yang kita faham dari namanya sendiri iaitu kompressor,didalamnya ada piston(omboh) yang akan bergerak sepanjang masa selagi sistem A/C dihidupkan.Bila ada komponen bergerak,maka wajib ada sistem pelinciran untuk mengelakkan kehausan pada omboh tadi.Sebab itu sangat penting untuk memastikan pelinciran didalam kompressor sentiasa berkeadaan baik.

2.Kondenser
-Kondenser berbentuk seperti radiator kecil yang berperanan menyingkirkan haba daripada gas R-134a dengan dibantu sebuah kipas dan juga udara dari luar semasa kenderaan bergerak.Gas yang telah dimampatkan oleh kompressor tadi masih lagi berbentuk gas cuma ianya bertekanan tinggi dan panas.Selepas melalui tiub-tiub halus pada kondenser,haba disingkirkan oleh udara yang bergerak melalui tiub dan sirip halus pada kondenser.
Sepertimana air yang menjadi stim ketika panas,ia akan bertukar menjadi cecair semula setelah disejukkan (condensation/kondensasi).

3.Drier
-Berperanan menyerap/mengasingkan air dari bendalir penyejuk R-134a.Didalamnya terdapat bahan dessicant(seperti paket penyerap air dalam kotak kasut baru),yang akan menyerap air.Kenapa perlu memastikan air tidak bercampur dengan bahan penyejuk akan diceritakan sekejap lagi.

4.Expansion valve
-Dalam bahasa Melayunya ialah injap pengembangan.Ia berperanan mengawal aliran bendalir sebelum memasuki cooling coil.Bendalir penyejuk yang berkeadaan cecair dan bertekanan tinggi tadi akan dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut pelarasan suhu yang kita buat dari dalam kabin.Bendalir penyejuk akan melepasi injap pengembangan dan bertukar menjadi gas.Suhunya sekitar 0 darjah Celcius.Sebab itulah kita tidak mahu ada sebarang unsur air bercampur dengan gas penyejuk untuk mengelakkan sistem tersumbat akibat pembentukan ais didalam paip sistem A/C.

5.Cooling coil/evaporator
-Apabila bendalir penyejuk bertukar menjadi gas selepas melalui injap pengembangan,ia akan memasuki cooling coil/evaporator yang berbentuk seperti radiator juga.Gas ini akan menyerap haba dengan banyak dan menghasilkan udara diluar cooling coil sejuk.Seterusnya blower(penghembus) menolak udara sejuk tadi ke ruang kabin.Manakala gas penyejuk bergerak semula ke pemampat dan membawa bersama haba yang diserap dari dalam kabin tadi.
Proses ini berulang semula selagi kita memerlukan udara nyaman ketika memandu dalam cuaca Khatulistiwa Malaysia ini.

Dengan memahami fungsi asas setiap komponen sistem A/C,sepatutnya kita dapat menjangka bahagian mana yang gagal berfungsi berdasarkan simptom-simptom yang kita alami semasa A/C kita rosak.
1.Gas habis.Puncanya mudah.Ada bahagian yang bocor.Tapi kenapa ianya bocor?Barangkali berlaku penyumbatan yang menghalang kelancaran aliran gas akibat pembentukan ais dan seterusnya menyebabkan tekanan sistem A/C terlalu tinggi.Boleh jadi juga kondenser bocor akibat terkena lentingan batu.Kebocoran juga dapat dikesan melalui kehadiran kesan seakan berminyak pada vent air cond di dashboard.
2.A/C sekejap sejuk,sekejap panas.Kebiasaannya bila masalah ini berlaku,udara yang keluar dari vent air cond terasa panas semasa kenderaan berhenti dan sejuk semula ketika dipandu.Puncanya adalah kipas kondenser yang rosak.Gas penyejuk tidak dapat kembali kepada bentuk cecair dan seterusnya gagal menyerap haba semasa memasuki cooling coil.
3.A/C sejuk tapi ada bunyi kasar semasa suis A/C diONkan.Ini petanda kerosakan pada bearing kompressor atau minyak kompressor telah kering.Sekiranya pasti bearingnya rosak,ia boleh ditukar tanpa perlu menukar seunit kompressor baru.Jika minyak kompressor kering,terpaksalah ditukar baru kerana ada kebarangkalian sistem dalaman kompressor telah rosak teruk.
4.Udara tidak sejuk dan rpm enjin tinggi bila suis A/C ON.Ini bermakna magnet klac pada kompressor tidak berfungsi.Kompressor memerlukan tenaga yang agak banyak untuk digerakkan,sebab itu pembuat kereta mencipta sistem dimana enjin akan sedikit mengerang jika memacu kompressor untuk mengelakkan enjin mati andai A/C dibuka semasa enjin idle(melahu).

Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku tuliskan berkenaan sistem air conditioning kereta.Mungkin ada yang tidak tepat dan harap ada yang sudi memperbetulkan mana-mana kesalahan dalam penulisan diatas.Tujuanya untuk memudahkan pengguna memeriksa dahulu kereta masing-masing sekiranya berlaku ketidaknormalan sebelum terus menghantar ke bengkel.Tak ada siapa yang suka kena tipu kan…Aku akan cuba update dari masa ke semasa sekiranya terjumpa apa-apa yang boleh dikongsi lagi.

Jumaat, 24 Mei 2013

Air Cond Myvi Dah Elok,Tapi...

