Wednesday, November 20, 2013

One Max vs. Note 3;Edisi Gurau-Gurau Kasar


Entri ni aku dedikasikan untuk member aku yang tanya pasal Note 3 aritu.Kan dia ada tanya mana lagi best antara Galaxy Note 3 dan HTC One Max.Aku cuba buat perbandingan berdasarkan spesifikasi di internet sahaja.Takde pengeluar sematpon yang sudi panggil aku ujicoba produk diorang.Kompeni XinJiang Ltd. pun tak sudi,apatah lagi Samseng Korea.
Sebenarnya lebih mudah buat comparison guna table,macam carta analisis match bolasepak.Terus boleh nampak hasil.Sebelum ni aku tulis blog guna Windows Live Writer yang mana lebih banyak fungsi,tapi dalam MacBook Air ni takde install benda tu.
Beberapa kriteria akan dinilai iaitu skrin,memori,kamera,chipset,kuasa,dan harga.Untuk kriteria yang sama aku ceritakan dulu.Kedua-dua telefon pintar ni berkeupayaan LTE,menggunakan Mikro-SIM dan dilengkapi slot kad Mikro-SD sehingga 64GB.

SKRIN
Note 3 menggunakan teknologi kegemaran Samsung iaitu Super AMOLED sebesar 5.7 inci dengan kepadatan piksel 386 ppi.Manakala HTC menggunakan teknologi LCD3 pada skrin sebesar 5.9 inci dengan kepadatan piksel sedikit kurang iaitu 373 ppi.
Walaupun ppi pada HTC sedikit kurang kedua-dua telefon ni mempunyai resolusi yang sama iaitu 1080 x 1920.Faktor penentu ialah kelebihan teknologi masing-masing.Disini Note 3 mempunyai sedikit kelebihan beraksi di bawah cahaya terang kerana kontras yang lebih baik.

MEMORI
Samsung menawarkan tiga varian memori iaitu 16,32,dan 64GB dengan RAM sebesar 3GB,manakala HTC One Max ditawarkan dua pilihan iaitu 16 dan 32GB.RAM pulak hanya sebesar 2GB.Pemenang yang jelas disini ialah Note 3.

KAMERA
Teknologi Ultrapiksel HTC sekali lagi digunakan pada One Max dengan kamera utama 4MP.Khabarnya imej yang dihasilkan agak baik apatah lagi didatangkan dengan fungsi Zoe,tapi sejak dulu lagi belum ada teknologi megapiksel rendah berjaya mengatasi kelebihan kamera megapiksel tinggi.Disini sekali lagi Samsung menang dengan kamera utama 13 MP.

CHIPSET
HTC One Max yang dilancarkan awal sikit dari Note 3 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 600 manakala Samsung menggunakan chipset termaju Qualcomm Snapdragon 800 dibantu oleh CPU empat teras Krait 400 2.3GHz.One Max 'hanya' menggunakan CPU empat teras Krait 300 1.7GHz.Sekali lagi kemenangan untuk Samseng.

KUASA
Bateri.Aku pernah sebut dalam satu entri yang bateri ni faktor paling kritikal bila beli phone.Setahun setengah yang lalu,bateri 1800mAh dikira masih sesuai untuk telefon pintar.Tapi tidak untuk tahun ni.HTC dibekalkan bateri tak boleh buka(macam gampang ayat ni bila diterjemah terus dari perkataan non-replaceable) sebesar 3300mAh.Samsung Note 3 pulak mendapat sumber kuasa dari bateri sebesar 3200mAh.Beza antara dua phone ni cuma 100mAh.
Walaupun cuma 100mAh,One Max mengatasi Note 3 sebanyak 4 jam iaitu 25jam talktime berbanding Note 3 21 jam.

Kesimpulannya Samsung Note 3 menang selesa berbanding One Max.Aku agak kecewa sikit sebab aku fan HTC,huhuhuhu!Apapun perbandingan perlu profesional,yang menang harus menang.Dari segi harga aku suspek lebih kurang je.

Takpayah la attach gambor dua tepon ni ye?Korang Google la kejap lagi.Harap En.Naruto dapat baca apa yang aku dah tulis ni.Dah beli kang bagi aku godak sekejap  bleyy???

*Aku baru je dapat maklumat dari member yang mengatakan Samsung Note 3 juga mengalami 'penyakit' keturunan Samsung iaitu masalah 'hang'.Betulkah begitu?

Post a Comment