Tuesday, November 18, 2014

1+1 = Oneplus One

Kali terakhir aku menulis pasal smartphone rasanya beberapa bulan lepas tentang HTC One E8.Kemudian baru-baru ni aku terbaca pasal flagship killer 2014 iaitu Oneplus One.Sebelum ni rasanya aku dah terjumpa rumor-rumor dalam GSMArena,tapi lepas baca diorang punya review baru la senang nak evaluate kedudukan dia samada layak ke tidak dinobatkan sebagai flagship killer.

Capture2

Ada beberapa item yang boleh digunakan untuk menilai sesebuah smartphone.Aku biasanya akan tengok dari sudut resolusi/saiz skrin,chipset,memori,bateri,kamera,bunyi dan juga harga.Kombinasi semua kriteria yang seimbang akan dianggap berbaloi untuk pembelian.

Kita go through satu persatu jenama yang entah dari mana pun tak tau nih.Tau-tau je keluar telefon yang nampak macam best.

Mula-mula skrin.Oneplus One dipasangkan skrin sebesar 5.5 inci LTPS LCD 1080 x 1920 dengan ketumpatan piksel setinggi 401 ppi.LTPS bermaksud Low Temperature apebenda tah yang memastikan skrin kurang panas untuk jangkamasa penggunaan panjang.Saiz 5.5 inci tergolong dalam kategori phablet,satu liga dengan keluarga Galaxy Note.Cukup besar dan secukup tajam resolusinya, dilindungi pula oleh Gorilla Glass 3.

Otak kepada Oneplus One ialah Qualcomm Snapdragon 801 yang cukup berkuasa dan digandingkan pula dengan Quadcore Krait 400 2.5GHz serta GPU Adreno 330 (kombinasi standard untuk kebanyakan flagship smartphone tahun ini).Dengan RAM sebesar 3GB dan UI CyanogenMod 11S,korang boleh jangka kepantasannya.Cewahhh!Keputusan synthetic benchmark juga menunjukkan hasil yang positif dimana kebanyakan markah melebihi jenama-jenama mainstream lain.

Dari segi memori,sedikit mengecewakan sebab tiada slot memori tambahan.Model yang ditawarkan dibekalkan dengan memori terbina 16GB dan 64GB.Soalannya ada ke yang nak beli versi 16GB?Lagi bagus kalau dia offer paling kecik pun 32GB.Jika pilihan ditangan aku,for sure 64GB lah.Apa barang memori ciput,dah la takde slot extra.

Bekalan kuasa datang dari bateri Li-Po 3100mAh yang mampu bertahan selama 66 jam.Itu skala endurance rating GSMArena.Angka-angkanya tidaklah amazing,just nice untuk penggunaan harian.Biasa memang macam ni,pembina smartphone baru belum jumpa resepi untuk produce telefon yang mampu bertahan lama dengan kapasiti bateri kecik.Sebagai perbandingan,HTC One E8 dibekalkan bateri hanya sebesar 2600mAh,tetapi boleh bertahan hingga 79 jam.

Baterinya accessible melalui penutup belakang yang boleh dibuka,tapi tak boleh cabut bateri.Sekadar nak swap back cover saja.

Kamera.Sama juga dengan kebanyakan smartphone 2014,Oneplus One dipasangkan kamera utama 13MP,dan kamera depan 5MP.Menurut GSMArena,kualiti gambar yang dihasilkan oleh CMOS sensor dari Sony ni cukup baik,begitu juga dengan rakaman videonya.

Dari segi penghasilan bunyi,Oneplus One menghasilkan bunyi yang cukup kuat daripada dua speaker mono yang terletak di bahagian bawah telefon.Bagaimanapun berlainan sekali dengan kualiti bunyi melalui earphone yang dikatakan sedikit lemau.

Kombinasi ciri-ciri terbaik dan juga lemau tadi kemudiannya dibandingkan dengan harga pasaran iaitu antara RM1,100 – 1,300.00.Apapun rasanya harga pembelian terus melalui laman web Oneplus One mungkin sekitar RM1000.00 –1200.00 kot.Lebih kurang macam Xiaomi lah,harga lepas kedai mark up boleh sampai 950.00,padahal retail price dia 7 ratus lebih je.

Dengan tanda harga sebegitu,aku rasa berbaloi-baloilah.Cuma terma flagship killer tu masih belum betul-betul direalisasikan mana-mana pengeluar telefon pintar.Oneplus One ni boleh claim champion kalau ada slot memori tambahan,endurance bateri sekitar 85 jam,dedicated shutter button,ciri-ciri kalis air&debu serta kualiti audio yang dipertingkatkan.Sekarang ni kriteria yang turut dipandang ialah kelebaran bezel skrin.Makin nipis bezelnya,maka tinggi jugalah martabat dia.Soalnya,kompeni mana yang berani offer semua tu sekali dengan harga murah?

Post a Comment

Thursday, November 13, 2014

All Hail Lexus!!

Semalam aku belajar tafsiran sebenar kereta mewah dari laman web Carlist menerusi jenama Lexus.Selama ni istilah luxury car diterjemahkan dengan cara yang salah oleh pembuat-pembuat kereta kecuali Lexus.

Mewahkah Lexus?Pendapat peribadi aku sebelum ni jenama Lexus berada diantara jenama kereta kebanyakan dan trio Jerman (Mercedes,BMW & Audi).Mahal serupa Boeing pun tidak,murah jauh sekali.Malahan jauh tertinggal dengan jenama-jenama eksotik.Tapi itu dulu.Masa zaman IS200 yang serupa Altezza dan jugak SUV RX300 yang fotostat dengan Harrier.