Pagi tadi lebih kurang jam 10.30am,aku terus ke Perodua Servis Sunway Damansara untuk mendengar apakah pendapat bebudak Perodua Servis tentang masalah air cond kereta aku.Kalau diagnostik diorang memberikan jawapan dan saranan yang masuk akal,aku boleh terus servis kat sana je.
Lepas aku tunggu dalam 10 minit,SA Perodua bagitau aku jawapan yang paling aku tak nak dengar;kompressor rosak.Memang betul magnet klac kat kompressor tu tak enggaged,tapi SA mencadangkan aku menukar seketul kompressor baru atas alasan tak boleh tukar unit magnet klac kompressor sahaja.

Kosnya pulak?
Lebih 2k tuuuu!
Dalam masa yg sama,ada juga sorang mekanik Cina,maybe dipanggil oleh budak Perodua SC untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan air cond pelanggan.Pomen Cina tu bagi option lain iaitu menggantikan kompressor dengan unit recon pada harga RM750.
Tapi aku tetap tak puas hati.Sedangkan bearing kompressor pun boleh ditukar,inikan pulak magnet klac yang terletak diluar kompressor.Aku konfiden kompressor aku tak rosak sebab tak ada bunyi kasar.Satu lagi tentang rpm aku yang mencecah 1700 bila suis air cond diONkan,bukti kompressor aku tak jammed.
Then aku bagi jawapan tak mau repair kat situ.Lepas aku blah dan menghala ke Glenmarie Shah Alam,SA Perodua tadi call aku bagitau,ada spare part untuk magnet klac tadi.Kos yang terlibat ialah RM350 termasuk kos servis sistem air cond sekali.Dah nampak sikit wayang kat situ.Tetiba plak ada spare part.Kalau aku agree tukar kompressor tadi macamana?Tak pasal-pasal kena sembelih RM2000++.
Sebenarnya aku ke Glenmarie tu sebab nak cuba hantar repair air cond kat Denso.Tapi tak buka pulak.Bulan Jun nanti baru buka.Bila aku fikir-fikir balik,terpaksalah buat juga kat Perodua SC Sunway tu.Masa tu pun jam dah dekat pukul 12.30pm.Nak solat Jumaat lagi.
Sampai je Sunway Damansara,aku bincang lagi dengan pomen Cina tu.Aku perjelaskan kat dia yang aku nak dia tukar unit magnet klac kompressor dan juga servis air cond(tambah gas,tukar minyak kompressor,cuci cooling coil) sahaja.Harga RM350 tu pun dimuktamadkan sekali.Aku takmau dia memandai-mandai tukar benda lain.
Lepas tinggal kunci dengan kereta,aku gerak ke masjid.Pukul 2.15pm aku ke SC semula dan tengok kereta aku macam dah siap.Laju gak dia buat.Betul ke dia dah servis ni?Masa tu pomen Cina pergi makan.Bila pomen sampai je aku terus test air cond...
Alhamdulillah air cond dah kembali pulih dan aku rasa lebih sejuk dari sebelum ni.Tapi aku tanya Cina tu,"you dah servis ke?"Dia jawab dah.Then aku tanya lagi,"you dah buka dashboard dan cuci cooling coil tak?"
Dia terdiam....
Harga sebenar benda ni RM60 jerrr!
Sah dia tak cuci.Kemudian dia jawab,upah buka dashboard sahaja RM220.Laaa...apa fesyen punya takrifan servis dia buat ni.Setahu aku servis air cond ni paling kurang kena top up gas,tukar/tambah pelincir kompressor,check sensor,dan cuci cooling coil.Nampaknya cuma top up gas dan tukar pelincir kompressor je dia kata dia buat.Itupun aku tak puas hati sebab tak nampak.
Macamana pun aku terpaksa juga terima keadaan tu dan membayar RM350 kat pomen.Bayaran bukan dibuat  pada SC ya sebab projek repair air cond ni aku rasa memang di subcon pada pomen luar.Fasiliti je tumpang Perodua SC.Lebih kurang macam projek duit tepilah.
Sebelum aku keluarkan kereta aku,aku mintak semula magnet klac kompressor Denso original yang ada kat kereta aku.Walaupun rosak,aku tetap bawa balik.Yang kelakarnya pomen tu macam teragak-agak je nak bagi benda tu kat aku.Dia terkejut kot aku minta semula.Mesti la aku mintak,aku beli barang baru,bukan trade in.Macam ada something fishy je...ada la tu..
Oklah,kesimpulannya air cond aku berjaya dipulihkan selepas mengganti magnet klac spool dengan kos RM350.Tapi ada beberapa perkara yang perlu diambiltahu pemilik Myvi.Sebabnya kerosakan sistem air cond ni la yang pomen paling suka sembelih.Sikit-sikit nak tukar kompressor,padahal masalahnya mungkin hanya berpunca dari relay/fius yang berharga tak sampai puluh ringgit pun!Hati-hati ya?Jangankan pomen bawah pokok,Perodua SC pun sama letak parang kat leher kita jugak.Awal minggu lepas,wife aku call banyak Perodua SC untuk buat benchmarking harga.Harga average servis air cond( kalau tak rosak),RM165.Sangat berpatutan,tapi Perodua SC Sungai Buloh punya harga RM600++.
Entah macamana ada satu SC menyambungkan call wife aku ke Denso Glenmarie.Kos servis di Denso Glenmarie sekitar RM200++ je.Lagi puas hati sebab manufacturer yang servis.Confirm part original.
Sini aku nak listkan beberapa perkara yang boleh dilakukan  kalau berlaku masalah air cond:

