Tuesday, December 31, 2013

Entri Penutup 2013


Kembali bertemu selepas lama aku tak mengemaskini entri blog ni.Nak kata sibuk tu tak lah,cuma ketiadaan komputer untuk menaip.Masa yang ada depan PC pun biasanya digunakan untuk mengemaskini laporan bulanan.Selebihnya masa aku banyak dihabiskan ditapak semaian keratan pokok.
Seronok sebenarnya belajar benda-benda baru.Bidang pertanianlah satu bidang yang masih lagi dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat kita.Sesetengah orang tak bagi anak dia belajar Ijazah yg berkaitan pertanian.Kerja kotor katanya.Baik jadi engineer atau cikgu,besarkan perut dengan kerusi empuk dalam kondisi aircond.
Berapa gaji engineer fresh grad?
Adik member aku study akaun sampai Ireland,balik tanam rock melon atas tanah 3-4 ekar,rilek je dapat puluh ribu semusim.Amacam?
Realiti yang kita semua tak sedar ialah,kebanyakan benda yang kita makan hari-hari adalah diimport dari luar.Barang makan yang paling asas,beras,pun diimport dari luar sebab bekalan dalam negara tak cukup.Ingat lagi perkataan Negeri Kedah Jelapang Padi?
Aku rasa dah tak relevan lagi dah sekarang ni.Cuba jenguk-jenguk sawah padi kat Alor Star nun.Banyak yang tanam rumput dari padi.Yang ditambak jadi taman perumahan pun banyak juga.Terengganu,Pulau Pinang,Perak dan Kelantan pun ada padi tapi tak secantik dan sesistematik sistem penanaman padi di Selangor.Kalau ada rezeki ke negeri orang,tengok-tengoklah sama benda yang kita letak dalam pinggan tiap hari.
Bercakap mengenai import makanan,apa benda yang kita tak import?Hampir semua import belaka.Cili kering,bawang,kentang,kobis...banyaklah kalau nak ditulis satu-satu.Bayangkan semua benda-benda ni tak mampu lagi dibekalkan ke negara kita,dan yang dihasilkan dalam negara pulak melambung berganda-ganda harganya sebab tak cukup bekalan.Boleh jawap "duduk oversea kalau Malaysia mahal"?
Sistem yang ada sekarang tak betul.Terlalu mengejar kemodenan infrastruktur sampai terlupa asas untuk hidup iaitu makanan.Tengok macam aku ni ha,nak menaip pun gigil sebab tak lunch lagi.Apa guna PC power kalau tak larat nak menaip sebab kebulur?
Bila dah kebulur cari nasik.Mana datang nasik?Dari beraslah.Beras pulak siapa tanam?Orang kampunglah,Malaysia punya.Ye ke?.....cuba check bebaik dari mana datangnya...

Sebelum aku habiskan entri ni,aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014,dan bertabahlah menghadapi cabaran berat ekonomi  2014.Berbelanja dengan bijak,tambahkan pendapatan.



Post a Comment

Tuesday, December 10, 2013

Renungan Sejenak


Tadi aku luangkan masa agak lama membelek inbox email Yahoo.Walaupun email utama aku pakai sekarang ialah Gmail,semua komen dalam blog aku ni akan masuk kedalam email Yahoo.Ada la satu dua email yang aku sempat reply awal,ada jugak yang dah hampir setahun baru aku sedar ada komen kat entri tu.Maaf lah ye?Ada tujuh ratus lebih entri yang berkemungkinan dibaca orang.
Sambil-sambil scroll inbox lama-lama,rupanya ada juga komen yang aku terlepas pandang.Bila aku baca semua komen-komen yang aku dapat,aku sedar yang tak semua penulisan aku diterima orang.Aku mengaku,ada fasa-fasa zaman berblogging aku yang agak keras dan agak semberono.Mostly entri-entri lama.
Terima kasih untuk semua yang menegur samada secara baik atau kasar.Semuanya adalah pembaca blog ni.Tak semua benda yang berlaku disekeliling kita ni boleh dikongsi sewenang-wenangnya.Apatah lagi andaikata ianya ditulis dengan skil yang rendah,barang pasti maksudnya akan disalahertikan.
Dalam masa kejarangan aku menulis entri ni,aku juga ada berfikir tentang hala tuju blog ni,apa matlamat sebenarnya.Dalam kebanyakan entri aku suka kongsi maklumat ilmiah,pengalaman dan sikit sebanyak penulisan buah fikiran yang tak berapa nak genius.
So,aku buat keputusan untuk mengekalkan penulisan pengalaman dan maklumat ilmiah sahaja berbanding ulasan atau luahan perasaan terhadap kebobrokan dunia sekeliling.Dikhuatiri ramai yang sakit hati dan menyumpah seranah.Tak semestinya apa yang baik itu betul pada masanya.
Diawal-awal aku berblogging dulu memang aku cuba menegur dunia sekeliling aku,malangnya orang kita sukar menerima perubahan.Tegar macam tunggul balak.Apapun aku akan kembali menulis benda yang aku arif sahaja.

*Hujan diluar pejabat mencurah-curah turun.Macamana aku nak pegi stesen bas nihhh??


Post a Comment