Rabu, 19 Februari 2014

Unlock Your Mind

Semalam aku baca artikel dari laman sesawang automotif tempatan,funtasticko.net.Nak kata follower website tu taklah juga,cuma aku suka baca pendapat komentator entri website tu tentang industri automotif nasional/antarabangsa dari kacamata peminat Proton.Apa kesimpulan yang aku dapat katakan ialah majoriti diorang die hard fan Proton.
Tak salah jadi peminat tegar,cuma kurang baik bila sebahagian kecil terjebak dalam kategori taksub.Kenapa?Begini ceritanya…

Semuanya bermula dari video ni:


Agak menarik cara geng-geng ni membuat ulasan.Santai habis.Secara keseluruhan kereta dengan reputasi love-hate diatas mendapat review dan respon yang baik.Bukan senang ya nak jumpa video ujipandu kenderaan dalam bahasa kebangsaan.Satu usaha yang baik untuk team Roda Pusing.
Sesiapa yang mengikuti perkembangan website tu tentu dapat mengesan kecenderungan komuniti disitu terhadap Proton;sekali lagi aku tegaskan,tak salah langsung.Tapi komen dari entri tu buat aku tersenyum simpul.
Kereta apa yang selayaknya perfect dimata diorang ni agaknya ya?
VIDEO   Pandu uji Toyota Vios baharu  funtasticko   funtasticko.net

Apa yang salah kalau tak ada komen negatif?Tak dengar betul-betul ni…Come on my friend..
Aku rasa diorang ni imagine parameter nak ujipandu sesebuah kereta tu sama je semua kot.Let say,benchmark Preve untuk semua kelas sedan.Tak bolehlah macam tu.Kena rujuk balik purpose setiap kategori kenderaan yang hendak diuji;adakah memenuhi tujuan dan kehendak ia dibuat.

Aku teringat sesuatu yang aku baru pelajari iaitu kepentingan outcome melebihi output.Benda ni berkaitan dengan LFA (Logical Framework Approach).Dalam sistem pendidikan kebangsaan aku tak pastilah ada ke tak subjek ni.
Kebelakangan ni banyak perubahan dalam sistem pentadbiran agensi kerajaan,tapi tak semua orang sedar.Benda ni makan masa bertahun-tahun untuk menampakkan hasil.Secara ringkasnya macam aku sebut tadi,outcome vs.output.Sebagai contoh institusi penyelidikan,buat research,kumpul paten dan menang award.Itu namanya output dari seseorang doktor atau pegawai penyelidik.Cukuplah untuk naik gaji dan pangkat.
Ianya diterima baik selama ni tetapi tidak lagi sekarang.Output sahaja tak memadai.Apa yang dikehendaki sebenarnya ialah outcome;siapa yang bakal mendapat faedah daripada output tadi.Aku bagi contoh la ye?
Aku diminta buat penyelidikan tentang potensi rumput lalang.Selepas berperang dengan peralatan makmal,aku buat announcement yang lalang ada komponen kimia yang boleh mengubati kanser.Aku dapat award dan penemuan aku tu dipatenkan.Untuk makluman kos paten adalah puluhan ribu setahun,macam lesen jugak la.
Ok,setakat ni,tercapai tak matlamat penemuan aku tadi?Ya sebab penemuan tu berjaya menang award dan menaikkan nama institusi tempat aku bekerja tapi tidak lagi mencapai outcome yang dikehendaki.
Outcome yang bagaimana?Nampak tak output aku tadi hanya menang award tapi tak boleh buat duit dan memberi manfaat kepada banyak pihak atau menjana keuntungan negara?Bila dibuat analisis lanjut,bekalan lalang tak cukup untuk dikomersilkan.Pulak dah..Manfaat ni yang dikategorikan sebagai outcome.Matlamat tersirat yang kita kena capai.
So,kejadah apa aku taip panjang-panjang tapi macam tak ada kena mengena dengan industri automotif tempatan?