1.Kenalpasti simptom luarbiasa yang terjadi bila air cond dah tak sejuk,samada bunyi kompressor bising,air cond sekejap sejuk sekejap panas atau tiba-tiba tak sejuk langsung.
2.Ketahui bagaimana sistem air cond berfungsi.Tak perlu tahap pro.Tahu secara asas pun dah cukup.
3.Harus tahu ya kompressor air cond sebenarnya sangat lasak dan tahan lama dengan syarat diservis sekurang-kurangnya dua tahun sekali.Paling malas la tu.Apa la sangat kos RM165 untuk dua tahun.Daripada kena kencing buta-buta je.
4.Rujuk kawan-kawan/internet atau apa juga sumber yang boleh membantu untuk mendapatkan gambaran sebenar masalah air cond korang.
5.Rajinkan tangan menelefon banyak pusat servis macam wife aku buat.
6.Kalau terpaksa juga tukar kompressor,bawa balik unit yang lama.Aku yakin ramai yang sedekah kompressor lama kat pomen.Kompressor boleh direbuild/re-condition semula.Kompressor yang siap direcon berharga paling koman RM450 tau.
7.Jangan tinggalkan kereta.Pomen yang jujur akan terangkan apa juga yang kita tanya.Kalau pomen jenis rimas bila kita tengok dia buat kerja,ada la benda nak dikencing tu.

Akhir kata,aku harap ramai yang dapat manfaat dari entri aku ni.Jangan mudah setuju dengan pomen.Aku agak skeptikal dengan pomen zaman sekarang.Baik pomen motor atau kereta.Sebenarnya sangat banyak benda pasal air cond ni aku nak tulis memandangkan informasi dalam bahasa Melayu teramat terhad,kalau ada pun sesetengahnya tak membantu langsung.Entri lain aku akan tuliskan bermula dari konsep asas air cond,simptom,mengenalpasti punca dan juga kos-kos anggaran.
Dalam masa terdekat ni aku akan cuba kumpul informasi dan juga membuat entri dengan lebih terperinci.Susah derrr taip pakai Android!

*Aku harap pembaca-pembaca yang ingin berkongsi masalah dapat terus emelkan ke faizalrsd@gmail.Insya Allah aku akan respon dengan segera.Banyak boleh diceritakan kat situ.Sebenarnya aku rasa agak terkilan bila dapat tau ramai yang hadapi masalah macam aku,lebih buruk lagi dapat mekanik yang teruk.I wish i can help but i'm not Superman...
Cuba fahami asas sistem penyaman udara kenderaan kat sini.Moga-moga masalah dapat dikesan dan diperbaiki seperti yang sepatutnya...




Rabu, 10 April 2013

Samseng SMKTHO Dalam Hati Ada Taman

 

Samseng betul bebudak sekarang ya?

 

Sehari dua ni,tersebar video pembuli level amatur kat Facebook yang sebelumnya diupload ke YouTube.Dari laman BlogSerius,aku buka link yang disediakan iaitu link khas berkenaan profil suspek pembuli SMK Tun Hussein Onn.Kandungannya adalah beberapa suspek yang dikenalpasti dari video tu.

Bukti samseng-samseng ni tidak mempunyai anggota badan bernama otak ialah kebodohan mereka merakam kejadian tersebut dan double bodoh lagi bila diupload pula ke YouTube.Maybe tujuan utama diorang adalah untuk memalukan mangsa,tapi karma untuk pembuli double bodoh tadi ialah mereka menjadi buruan polis.

Malang sekali muka dapat dicam hasil bantuan orang ramai dan video ini sebagai bukti.Agak-agak boleh kata video ni fake tak?Hahaha!Mau famous ya?Now bolehlah kamu semua mereput sebagai manusia yang useless.

7658f4ed-3122-4a67-8c73-4bfa9ca09b79

Ni salah seorang dari geng pembuli amatur yang jelas kelihatan.Mangkuk ni juga memiliki sebuah blog berkaitan percintaan beliau.Ni nama dia samseng taman bunga.Ko tak pernah tengok cerita Crows Zero ke?Samseng sekolah macam Takiya Genji mana ada jiwang macam ko,tahu?

Ha satu lagi,mangkuk ni juga semakin glemer bila entri bodohnya mendapat 227 komen.Bukan pasal puji awek dia,semuanya maki hamun belaka.(Tapi ada jugak yang sempat promote link “Kaedah Pancutkan Suami”,adoiii…)Ada satu dua komen yang terlebih cool,perkara ni bukan mistake dalam kehidupan.Ini adalah mencari masalah.Berani buli,berani tanggung.

Secara amnya,aku tak suka sebarang unsur keganasan walaupun aku suka dunia militari dan berulangkali menonton Crows Zero/Once Upon A Time In High School.Apatah lagi diperingkat sekolah dengan jumlah pembuli jauh lebih ramai dari mangsa.Zaman sekolah aku dulu ada juga gaduh-gaduh,tapi one on one la.Mentang-mentang la ketua kelas kecik,tak melawan pulak tu,seronok korang buat macam punching bag ya?

Batch-batch bawah aku dulu ada kes kematian berkaitan kes buli ni.Tapi yang mati bukan mangsa,tapi si pembuli.Khabarnya mangsa sempat membalas dengan satu tumbukan didada pembuli,lethal blow kata orang putih.Terus arwah.Malang sekali kalau macam tu,hilang nyawa masa tengah buli orang.