Sebelum ni aku pernah menulis pasal supercar LFA,tapi artikel tu tak cukup mendalam kajiannya terutama sekali cerita disebalik tabir pembikinan karya agung dunia automotif tu.Aku cuba recall balik apa yang aku baca semalam untuk bacaan semua.Lebih mudah untuk ramai orang faham kisah Lexus dalam bahasa Melayu.

 

Lexus ialah divisyen mewah gergasi automotif Jepun iaitu Toyota.Pada tahun 1989,Lexus menghasilkan model LS400 yang mana model ni memberi impak yang sangat kuat kepada jenama BMW dan Mercedes Benz di US.Dalam masa yang sama,Lexus memperkukuhkan kredibiliti jenama dengan membina imej yang baik dikalangan penggunanya.

Strategi Lexus menjadi dan motto korporat ‘The Pursuit of Perfection’ benar-benar diinterpretasikan keatas model-model seterusnya.

Tahun 2000,pembangunan supercar LFA dimulakan dan sembilan tahun selepas tu,LFA secara rasminya dilancarkan serta tempahan dibuka untuk unit terhad sebanyak 500 unit.Pemerhati industri yakin Toyota tidak untung dengan model ini,tapi itu bukan matlamat utama bagi Lexus.Apa yang cuba disampaikan melalui pembinaan LFA ialah terjemahan istilah ‘spirit of automobile engineering’,erti sebenar hubungan antara pemandu dan kereta.

Sembilan tahun proses R&D dengan kos berbilion-bilion dolar,LFA benar-benar menepati matlamat Lexus.Semuanya dibuat dengan teliti dan rekabentuk yang berfungsi,bukan semata-mata kosmetik.Horsepower?Tak adalah besar mana pun,enjin 1LR-GUE V10 4.8 liternya ‘cuma’ menghasilkan 552hp pada 8700rpm.Harga mahal pulak tu.Boleh dapat 5 bijik GTR R35 yang powernya lebih kurang sama.

Jadi apa yang amazingnya dengan LFA?

 

Banyak amazingnya.Sangat-sangat banyak.Tapi aku tuliskan sikit je sudahlah.

Pertamanya enjin.Kebanyakan enjin mempunyai karekter penyampaian tork maksimum pada rpm rendah.Berlainan dengan LFA,enjinnya ditala supaya tork maksimum tiba hampir dengan garisan merah.Revving daripada idling ke 9000 rpm hanya memerlukan masa selama 0.6 saat.

Kedua,transmisi.Feel menukar ke gear rendah lebih ‘berat’ sedikit berbanding menaikkan gear untuk kelajuan tinggi.Kenapa benda remeh temeh pun nak diambilkira?Ada sebabnya.

Ketiga,posisi kerusi pemandu dan penumpang.Kedua-duanya dirapatkan sedikit supaya penumpang dapat menikmati sensasi pemanduan sehampir mungkin dengan pemandu.Faedah lainnya ialah tumpuan graviti di tengah-tengah.

Keempat,bunyi.Sistem intake dan ekzos menghasilkan tone dua oktaf yang ditala dengan kerjasama Yamaha Music Division.Bunyinya memang sedap,hampir menyamai bunyi ekzos F1 cuma kurang ‘garing’ sikit.Huhu! Tak reti pulak aku nak describe dalam bahasa Melayu.

Lain-lain ialah kejituan kejuruteraan,baik dari sudut mekanikal mahupun luaran.Lexus melaburkan modal yang bukan kecik anak untuk retooling semua production line.Komponen-komponen enjin dibina dengan material terbaik dan tolerance paling jitu hanya untuk mengatasi masalah getaran.Biasa la kan enjin bergetar,tetapi tidak biasa pada Lexus.Semua masalah-masalah kecil diperhalusi dan diatasi daripada puncanya,bukan menutup masalah tersebut.

Ketua juruteranya Haruhiko Tanahashi juga obses dengan istilah ‘zero gap’.Kepingan-kepingan panel badan dipasang dengan jarak yang sangat minimum.

Di tangan pengguna,semua kombinasi kejuruteraan tadi diterjemahkan kepada kepuasan pemanduan.Boleh inzal agaknya.

Lexus ‘mengajar’ semua pembuat-pembuat kereta baik yang murah hinggalah eksotik tentang bagaimana keupayaan mereka membina jentera beroda empat premium tulen.Istilah-istilah dinamik,kualiti,prestasi dan kemewahan semuanya ada pada LFA.Tabik untuk Jepun dan Lexus!

LEXUS-RC-F-2015-front

RC-F1

Walaupun LFA tak diproduksi lagi,pembelajaran sepanjang membinanya adalah khazanah yang amat bernilai.Baru-baru ni Lexus melancarkan model RC F,coupe yang mewarisi agak banyak DNA LFA.Dibekalkan enjin V8 5.0 liter 470hp dan rupa yang cantik,aku rasa spesis ni lagi rare dari Lamborghini.Boring kot tengok supercar Itali tu.

Aku saja-saja jela browse website Lexus Malaysia siang tadi.Harga asas yang ditawarkan untuk model RC F  ialah RM782,000.00.Yaaaa!Tujuhratusribu lebih.Kalau downpayment RM200,000.00 dan loan bank 5 tahun pada kadar faedah 2.6%,bayaran ansuran bulanan ialah RM10,961.00.Ok fine!

Post a Comment