Monday, August 4, 2014

Xiaomi Mi4

Lama betul aku tak menulis pasal gadget terutamanya smartphone.Bosan sebenarnya bila dunia smartphone didominasi dua nama besar,Samsung dan Apple.Apa yang best sangat tak tahulah.Aku macam biasa,masih memuja HTC,contohnya HTC One M8 yang mana dianggap oleh sebahagian besar pakar-pakar ulasan smartphone sebagai “telefon pintar yang berada pada kelasnya yang tersendiri”.

Walaupun featurenya tak sehebat keluarga Galaxy terbaru,kombinasi semua aspek menjadikannya ia sebuah smartphone yang patut dihormati.Kecuali kamera 4MP Ultrapikselnya.

Kebelakangan ni muncul nama-nama seperti Oppo dan Xiaomi dari tanah besar China.Bagi pengguna yang terbiasa dengan barang berjenama,apa barang layan brand China.Mesti cap ayam kaw-kaw ni.Biasalah,aku dulu pun sama bermentaliti sedemikian.Tolong jangan malukan diri korang.Ada baiknya buka mata untuk jenama lain juga.

Pernah sorang tauke vendor Proton cerita kat aku masa kitorang visit kilang dia,barang-barang made in China ni ada banyak gred.Kalau boleh dia kelaskan,mungkin ada gred A,B,C dan sampai Z.Ada yang berkualiti tinggi dan ada yang cap ayam habis.Member aku pernah rasa down bila dia pakai smartphone Huawei model apa tah.Almaklumlah nama brand serupa nama Cina bukit.Kengkawan plak semua layan Samsung.Aku cakap kat dia,orang duduk dalam lesung batu je tak pernah dengar nama Huawei.

Sebelum raya haritu aku sempat survey perkembangan smartphone terkini terutamanya jenama dari China.Sebabnya aku terbaca news pasal Samsung punya sales merosot sebab kemunculan jenama-jenama murah dari China.Rupanya Samsung tak champion langsung kat China.Adakah disebabkan Samsung tak champion bermakna selera rakyat China tak ada kelas?

No.Sebab brand local diorang sama canggih dengan Samsung + harga 1/2 daripada smartphone dari negara KPop tu.Jangan main-main dengan China.Diorang tak mampu beli Range Rover Evoque,diorang copy sebijik,taruk brand Land Wind X7.Power.

Barangkali ada berpuluh-puluh jenama smartphone kat China tapi buat masa ni Oppo dan juga Xiaomi yang menarik perhatian aku.

Mula-mula aku cari info pasal Oppo Find 7 sebab nampak macam worthy contender untuk One M8,malangnya bateri tak berapa nak cukup power walaupun 3000mAh.Apa taknya,5.5 inci 534 ppi QHD kot?Endurance ratingnya cuma 44 jam vs. 71 jam pada One M8.So,tak best.Harga pun murah sikit je dari jenama Korea.

Now tumpuan kepada jenama Gwiyomi Xiaomi.Jenama ni kalau aku dengar tahun lepas serius aku kategorikan sebagai jenama konsol permainan kanak-kanak level pasar malam.Itulah pentingnya memperbanyakkan informasi dan jangan taksub dengan sesuatu jenama.Paling penting elakkan jenama mainstream,hehe!

Untuk pengetahuan,Xiaomi ialah pengeluar telefon pintar yang paling pantas berkembang di dunia.Penguasaan pasaran di China adalah sebanyak 14% berbanding Samsung 12%.

xiaomi-mi4-3

Kemas dan nampak kelas baq angg!

 

Xiaomi Mi4 ni bakal dilancarkan pertengahan Ogos 2014,kat Malaysia tak sure sampai ke tidak.Dengan spec hardware yang setara One M8 & Galaxy S5 dan harga sekitar RM1300-1400 (anggaran),model ni bakal mendapat tempat dikalangan peminat smartphone.OS Android apa ada hal.Cuma aku menunggu review penuh dari GSMArena berkenaan dengan stamina bateri.3080mAh kedengaran cukup besar,tapi kalau tak kena gaya macam Oppo Find 7 tadi,lemau jugaklah hasilnya.

Kebelakangan ni memang aku utamakan stamina bateri,leceh betul la nak angkut charger/power bank merata.

Klik sini untuk baca spesifikasi tak rasmi Xiaomi Mi4.Malas pulak nak menaip banyak-banyak.

Post a Comment