So,sesiapa yang kenal diharap dapat membantu pihak polis mencekup mangkuk-mangkuk ni.Disebabkan aku ni seorang yang cool,aku malas nak tinggalkan komen ajak budak ni gadoh.Lagipun budak ni and the gang tak gentleman dalam beradu tenaga.Not worth it.Polis akan cari korang macam buru saki baki pengganas Kiram.

Sekian.

Selasa, 5 Februari 2013

Apa Itu Traction,Treadwear dan Temperature Pada Tayar?

Kebelakangan ni kalau anda perasan,banyak jenama tayar pelik-pelik yang sebelum ni kita tak pernah dengar pun.Kebanyakan dari kita hanya mengenali jenama Bridgestone,Dunlop,Continental,Falken dan beberapa lagi jenama popular.Jenama-jenama popular ni kebiasaannya datang dengan harga yang premium,atas faktor R&D yang khusus untuk mengoptimumkan potensi tayar terhadap cengkaman ketika basah,berhenti  dan ketahanan.

Bagi yang mampu,tak jadi masalah untuk membeli jenama premium contohnya Michelin,tapi kalau pemilik kereta yang tak berapa nak mampu jaga dengan baik,apakah pilihan mereka untuk tayar sekiranya dah botak?

Dibawah adalah jenama-jenama tayar mengikut kategori harga premium hinggalah tahap bajet ketat.Pilihan dipoket anda.

 

  Premium  
Bridgestone Continental Michelin
Goodyear Pirelli Dunlop
     
  Pertengahan  
Avon BF Goodrich Cooper
Falken Firestone Fulda
Marangoni Hankook Kumho
general Nokian Toyo
Uniroyal Vredestein Yokohama
     
  Ekonomi  
Achilles Apollo Barum
CEAT Debica DMack
ESA Tecar Federal GT Radial
Infinity Kenda Kleber
Kormoran Marshal Matador
Maxxis Meteor Nankang
Neuton Nexen Nitto
Radar Riken Sava
Zeetex Silverstone Sunny
Semperit Zeta  
     
 

Bajet

 
Accelera Admiral Altenzo
Austone Autogrip BCT
Dextero Event Evergreen
Fullrun Gislaved Goodride
Hero Herse Jinyu
Lassa Linglong Maloya
Mastercraft Mohawk Petlas
Primewell Roadstone Rockstone
Rotalla Runway Sailun
Star Performer Starmaxx Sunew
Syron Triangle Tyfoon
Wanli Westlake  

 

Macam-macam jenama kan?Pernah dengar jenama tayar Linglong,Wanli,Semperit dan Karipap?

Karipap tu saje aku menokok tambah.

Pengkelasan diatas dibuat berdasarkan kategori harga,bukan prestasi.Secara amnya,tayar premium sememangnya berprestasi tinggi,tapi bukan bermakna tayar murah semuanya tidak bagus.

Mari sekolah sikit lagi pasal tayar.

Pertamanya kod asas,contoh(175/65/R14)

175:Kelebaran tayar (mm)

65: peratus ketebalan berbanding lebar (65%)

R: Binaan tayar (R:radial)

14: Saiz rim

Ini adalah asas.Untuk tekanan udara,rujuk saranan pengeluar kenderaan.

 

Tetapi ada beberapa lagi maklumat pada tayar yang boleh kita dapat seperti Traction,Treadwear dan Temperature pada sidewall tayar.

 

Traction:Abiliti tayar untuk menghentikan kenderaan diatas permukaan basah

Kategori:Terbaik AA,diikuti A,B dan paling rendah C.

 

Treadwear: Pengelasan kadar kehausan tayar

Kategori: Semakin tinggi nombor semakin tahan lama,contohnya tayar dengan rating treadwear 400 seharusnya dua kali lebih tahan lama berbanding tayar dengan rating 200.

*Rating ini juga bermaksud kompaun getah yang digunakan samada keras,sederhana atau lembut.Tayar lembut cengkamannya lebih baik,tetapi cepat haus.

 

Temperature:Ketahanan tayar terhadap suhu dan kebolehan untuk menyingkirkan haba

Kategori: A,B dan C.Kategori A lebih sejuk dan C panas.Panas tidak bermakna ianya tidak selamat,cuma berdasarkan rating tersebut tekanan angin dan beban yang sesuai harus digunapakai.

 

Selamat membeli tayar!

 

*Info jenama tayar,tyrereviews.co.uk

Isnin, 24 Disember 2012

Bebelan Akhir Tahun

Salam…

Sekejap je kita dah menghampiri penghujung 2012.Macam-macam peristiwa berlaku sekeliling kita dan juga pelbagai cabaran dah kita lalui sepanjang tahun.Perkara yang paling ketara sekali dalam tahun 2012 ni adalah berkenaan ramalan puak Mayan tentang Doomsday yang berlaku pada 21 Disember 2012(damn,tu hari jadi aku).

Well,hari tu dah pun berlalu seperti hari-hari lain,dan masyarakat Islam terutamanya tak ambil kisah pun sebab kenapa doomsday nak berlaku pada hari tersebut.Sebab nombornya 21122012?Kenapa tak 20122012?Sebab angkanya cantik?Tiap tahun kita akan jumpa nombor cantik,contohnya 11/11/2011,atau 10/10/2010.Angka tetap angka,seperti odometer.Bila dah reach angka 9999999,ianya kembali kepada 0000000 dan segalanya bermula semula.Ok,biarkan soal tu,segalanya kerja Allah S.W.T.

