Monday, January 5, 2015

Lawa Pulak KTM RC390 Ni

Seminggu dua ni member-member rapat aku rancak merancang nak beli motor baru.Amboi-amboii…memasing poket dalam ni.Yang mana dah pakai motor sado macam Mael ( last aku jumpa dia,dia pakai Ducati Monster 796) beliau rancak berperanan sebagai konsultan kepada kengkawan,hehe!

Sorang nak angkat Versys,sorang lagi nak angkat KTM RC200…fuuu..syok betul ye hutang kereta dah habis ni.Then how about me?

Frankly speaking dalam setahun dua ni aku cuma mampu berangan sajalah.Komitmen yang ada ni pun terkial-kial nak settle.Kalau nak dikira ‘kehendak’ aku,memacam moto aku boleh listkan sampai bawah.Tak apalah,masa berlalu,bumi berputar dan satu hari nanti InsyaAllah dapat juga merasa.Yelah,cuba korang perati geng-geng moto besar ni,mostly otai-otai je.Sikit sangat la yang muda-muda kecuali anak orang kaya.

Sebut pasal motor besar ni,agak jarang kita ketemu jenama KTM kecuali dua-tiga tahun kebelakangan ni sejak model Duke 200 dibawa masuk ke pasaran tempatan.Dulu boleh nampak motor KTM ni dalam race motocross dengan rali Paris-Dakar je.

Soalnya…..baguskah jenama KTM?Selera lokal ni biasanya jenama Jepang aje.Baik moto atau kereta.

Pendapat aku,penjenamaan KTM ni sangat kuat di luar negara sejak sekian lama dan penglibatan diorang dalam macam-macam jenis lumba membuktikan prestasi jentera KTM.Jenama dari Austria ni terkenal lasak dan juga rekabentuknya yang radikal.Harga pun radikal juga..huhu!

Oklah,kengkawan aku ni racun diorang power juga.Keluarga KTM RC (125,200 & 390) yang diorang propose kat aku.Rupa tiga jenis model ni sama sebijik,cuma kapasiti enjin je lain.Memandangkan berat badan aku dah masuk fasa Stage 1 obese,model 390 nampak lebih sesuai untuk menggerakkan jisim badan aku dari poin A ke poin B dengan pantas.

Mari fokus dengan model RC390.

ktmrc390

RC390 dipasangkan enjin sejukan cecair bersesaran 373.2cc silinder tunggal empat injap yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 42hp.Torknya pulak setinggi 35Nm @ 7250rpm.Cukup untuk menggerakkan jentera seberat 154.2kg ni dengan lincah katanya.

Aku tak tau banyak pasal jentera KTM,apa yang menarik perhatian aku ialah penggunaan silinder tunggal berbanding pesaingnya yang kebanyakannya menggunakan dua silinder untuk kapasiti bawah 500cc ni.Aku suspek benefit pakai layout silinder tunggal macam ni sebab boleh reduce berat enjin melalui pengurangan komponen yang digunakan,kiranya enjin lagi padat lah.Kombinasi diameter silinder vs. stroke yang overbore (89mm x 60mm) melepaskan kuasa sehingga pada putaran rpm yang agak tinggi juga.

Soal vibration tak jadi masalah.KTM ni bukan baru minggu lepas bikin motor silinder tunggal dengan twin.Diorang ni boleh dikategorikan macam sleeper hit.Tak glemer sangat kat sini tapi power.

Dari segi rupa paras,terus terang aku bagitau lah ye,memula aku cukup tak berkenan dengan rekaan fairing depan area lampu utama tu.Cowling ke apa tah istilah dia.Serba salah aku menengoknya.ktm-rc390-india-photographs

Yang lain dari tank sampai ekor memang cun lah,aku memang suka shape tajam-tajam ni.Matching pulak dengan tema warna KTM dan trellis framenya diwarnakan oren,dari jauh orang dah boleh kenal jenama apa motor tu.Dulu aku rasa trellis frame kaler kontra ni Ducati je yang buat.

Tapi,mengenangkan usaha designer diorang,aku yakin rekaan ‘muka’ siri RC ni bukan sengaja dibikin muncung macam tu.Aku rasa tujuan diorang lebih kepada pengenalan identiti.Kalau nak ikutkan,benda yang macam scoop bawah lampu dia tu takde la salurkan udara macam sistem ram-air pun.Mungkin provide downforce untuk high speed traction?

Motor dah cantik dan laju breknya kenalah power juga.RC390 dipasangkan kaliper brek buatan ByBre dengan ABS,cabang jenama Brembo.Suspension pulak dari WP.Tak taulah best ke tidak cap WP ni.Aku tau Kayaba je dengan OHLINS je,huhu!

Tapi aku pernah baca artikel dalam majalah Fast Bike masa diorang buat perbandingan beberapa  supernaked bike.Salah satu model yang diuji ialah KTM 1290 Super Duke R.Antara ayat yang disebut tentang suspensi WPnya ialah ‘suzzie gurus’,yang mana maksudnya suspensi WP ni champion juga dalam bidang suspensi.

Akhir sekali,harga.Kalau tak silap,harga di Semenanjung Malaysia untuk model RC390 ialah RM28,000.00.Murah ke mahal?Tak tau la aku nak jawab.Murah dah rasanya.Itupun mungkin sebab dipasang CKD di kilang yang terletak di Jitra,Kedah atau mungkin juga India sebab ada juga aku terbaca news pasal produksi siri KTM kapasiti kecik untuk pasaran Asia.

Kesimpulan akhir,aku rasa best juga motor ni.Tak tunggang,tak rasa la nikmatnya…...Lain macam pulak ayat aku…Satu perkara lagi,faktor ekonomikal untuk pemilik RC390.Dari segi petrol,aku tak pasti,tapi yang pasti service interval dia 15000km.Jimat beb!

Post a Comment