Tuesday, October 29, 2013

Jangan Poyo Ketika Study

Hujung minggu lepas aku sempat bersembang dengan adik perempuan aku yang tengah belajar kat UMT.Kebetulan dapat jumpa sebab urusan pampasan tanah (cerita dalam entri lepas),dan juga nak bawa dia pergi berurut sebab sakit belakang.
Dia didiagnosis mengalami masalah 'scoliosis',iaitu tulang belakang bengkok seperti huruf 'S'.Punca dia jadi macam ni sebab jatuh motor kena sondol dengan kereta.Dalam dok bersembang tu,termasuklah topik perbelanjaan masa zaman belajar.Sebelum tu dok melayan mak aku sembang pasal saudara aku yang juga pelajar UMT.Dari kisah saudara aku tadi,aku teringat kisah yang aku baca dalam Facebook pasal student mengencing mak ayah konon nak duit untuk belajar,tapi rupanya nak pergi melancong dengan boyfriend.Padahal mak ayah bercatu makan ikan kering kat kampung.
Pernah baca tak kisah tu?Bila boyfriend tanya "amacam,mak u bagi duit tak?"Pempuan tu jawab,"mak i busy,dia kat oversea..."Dafuq.

Saudara aku tadi takdelah sampai tahap macam tu,cuma cerita pasal dia mentrigger ingatan aku kat kisah sadis tu.Adik aku cerita la pasal spending dia duduk rumah sewa yang sebenarnya lagi jimat daripada duduk hostel.Memandangkan aku pun pernah jadi pelajar,aku pun ada kisah aku sendiri.
Masa aku study SAD(bukan sedih ya,Sijil Automotif Diesel) pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia diberi sebanyak RM4000.Aku dah lupa semester berapa baru dapat,semester 3 atau 4 macam tu lah.Masa semester satu,aku duduk hostel.Agak memudahkan tapi letih nak menapak pergi kelas.Semester dua aku duduk menyewa dengan kengkawan di kawasan perumahan Semambu Baru,Kuantan.Duduk luar tanpa transport sendiri amatlah sadis.Mujur ada kengkawan yang sama berkongsi kesadisan menaiki bas ke kelas.
Bas pulak lalu sekitar jam 7.15am,dah lah awal pagi,bas penuh dengan bebudak perempuan.Fuuuu!!Kitorang spesies alien,xble dekat dengan perempuan.Meremang bulu roma.Mujur di penghujung semester member aku bawa motor.Dapatla aku menumpang sekaki sampai habis semester.Tapi itu tak bermakna aku boleh berasa lega dan mengharap tumpangan sampai habis study.
Semester 3 adalah semester latihan industri(LI).Member-member serumah aku banyak cabut buat LI kat kampung.Aku dapat LI di sebuah bengkel di Jalan Teluk Sisek iaitu Kernol Industries Sdn.Bhd dengan elaun RM250 sebulan.Lepas la buat belanja bulanan.Masalah kat sini ialah transport untuk berulang alik.Masak la aku kalau nak panjat bas awam tiap hari.
Akhirnya aku dapat juga motor Yamaha SS buruk arwah bapak aku.Buruk luaran tak penting,yang penting aku senang nak pergi bengkel.Lepas tu loan pun masuk,RM2000 untuk pembayaran pertama.Dengan loan tu lah aku restore balik motor buruk warisan arwah abah aku sehingga menjadi champion kategori NA.
Bakinya aku huhahuha dengan member-member,selesai.Sikit je RM2000 ye dak?
Tapi aku masa umur tu tak pandai lagi spend duit kearah yang terlalu sesat.Zaman tu aku tak pandai main snuker,melantak fast food,melancong,bergaya dengan pakaian branded bagai.Enjoy life zaman student aku cukup dengan rokok,makan,ada duit isi minyak motor (masa tu petrol RON92 RM1.32sen seliter) dan kekadang layan game arked.Itu saja..Serius aku cakap zaman study dulu aku tak pernah beli makanan kat fast food.Apesal?Nampak cool ke makan fast food pakai duit mak ayah?
Sesak tahap ikat perut sekali pun aku tak pernah sampai kencing abah aku kekonon untuk duit belajar.Ingat ye para pelajar-pelajar sekalian,zaman study tak payahlah nak hidup macam orang dah berkerjaya.Study bebaik dapatkan result yang bagus,lepas tu dapatkan kerja yang bagus,kemudian kamu nak makan fast food duabelas baldi pun boleh.

*pembayaran loan kedua aku beli PSOne,dengan buat lesen kereta,amacam?haha!