Apa update yang aku nak tulis hari ni pun aku tak tau.Rasa agak malas nak mencari berita-berita semasa sebab benda-benda macam tu berlambak orang tulis kat luar sana,copy paste je.So,apa yang bakal aku tuliskan ni adalah mengikut apa yang terlintas di fikiran aku buat masa ni.

Sebenarnya aku teringat satu kejadian di stesen minyak beberapa bulan lepas.Kita semua sedia maklum kat stesen minyak kita sewajarnya tahu untuk mematikan enjin semasa mengisi minyak.Satu hari aku ternampak sorang akak(rasanya tua dua-tiga tahun dari aku) kat pam minyak Shell dengan Alza putihnya.Lepas buat bayaran di kaunter,dia berjalan ke kereta,buka pintu sebelah pemandu dan start enjin.Aku ingat dia nak blah,rupanya tak.Dia pergi angkat nozzle pam dan mengisi bahanapi macam takde apa-apa yang tak betul.

 

kemalangan-di-pam-minyak

Aku dah pelik semacam,kaedah isi minyak apa yang akak tu praktikkan?Husband dia ajar macam tu ke?Padahal kemain besar tulisan amaran matikan enjin,jangan merokok,dan juga matikan telefon.Matikan telefon tu memang tak ade orang praktik la,sekurang-kurangnya tak bergayut sambil isi minyak.

Kalau nak difikirkan lojik,memang agak susah api nak menyambar walaupun enjin running,cuma apa salahnya amalkan kaedah yang betul.Sekurang-kurangnya kita  dah berusaha untuk elakkan bencana.Kalau terbakorrrr kat situ bukan diri sendiri je susah,orang lain pun terlibat sama.Kisah akak yang isi minyak tu pernah aku ceritakan kat wife aku,then dia jawab bos dia tak pernah matikan enjin bila isi minyak…Owh…macam tu ke?

Tak ramai yang ambil serius rupanya.Malu kot nak praktik,macam skema pulak rasanya ye tak?Oklah,harapnya takde yang terbakar walaupun tidak skema di pam minyak.

Masa zaman aku berkelana cari kerja dulu,biasalah konvoi ramai-ramai naik motor.Apa yang bagusnya bila konvoi ni kita boleh tolong kengkawan kalau motor ada problem bila jalan jauh.Tapi yang aku herannya,pantang jumpa pam minyak mesti nak singgah pam rokok.Takde tempat lain ke nak pam rokok?Aku pun smoker jugak,tapi takkan la sejam tak dapat rokok boleh pitam kot.

Lepas pada tu aku memang tak berminat nak berkonvoi ni.Balik kampung memang aku lebih suka layan solo dengan Yamaha SS110 buruk aku.Kalau dari Puchong isi penuh,sampai Shell sebelum Lebuhraya Karak refill balik bagi penuh walaupun minyak banyak lagi.Hentian berikutnya Petronas Pekan Karak.Kat situ pun kadang-kadang aku berhenti minum/breakfast kalau awal lagi.Refill semula then non stop sampai Bandar Jengka.Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur ada dua hentian,R&R Lanchang dan R&R Temerloh,tak payah berhenti pun tak apa.Semua R&R nak berenti bila nak sampai rumah?Kalau berkonvoi dah tentu ada yang gatai nak mengepam rokok,padahal baru setengah jam menunggang.

Dari Bandar Jengka,ada lebih kurang 40 minit lagi perjalanan sebelum sampai kampung aku.Kekadang geng-geng konvoi ni nak masuk bandar ronda-ronda dulu.Memang aku tak faham betul.Dari sudut pemikiran diorang mungkin aku ni tak fun,lurus,dan tak berjiwa remaja.Haha!Sebenarnya aku dah puas dengan zaman permotoran sejak aku belajar kat Politeknik dulu.

Perjalanan dua jam setengah dari KL ke kampung aku kekadang boleh jadi empat jam,konvoi punya pasal.Baru dua jam setengah beb.Masa aku ulang alik zaman belajar kat Poli Kuantan dulu,LPT tak siap lagi.Empat jam naik motor ikut jalan lama,masuk kampung,kebun getah bagai.Solo je.Alhamdulillah tak pernah motor buat perangai ataupun tayar pancit.

Konvoi tak salah,tapi rancang perjalanan.Bila singgah isi minyak,semua isi.Bawak motor bebaik,maintain halaju.Konvoi dua tiga motor cukup,tak payah banyak.Lebih dari tu memang merapu je lebih.Maksud aku kat sini motor kapcai,konvoi motor besar ni biasanya dirancang dengan baik.

Oh ya,persepsi masyarakat tentang rider motor besar agak terjejas.Bebaru ni kan agak panas dengan istilah pelesit lebuhraya.Wartawan pun sengal,tak mention lakonan semula.Ada baiknya diorang beli superbike,dapat 600cc punya pun jadi la.Pastu tunggang kat lorong motor sesama dengan geng kapcai,amacam?Aku tak kisah langsung pun gomen nak pasang AES ke,dari sudut positifnya dapat juga kurangkan kemalangan,tapi janganlah sampai keluar idea bangang dok tayang rider pelesit lakonan semula.

