Tuesday, February 4, 2014

Melaka Negeri Cantik,Tapi...


As salam semua,
Atas urusan kerja,hari ni aku berada di Jasin,Melaka.Urusan pengumpulan sampel ada separuh lagi untuk diselesaikan.Harap-harap semuanya selesai esok.Lagi cepat lagi bagus.Bukan sebab tak seronok buat kerja outstation ni,masalahnya ialah bajet yang ketat.Tak syoklah pakai duit sendiri,lepas tu claim lambat dapat.
Perjalanan kali ni hanya melibatkan negeri Melaka.Dari Tampin Negeri Sembilan ke Alor Gajah,lepas tu bermalam di Masjid Tanah.
Planning awal sebenarnya nak bermalam di Alor Gajah,tapi rupanya susah nak cari hotel kat situ.Di Masjid Tanah pun sama,yang ada cuma homestay.Mujur homestaynya tiptop dengan harga yang berpatutan.Kalau berkunjung ke Masjid Tanah,cuba la bermalam kat sana.Satu bilik dua katil singel cuma RM70.Nama homestay tu Solok Duku Homestay.Solok Duku tu nama kampung barangkali.Aku cuma tau solok lada.Duku sumbat dengan isi ikan+kelapa parut tak pernah pulak aku jumpa.
Hari ni aku bermalam di Hotel Sri Impian Jasin,berdekatan Econsave Jasin.Ini je yang ada.Sebenarnya ada satu lagi hotel bersebelahan Stadium Jasin,tapi nampak creepy siap dengan semak samun.Bermalam kat situ free je,tu pun kalau berani la.
Hotel Sri Impian ni agak errrr................walaupun fasilitinya nampak macam mantap.Aku ambik bilik dua katil single dengan harga RM99 satu malam termasuk breakfast.Kemudahan yang ada TV kotak,aircond,WiFi,pemanas air dan pencahayaan berkeamatan rendah dari sebijik mentol.Selain lampu yang malap tadi,siaran Astro pun takde.Kalau nak tengok Astro ada bilik khas di aras dua.Lagi satu ialah amaran yang tertampal didinding,"DILARANG MEROKOK".What the heck??Jasin bandar hijau?Kemon lah,pi ukur kuantiti karbon monoksida ekzos kereta kat luar sana tu.Ni lah pertama kali aku jumpa hotel yang tak boleh merokok.
Hasil penjimatan tenaga elektrik ni mampu menampung kos sarapan pagi besok
Oklah,bebel panjang pun bukan management hotel baca.Setakat ni aku dah sampai Melaka dalam empat kali kot.First time masa zaman sekolah dulu.Biasalah ikut lawatan.Lepas tu jalan-jalan dengan wifey masa baru-baru kawin.Mencari sampel ni yang syoknya ialah segala ceruk negeri kami masuk,so dapatlah nampak kepelbagaian cara hidup dan jugak kegiatan ekonomi negeri-negeri yang dilawati.
Pertama sekali aku nak cakap tentang Melaka ialah negerinya cantik.Walaupun perindustrian tak berapa nak rancak,negerinya bersih.Kebanyakan kampung yang aku masuk rumahnya besar-besar,macam berlumba-lumba dengan jiran pulak rumah siapa lawa.Jalanraya dalam kampungnya walaupun tak lebar,keadaannya amat baik.Susah sangat nak jumpa lubang.Good job Melaka.

#mohontambahhotelmurahkatMelaka


Post a Comment