Jumaat, 12 Disember 2014

Gashapon Lima Kupang

Biasa nampak benda ni depan kedai runcit kan?Korang pernah terfikir tak untuk beli sebijik dan tengok apa kandungan dia?Serius lawak isi dia. IMG-20141127-WA0003

Dua minggu lepas kot,sambil-sambil tunggu kereta aku siap,aku makan dekat satu kedai makan yang sebelah dia ada kedai runcit.Kebetulan pulak ada mesin gashapon cap ayam.Anak aku dok bising-bising nak benda serupa telur dalam mesin tu.Sebelum ni dia pernah tengok dalam YouTube yang telur tu ada isi macam-macam mainan.

Aku pun dengan muka tebal masukkan syiling lima posen dalam mesin tu.Keluar la bola/telur saiz bola pingpong kot.Uiii..nampak macam ada buku panduan dalam dia,rumit bebenor ke mainan dia.

Bila aku bukak rupanya buku panduan tu la sebenarnya mainan dalam bola/telur tu,chaiit!

Cmana agaknya nak main buku tu?Rupanya buku tu adalah animasi flipbook…dengan saiz besar sikit dari ibu jari aku.Baru sekali aku flip,dah berderai mukasurat dia.Nokhoromm betul!

IMG-20141127-WA0000

Petang tu jugak lepas kerja aku dengan wife bawa anak aku pergi E@Curve.Saja-saja bawa anak aku berjalan kesitu,lepas Maghrib boleh tengok wayang cerita Big Hero 6.Nak juga aku tengok reaction anak aku dalam panggung,boleh behave ke tidak.

Alang-alang dah kesitu dan kedai SunComic depan mata,aku invest la RM20 beli token gashapon Ban Dai.Haa…yang ni betul punya gashapon.Tapi makin mahal la pulak,dulu sekeping token RM4,sekarang dah RM5.Takpelah,mainannya berkualiti Jepang.

Punya la hepi anak aku dapat gashapon tu.Dipegang sepanjang masa dalam tangan kecik dia sampai la dalam kereta.Siap tidur berdiri sambil pegang gashapon!Yang kelakarnya bila gashapon tu terlepas,dia boleh terjaga cari gashapon dia.

Sampai kat rumah,dia sambung tidur,aku pasangkan Gundam saiz chibi dalam gashapon tu.Memandangkan anak aku kecik lagi,aku gamkan semua part.Kang takdela Gundam tu cacat anggota badan.Hari tu je aku terjumpa badan Kurin Dragonball bersepah atas lantai,kepala dia hilang pi mana tah.

Aku rasa dah beberapa tahun aku tinggalkan E@Curve terutamanya lepas anak sulung aku keluar.Dulu memang kerap kesana,boleh dikatakan saban minggu.Aktivitinya sama,makan-makan,ziarah kedai toys dan menonton wayang.Itu dulu lah,zaman suka memboros dengan wife aku.Sekarang kena catuan,zaman GST dah nak dekat ni.