Aku teringat pasal kemalangan konvoi motor besar kat NKVE bebaru ni.Ada yang komen,kenapa tak tunggang kat lorong motorsikal ?Watdehek,celah mana NKVE tu ada lorong motorsikal?Padahal punca kemalangan sebab ada kereta yang tukar lorong secara tiba-tiba.Masing-masing ada tanggungjawab bila di jalanraya.Kesiapsiagaan paling penting,deria kena peka dengan apa yang ada di sekeliling.Aku ni Isnin-Jumaat rider kapcai,hujung minggu jadi driver.Dua-dua aku rasa…

In b4,maaf kalau entri ni agak memeningkan kepala korang,heee!

Isnin, 17 Disember 2012

One X Siap Juga Akhirnya…

Aku baru je balik dari pusat servis HTC ambik phone wife aku sebab tak boleh tahan sabar lagi dah.Mujur dah siap.

Ceritanya macam ni,19 November 2011 aku hantar repair phone wife aku kat SiS Distribution Wisma Prosper Kelana Jaya(dulu dikenali dengan nama Wisma GoodYear).Kata customer service personnel kat situ tiga hingga lima hari boleh siap dan diorang akan call/SMS.Dalam form servis pun ada tulis expecting date siap 21 November 2011.Tapi takpelah,aku bagi masa sampai Jumaat(23 November 2011).Tapi sebelum tu aku call dulu nombor 1300-88-8482 untuk service enquiry status.

Sorang amoi yang pelat Chinese bahasa Inggeris dia jawab call aku.Bila dia semak katanya masih belum siap.27 November aku dapat SMS katanya pending for replacement unit.Aku tunggu lagi sampai 5 Disember dan pagi tu aku call dulu sebab malas nak redah pegi Kelana Jaya dengan sia-sia.

Malangnya tak siap juga.Aku dah agak panas hati,tambah lagi bila wife aku asyik tanya bila phone nak siap.Hari ni dah 17 Disember diorang pun takde call/SMS jugak,maka aku nekad pergi juga ke Wisma Prosper.Nasib baik dah siap.

Dalam form report ni katanya repair recommendationnya rebuild device,tapi aku tak taulah ape benda tu.Unit serial number masih sama,yang berubah cuma IMEI number.Sebelum balik,aku masuk sim dan check dulu displaynya dengan buka menu Notes,amik Draw dan conteng-conteng kat semua kawasan skrin.

So,siapa-siapa yang menggunakan HTC dibawah jaminan SiS Distribution,terus saja walk in service di tingkat 2 Wisma Prosper Kelana Jaya.Walaupun diorang kata akan beritahu bila siap,cukup lima hari bekerja terus je pergi sana collect barang walaupun takde pemberitahuan.Tak payah tunggu sampai dekat sebulan macam aku.

Memula aku nak hantar servis dulu lagi naya,hantar pergi DiGi kat tempat aku beli,diorang suruh pergi DiGi besar kat Sunway.Hantar Sunway diorang cakap tak pandai repair hardware.Lepas tu suggest pergi SiS Distribution yang dah lama tutup kat Temasya Industrial Park.Penyudahnya tetap ke HQ SiS Distribution Kelana Jaya.Penat+marah beb.

Sebulan tunggu bermakna RM68 bil Internet Mobile DiGi terbazir!

Rabu, 21 November 2012

Gaza;Kisah DiSebalik Gambar

Assalamualaikum semua…

Sebelum aku rasa nak menulis entri ni,agak lama juga aku berfikir samada wajar atau tak memandangkan ilmu duniawi dan akhirat aku ni cetek je.Tapi berdasarkan satu ayat,’sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit’,aku usahakan jugak untuk memperbetulkan salah faham yang agak berleluasa kebelakangan ni.

Semenjak krisis Gaza-Israel kembali panas kebelakangan ni,bahangnya turut dirasakan umat Islam di Malaysia atas faktor persaudaraan sesama Islam.Maka berkobar-kobarlah semangat jihad menentang kezaliman Israel keatas penduduk Palestin.Kita dapat tengok di laman Facebook terutamanya,tentang kempen boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan juga foto-foto yang menunjukkan kemusnahan aset Israel yang dipercayai dibedil roket Qassam.

Roket Qassam merujuk kepada roket buatan sendiri yang dilancarkan oleh Briged Izz Addin Al-Qassam.Dari situlah roket tersebut mendapat nama.Maksudnya apa juga roket buatan sendiri yang dilancarkan Briged tersebut akan dirujuk sebagai roket Al-Qassam.Gambarnya carilah di Google Images.

 

Apa itu roket Al-Qassam?

Roket buatan Al-Qassam ialah terdiri dari berbagai variasi iaitu Qassam I sehingga Qassam IV yang merangkumi jarak jangkauan antara 3 hingga 14 kilometer dan mungkin lebih sedikit.Binaanya adalah mudah berdasarkan prinsip pembuatan yang pantas dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti tiub keluli,bahan api pepejal dan peledak.

Bahan api roket diperbuat dari campuran gula dan potassium nitrat yang dicairkan kemudian dituang kedalam acuan berbentuk tiub beserta fius pembakar.Setelah beku maka siaplah bahan api pepejal untuk mendorong roket Al-Qassam ini.

Manakala peledak didapati daripada artileri lama ataupun TNT yang ditambah cebisan logam(shrapnel) untuk menambah kesan kerosakan.Kadangkala peledak juga dibuat sendiri menggunakan urea nitrat.Fius peledak diperbuat daripada katrij peluru,spring dan paku.Kos pembuatan sebuah roket dianggarkan sekitar $800.

Secara asasnya roket Al-Qassam dilancarkan daripada tapak pelancaran dengan trajektori tertentu untuk menghentam sasaran.Memandangkan ianya terbang tanpa sebarang panduan GPS atau laser,ketepatan mengenai sasaran adalah agak rendah.