Baca baik-baik…..sebelum mula buat kereta,kena fikir S.M.A.R.T.Analisis kritikal apa yang nak dibuat,untuk siapa,kos,abiliti dan sebagainya.Tujuannya supaya apa yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran secara maksimum.Kehendak pasaran bermaksud apa yang sebenarnya masyarakat perlukan,bukannya apa yang masyarakat mahu.
Dua perkara penting dalam dunia ni ya,iaitu perkara baik (good thing),dan perkara betul (right thing).Sepatutnya kita kena dahulukan perkara betul (right thing),baru diikuti perkara baik (good thing).Mengikut kehendak peminat itu baik,tetapi tidak semestinya betul.
Yang ni kena buat research,responden dari seluruh lapisan masyarakat,merentasi latar belakang budaya dan ekonomi(aku pasti diorang memang ada buat benda ni).Jangan terpengaruh dengan kehendak kelompok minoriti.Dahlah minoriti,bukan semua pulak tu yang mampu beli.
Berbalik kepada sesetengah peminat Proton,take it as a medicine.Belajar dari pesaing,sentiasa tanamkan sifat we can do far more better than that.Bukan menganggap kritikan kepada lawan adalah kemenangan dipihak anda.Kenapa Toyota success dengan Vios di Malaysia?Bukan sebab ramai ah soo & ah beng dalam Malaysia ni,jangan salah faham.Buka minda dan jangan taksub.Baru boleh nampak ‘kunci’ rahsianya.Bandingkan jenama ni dengan jenama tempatan dari skop outcome.

Macam bos aku cakap,dia marah bukan sebab dia benci,dia marah sebab nak realign us back on track.

Selasa, 4 Februari 2014

Melaka Negeri Cantik,Tapi...


As salam semua,
Atas urusan kerja,hari ni aku berada di Jasin,Melaka.Urusan pengumpulan sampel ada separuh lagi untuk diselesaikan.Harap-harap semuanya selesai esok.Lagi cepat lagi bagus.Bukan sebab tak seronok buat kerja outstation ni,masalahnya ialah bajet yang ketat.Tak syoklah pakai duit sendiri,lepas tu claim lambat dapat.
Perjalanan kali ni hanya melibatkan negeri Melaka.Dari Tampin Negeri Sembilan ke Alor Gajah,lepas tu bermalam di Masjid Tanah.
Planning awal sebenarnya nak bermalam di Alor Gajah,tapi rupanya susah nak cari hotel kat situ.Di Masjid Tanah pun sama,yang ada cuma homestay.Mujur homestaynya tiptop dengan harga yang berpatutan.Kalau berkunjung ke Masjid Tanah,cuba la bermalam kat sana.Satu bilik dua katil singel cuma RM70.Nama homestay tu Solok Duku Homestay.Solok Duku tu nama kampung barangkali.Aku cuma tau solok lada.Duku sumbat dengan isi ikan+kelapa parut tak pernah pulak aku jumpa.
Hari ni aku bermalam di Hotel Sri Impian Jasin,berdekatan Econsave Jasin.Ini je yang ada.Sebenarnya ada satu lagi hotel bersebelahan Stadium Jasin,tapi nampak creepy siap dengan semak samun.Bermalam kat situ free je,tu pun kalau berani la.
Hotel Sri Impian ni agak errrr................walaupun fasilitinya nampak macam mantap.Aku ambik bilik dua katil single dengan harga RM99 satu malam termasuk breakfast.Kemudahan yang ada TV kotak,aircond,WiFi,pemanas air dan pencahayaan berkeamatan rendah dari sebijik mentol.Selain lampu yang malap tadi,siaran Astro pun takde.Kalau nak tengok Astro ada bilik khas di aras dua.Lagi satu ialah amaran yang tertampal didinding,"DILARANG MEROKOK".What the heck??Jasin bandar hijau?Kemon lah,pi ukur kuantiti karbon monoksida ekzos kereta kat luar sana tu.Ni lah pertama kali aku jumpa hotel yang tak boleh merokok.
Hasil penjimatan tenaga elektrik ni mampu menampung kos sarapan pagi besok
Oklah,bebel panjang pun bukan management hotel baca.Setakat ni aku dah sampai Melaka dalam empat kali kot.First time masa zaman sekolah dulu.Biasalah ikut lawatan.Lepas tu jalan-jalan dengan wifey masa baru-baru kawin.Mencari sampel ni yang syoknya ialah segala ceruk negeri kami masuk,so dapatlah nampak kepelbagaian cara hidup dan jugak kegiatan ekonomi negeri-negeri yang dilawati.
Pertama sekali aku nak cakap tentang Melaka ialah negerinya cantik.Walaupun perindustrian tak berapa nak rancak,negerinya bersih.Kebanyakan kampung yang aku masuk rumahnya besar-besar,macam berlumba-lumba dengan jiran pulak rumah siapa lawa.Jalanraya dalam kampungnya walaupun tak lebar,keadaannya amat baik.Susah sangat nak jumpa lubang.Good job Melaka.

#mohontambahhotelmurahkatMelaka