Rabu, 8 Januari 2014

Kawalan Pemanduan VS Reliabiliti

Rasanya agak lama aku tak menulis pasal kereta.Tak banyak benda menarik pasal kereta sejak tekanan ekonomi kebelakangan ni.Nak ulas pun tak ada mood sebenarnya.Dalam keadaan ekonomi sekarang,kebanyakan pembeli masih lagi berpegang pada elemen ekonomikal dalam pemilihan kenderaan harian.Ekonomikal disini bukan sekadar harga belian yang berpatutan,ianya lebih kepada jangka panjang seperti penggunaan bahanapi,ketahanan material dan service cycle.
Seperti biasa nama-nama seperti Vios dan Myvi masih lagi memperoleh angka jualan yang baik saban tahun.Kenapa agaknya?Ambil contoh Vios.Walaupun memperoleh jualan dan rekod penggunaan yang baik,kereta ni mendapat maklumbalas negatif sejak dulu lagi terutamanya di laman web PaulTan.
Hasil pemerhatian aku,dua perkara utama yang menjadi bahan hentaman ialah enjin 1NZ-FE 1.5 teknologi lama dan juga harga yang mahal berbanding spesifikasi yang ditawarkan.Tetapi orang tetap membeli juga.Rasanya semua orang tahu jawapannya.Reliabiliti dan kecekapan bahanapi yang telah dibuktikan bergenerasi lamanya.Ada bantahan?
Berlainan pula dengan Suprima S.Kereta ni serba-serbi lengkap,beleklah brosur kereta ni,jenama lain takkan berani offer spesifikasi selengkap ini dengan harga yang munasabah.Respon pengkritik dalam PaulTan juga sangat menggalakkan.Siapa kutuk memang kena thumbs down.Kenapa aku rujuk laman PaulTan saja?Sebab aku percaya ramai peminat Proton berkumpul disitu.


Tetapi...selepas beberapa bulan dipasaran adakah sambutannya sehangat komentar mereka?Perhatikan sekeliling kalian semasa memandu.Berapa banyak Suprima S menelusuri jalanraya?Aku bagi contoh di tempat kerja aku yang mempunyai 700++ pekerja.Setakat ni aku cuma nampak sebiji saja Suprima S warna biru.Inilah realitinya.Secara teorinya Suprima S enak dipandu,tetapi satu faktor penentu utama telah menjadi kelemahan Suprima S iaitu penggunaan bahanapi.
Kereta ini tidak tergolong dalam kategori penjimat bahanapi.Berat keringnya melebihi sedan Preve.Sekarang tugas peminat-peminat jentera Proton membuktikan kesetiaan mereka.Sudahkah anda semua membeli Suprima S?
Cukuplah setakat itu saja ulasan berkenaan persaingan pasaran.Realiti yang pedih tak semua orang sanggup dengar.Perkara ni perlu penelitian sehingga peringkat akar umbi perusahaan automotif nasional.Cuma tinggal satu saja kekuatan Proton iaitu sistem pemanduan.
Hampir sebulan lepas aku ke Alor Star atas urusan walimatulurus adik ipar aku.Kali ni aku kesana menaiki Proton Persona adik ipar lelaki aku.Miyabi buruk kesayangan aku terpaksa direhatkan selepas bekerja keras sepanjang bulan Disember.Bertolak dari Gombak lebih kurang jam 9.30 pm,kami sampai di Langgar,Alor Star hampir jam 3.30 am.Separuh perjalanan pertama dipandu adik ipar aku dan aku sambung pemanduan hingga ke destinasi.
Kelajuan purata antara 120-130kmj.Untuk perjalanan sejauh itu,kami terpaksa laju sedikit untuk mengurangkan rasa bosan akibat memandu terlalu lama.Itu pun cuba baca balik jam berapa baru sampai.Cuma sedikit pelik kenapa perjalanan memakan masa selama itu sedangkan sebelum ni aku pernah ke Langgar juga memandu Myvi aku dengan tempoh masa perjalanan dari jam 9.30pm dan sampai di Langgar jam 2.15am.Kelajuan lebih kurang sama dan waktu rehat juga hampir sama.
Dari pengamatan aku,memandu kelajuan sebegitu dengan Persona standard dan tayar baru agak menyeronokkan.Kenderaan cukup stabil dijalan lurus.Satu lagi benda yang aku rasa agak menarik ialah sistem pertukaran gear manualnya.Feel umpama short shift.Lain-lain semua ok,kecuali sistem tuil signal disebelah kiri stereng amat annoying.Part handling aku bagi markah lebih untuk power steering Persona dibandingkan dengan EPS Vios 2013.
EPS juga stabil dijalan lurus tapi melayan selekoh agak gayat sikit sebab feel respon steering agak artificial intelligence.Dalam kes melayan selekoh ni,aku lebih suka feeling Myvi aku yang dibantu oleh tayar berprofil 205/40/17.Terasa kawalan lebih tepat walaupun di jalan lurus agak fail.Aku tak buat lawak ni.Barangkali ada yang menuduh aku sembang deras,jadah apa Myvi torsion bar syok layan selekoh.Aku tak kata syok,aku cuma cakap,lebih meyakinkan dengan setup dan teknik yang bersesuaian.
Sama macam Persona yang aku pandu semasa ke Kedah tu,tayar tebal standard memang win faktor keselesaan,tapi sedikit gayat juga di selekoh.Tak apa,benda boleh improve.Untuk Vios yang aku pandu tu pulak,barangkali konfigurasi rim concave tak kena untuk pemanduan sedikit agresif.Keadaan bibir tayar yang terkangkang untuk memenuhi lebar rim 9 inci menjejaskan kestabilan semasa berlakunya lateral force di selekoh.
Apapun tak semua orang bercitarasa macam aku.Apatah lagi golongan yang mampu membeli kereta mahal.Yang mana duit berkepuk,beli sajalah pakej lengkap,tak payah pening nak improve sana-sini.Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah pertimbangkan juga faktor kestabilan dalam memilih kenderaan dimasa akan datang.Tidak dapat tidak mesti kereta tu akan digunakan untuk perjalanan yang jauh.Pengalaman aku memandu Proton tak banyak,tapi dulu aku suka handling Satria 1.3 Injection abang ipar aku.Handling 'A' tapi enjin lemau pulak dah.
Oh  ya,dalam perjalanan yang panjang hari tu,agak lama juga kami membontoti Mitsubishi Lancer GT.Nampak cukup gagah dijalanraya.Dah renung lama-lama macam tu rasa nak pakai kereta sedan pulak.Kereta keluarga akan datang Proton Inspira barangkali?Hehe!