Ditambah lagi dengan perisai pertahanan Israel iaitu Iron Dome,peratusan roket yang sampai ke daratan Israel agak mengecewakan.Sesuatu yang pahit untuk kita semua dengar tetapi itulah realitinya.Iron Dome atau bahasa Melayunya ‘Kubah Besi’ merupakan satu sistem pertahanan darat Israel yang terdiri dari sistem radar dan roket pemintas Tamir.Sebarang roket yang memasuki ruang udara Israel akan dikesan radar,komputer menganalisis kelajuan roket,mengunci sasaran dan sasaran dimusnahkan diudara.

Tetapi sistem ini juga bukanlah insuran untuk keselamatan warga Israel.Kelemahannya ialah kos sebuah roket pemintas ialah antara $35,000 hingga $50,000 sedangkan ‘objek’ yang dipintas cuma berharga $800.Disinilah perlunya kempen boikot barangan yang menyumbang kepada kewangan Israel.Tabungnya perlu disusutkan.Tapi semalam aku lalu depan Mc Donald Seksyen 6 Damansara,still penuh jugak.Hangat-hangat taik ayam sungguh rakyat Malaysia ni.

Kedua,ini pendapat aku sahaja.Sistem Iron Dome mungkin boleh ditewaskan dengan serangan salvo ratusan roket Al-Qassam.Mana mungkin sistem radarnya dapat mengunci ratusan sasaran sekaligus dan hit ratio pasti meningkat.Cuma aku tak pasti berapa banyak roket dalam simpanan Briged Izz Addin Al-Qassam.

Setakat ni,roket tersebut adalah senjata utama memerangi Israel.Kalau ada senjata lain yang lebih canggih dalam simpanan mereka,wallahua’lam…

 

Kisah Di Sebalik Foto

Di perenggan awal tadi aku ada ceritakan sedikit keghairahan umat Islam Malaysia mengupload gambar-gambar dan di’LIKE’ pula oleh ribuan orang.Sekarang mari kita cari kebenaran disebalik foto-foto tersebut.

 

Foto 1

Screenshot_2012-11-20-20-06-54

Foto ini sebenarnya adalah foto jujukan gambar ujian torpedo Mark 48(Mk 48) keatas sasaran iaitu sebuah kapal Destroyer HMAS Torrens Tentera Laut Australia yang berusia 28 tahun.Torpedo dilancarkan dari kapal selam HMAS Farncomb kelas Collins,menyebabkan Destroyer tersebut terputus dua semasa ujian pada 25 Julai 2008.

 

Mark_48_Torpedo_testing

 

Foto 2

Screenshot_2012-11-20-20-10-47

Dipercayai foto ini sebenarnya adalah foto helikopter yang tidak diketahu jenisnya milik rejim Bashar Al Assad yang ditembak jatuh oleh pemberontak Syria menggunakan pelancar roket bahu Stinger.Sumber,The News Tribe.

 

Foto 3

Screenshot_2012-11-20-22-09-04

Foto diatas agak menarik juga cerita sebenarnya.Gambar diatas menunjukkan fasa pertama prosedur kerusi lenting(ejector seat) iaitu dengan menolak keluar kaca kokpit pada pesawat F18-C Hornet.

Kisahnya begini,Kapten Brian Bews (36) dari Tentera Udara Kanada sedang melakukan rutin latihan untuk pertunjukan udara yang bakal berlangsung di Lethbridge County Airport,Alberta.

Ketika melakukan manuver yang hampir ke darat,tiba-tiba enjin mengalami kegagalan dan beliau terpaksa melentingkan kerusi pilot sebelum terhempas.Kapten Brian Bews yang berpengalaman 1,400 jam penerbangan,selamat dengan hanya sedikit lebam.

Kejadian berlaku pada 24 Julai 2010 berdasarkan tarikh beritanya tersiar di akhbar.Sumbernya di Telegraph dan Lolyland.

Pilot ejects from fighter plane moments before crash

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (1)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (2)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (4)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (6)

 

Akhir kata,aku juga sedih sebenarnya bila mendapati gambar-gambar tersebut dimanipulasi dari gambar lain.Ianya mengingatkan aku masa perang US dan Iraq dulu.Bukan zaman Saddam Hussein mati ditembak tu,sebelum tu lagi.Yes,masa tu aku budak-budak lagi.Sebagai umat Islam dah tentu aku berharap Iraq yang menang,tapi kawan aku cakap US kuat,tak mungkin Iraq menang.Memang betul,Iraq tak boleh menang…

Diatas kertas jawapannya sudah diketahui,tapi sebagai umat Islam,yakinlah pada doa seluruh umat Islam di dunia supaya Allah S.W.T melindungi umat Islam di Palestin.Berkenaan gambar-gambar di Facebook tu,korang semua nilaikanlah sendiri.Aku tak sanggup berbohong semata-mata nak menyedapkan hati orang lain.Aku berpegang kepada prinsip menyampaikan berita yang benar walaupun ianya sukar diterima.Lambat laun ianya akan diketahui juga.

*rajin-rajinlah explore Google ya?

Jumaat, 19 Oktober 2012

Cincin Kalimah Syahadah Obama;Jangan Mudah Percaya

Beberapa hari kebelakangan ni aku biasa ternampak beberapa post di ping busuk.org berkenaan cincin Barack Obama yang ‘kononnya’ terukir kalimah syahadah.Dari pandangan mata kasar aku,tak ada pun kalimah syahadah,cuma imaginasi penulis asal cerita tu yang menampakkan macam adanya ukiran kalimah syahadah.

Kebanyakan yang repost cerita tu berdasarkan cerita dari about.com,dan menurut tulisan di website tersebut,penemuan kalimah syahadah itu dikaji oleh pakar Islamologi bernama Mark A. Gabriel.Obama dan cincinnya kita letak tepi dulu dan fokus pada manusia yang bernama Mark A. Gabriel.Ingat nama ni,then Google it.Ini yang akan kita jumpa,laman web beliau,drmarkgabriel.com.

Ini adalah sebahagian isi kandungan laman web tersebut berkenaan latar belakang Mark A. Gabriel:

 

“Dr. Mark Gabriel was born and raised in Egypt in an Islamic family. By the age of12, Dr. Gabriel had the entire Quran memorized. He graduated from Al-Azhar University in Cairo and then became a professor of Islamic history at that university. He also served as the Imam (spiritual leader) of a mosque in Giza, where the pyramids are located.

In short, Dr. Gabriel was a highly prestigious figure in the Islamic world when one day he dared to question the authenticity of the Quran. That evening he was kidnapped by the Egyptian secret police and thrown in prison where he was tortured unmercifully for days due to questioning his religion. Miraculously, just as he was about to be executed, he was delivered from the prison by a relative with political connections.

During the next year while unemployed and living with his parents, Dr. Gabriel met a Christian pharmacist who gave him a Bible. That Bible led him to Jesus, and when he read the Sermon on the Mount, he decided to accept Jesus as his Lord and Savior. When his father discovered that Mark had become a Christian, he tried to kill him. Running for his life, Dr. Gabriel fled to South Africa where assassins were sent to kill him. Finally he fled to the United States where he was granted religious asylum.”

Ini sebahagian lagi petikan dari laman web beliau tentang buku-buku karangan beliau mengenai Islam:

 

“He has published six books in the United States:1) Islam and Terrorism, which tells what the Quran teaches about violence and the goals of Islamic jihad, 2) Islam and the Jews, which explains what the Quran and Muhammad taught about Jewish people and how radical Muslims are practicing that teaching today, 3) Jesus and Muhammad, which gives a factual, historical comparison of the two most influential men of all time, 4) Journey into the Mind of an Islamic Terrorist, which examines the writings of modern terrorists to expose their motives and rationale, 5) Culture Clash, which explains the clashes between Islamic culture and Western democracy, and Coffee with the prophet.”

 

-Pertamanya,apa motif beliau yang merupakan seorang “accept Jesus as his Lord and Saviour” + “Mark had become a Christian”(bukankah ertinya murtad),cuba meyakinkan kita semua bahawa Barack Obama memakai cincin dengan ukiran kalimah syahadah?

-Rasanya siapa-siapa yang faham bahasa Inggeris tahap asas sekalipun akan faham apa yang ditulis oleh Mark A. Gabriel dalam buku-bukunya.

Cuba tengok gambar resolusi tinggi cincin perkahwinan Obama ni.

obama-wedding-ring-2

Bandingkan dengan yang ini.

obama-ring-arabic

 

Yang menjadi tandatanya adalah kenapa harus mempercayai kata-kata seseorang yang tidak lagi bersama Islam,adakah hanya kerana beliau pernah menghafal Al-Quran pada umur 12 tahun dan juga graduan Al-Azhar?

Dengan imej yang kabur(fuzzy) macam tu,maaf,aku memang tak nampak apa-apa yang berkaitan dengan kalimah syahadah.Ianya mengingatkan kat aku teguran seorang  bekas officemate tentang buku nota meeting aku berwarna hitam dan bertulis Death Note.Officemate aku menegur,katanya huruf ‘t’ dalam perkataan DEATH itu membentuk salib.Lepas tu aku jawab,ok,how about your name,SAYUTI.Ada huruf ‘t’ dan salib jugak.Terus dia diam.Susahlah kalau semua huruf ‘t’ dituduh sebagai salib.

Baca kesudahan cerita mengenai cincin perkahwinan Obama ini di sini.

Secara jelasnya Obama sememangnya bukan Islam dan sepanjang pentadbiran beliau,beliau masih lagi membenarkan aktiviti pembedilan orang Islam yang diisytiharkan sebagai teroris menggunakan dron-dron dan peluru berpandu Hellfire.Aktiviti yang diwarisi sejak pemerintahan George Bush.

Satu lagi serius aku tak faham kenapa orang kita obses dengan benda-benda macam ni,terutamanya di Facebook.

Like kalau nampak”

Habis tu kalau tak like sebab tak nampak,adakah bermaksud seseorang tu cuba menafikan kekuasaan Allah SWT?Zaman sekarang ni level iman diukur dengan LIKE je?Huh!Seolah-olah Mark Zuckerberg lebih berkuasa nampaknya.

Pada aku,bukti kekuasaan Allah SWT bukanlah terletak pada bentuk awan,bentuk sayur,atau bentuk pokok yang membentuk kalimah Allah.Wujudnya benda-benda disekeliling kita ni pun dah cukup untuk kita sedar kekuasaanNya,udara yang kita sedut,air yang kita minum,akal fikiran yang menjadikan manusia makhluk bijaksana di mukabumi dan macam-macam lagi.Semuanya adalah kekuasaan Allah SWT.

 

Buat apa dengar teori urban legend Mark A Gabriel.Sekian…