Post a Comment

Monday, October 28, 2013

Giliran One X Tuan Tanah Rosak

Hari ni berlaku sesuatu yang menyebabkan aku terpana sebentar.Aktiviti pagi aku sebelum masuk ofis ialah minum pagi sesorang kemudian masuk ke kampus tempat kerja aku melalui pintu belakang,iaitu pintu masuk berhampiran Kepong Botanical Garden (KBG).
Waktu pepagi biasalah ramai orang terutamanya bangsa Cina buat akitiviti jogging dan tai chi berirama.Memandangkan laluan dari pintu belakang untuk menuju ke kampus utama agak sempit dan hanya mampu memuatkan sebuah kereta pada satu-satu masa,aku tunggang superbike Honda 125ccaku dengan perlahan sambil slalom dicelah-celah joggers yang suka duduk tengah jalan macam takde orang lalu.Sedangkan bunyi motor dan rantai karat aku agak kuat umpama enjin empat silinder sebaris 998cc dengan ekzos M4 tanpa dB killer.
Dengan santainya aku pergi thumbprint di bangunan berhampiran sebab blok opis aku tak ada mesin thumbprint.On da way nak thumbprint tu aku nampak satu brader mendukung anaknya,maybe sebab motor Kriss dia rosak.Lepas thumbprint,aku gerak balik opislah.Nampak brader tadi masih lagi menapak sambil dukung anak dia.Aku pun patah balik,kot-kot jauh tempat dia nak tuju dengan menapak tu.Bolehla tumpangkan dia naik superbike aku.
Kemudian aku nampak brader tadi masuk ke kawasan perumahan kakitangan.Rumah dia agaknya.Ok,bukan rezeki aku untuk bantu dia hari ni.Sampai je kat ofis,pintu masih berkunci,tapi lampu menyala.Maybe Cik Munirah dah sampai tapi ke toilet agaknya.
Sambil tunggu beliau,aku raba-raba poket cari phone.Cadangnya nak online sekejap sementara menunggu.Raba poket kiri takde,poket kanan pun takde,poket jaket pun takde.Aku dah mula gelabah puyuh.Gila sebentar bila sematpon hilang wehhhh!!!Aku tak tau berapa cepat aku turun dari 1st floor dan tunggang motor,sedar-sedar je aku dah separuh jalan nak ke pintu pagar KBG.
Sampai satu kawasan berhampiran parking awam,aku ternampak satu objek putih tertiarap atas rumput tepi jalan.Sah memang sematpon aku.Memula aku nampak skrinnya macam calar-balar dan basah terkena embun kat rumput.Bila aku lap sikit dan tekan button Power,baru nampak Gorilla Glass dah retak seribu.Apapun fungsinya tak ada yang terjejas termasuk touch screen dan LCD.
Tapi yang paling utama,aku dapat semula phone tu.Data-data kat dalam lagi berharga dari nilai skrin yang bakal diganti.Cuma satu yang buat aku terfikir,kesan kerosakan fizikal kat body polikarbonat dan juga Gorilla Glass tu nampaknya macam lebih dari sekadar terjatuh dari poket.Maksud aku sematpon aku ni pernah jatuh dari aras lebih satu meter,tapi tak ada terjejas langsung.Kali ni housing polikarbonat sompek teruk dua tempat.Skrin pun mujur ada protector yang masih memegang kaca Gorilla Glass pada tempatnya.Kena gelek motor yang lalu lalang agaknya.
Kedua,tempat tu ramai orang lalu lalang untuk berjogging,tapi tak ada orang yang usik/bawa balik phone aku.HTC One X aku warna putih,tertiarap lak atas rumput hijau.Ketara sangat kontranya.Aku yang bawa motor agak laju pun dari lebih 10 meter dah nampak phone aku.
Banyak persoalan yang muncul di fikiran aku,tapi syukur alhamdullilah phone selamat dijumpai.Mungkin ada peringatan dari Allah S.W.T untuk hambanya yang sering lalai.

*Gambar phone yang rosak aku akan upload kemudian.Wife aku suruh ambik gambar dan tunjuk kat dia.Aku terus ?????????? dengan dia punya request.Korang ada skil cmana nak capture gambar phone sendiri guna phone kamera tu?PM aku kalau ada.

Post a Comment

Thursday, October 24, 2013

Sikit Lebih Baik Daripada Tak Ada Langsung

As salam semua...

Semalam aku terbaca berita tentang pegawai bank yang ditembak dari jarak dekat menggunakan shotgun oleh guard yang diamanahkan oleh pihak bank.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.Dalam kita berjaga-jaga dengan ancaman luar,rupanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin.Hari ni pulak satu  kes bunuh  secara rambang (amuk) berlaku oleh pelaku yang dikatakan mengalami tekanan mental.Apa sudah jadi dengan negara yang kusayangi ni...

Tukar topik lain.
Minggu lepas aku dan keluarga dapat surat dari IADA Barat Laut Selangor berkenaan pampasan tanah yang diambil semasa projek pembesaran jalan.Projek tu siap lama dah,mak aku cakap sejak dia baru kawin dulu.
Baru-baru ni Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan untuk pembayaran pampasan,so kitorang adik-beradik yang mempunyai bahagian dalam geran dipanggil untuk perbincangan nilai pampasan.
Sebelum tu sedikit pujian untuk pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak lupa tanggungjawab menguruskan soal ini.Yang kedua,sepupu aku iaitu JKKK Kampung Sungai Leman dibawa menunaikan haji atas pembiayaan kerajaan negeri baru-baru ni.Juga tahniah disitu.
Berkenaan bahagian tanah yang terlibat untuk projek pembesaran jalan tu,keluasan yang diambil tak banyak mana pun,lebih kurang 0.011 hektar.Berdasarkan harga semasa pasaran tanah pertanian di kawasan tu,nilainya dianggarkan sekitar RM190,000/hektar.Maka nilai pampasan tu tak banyak,kurang sedikit dari RM2000.
Ya,memang tak banyak.Amaun tu pulak dibahagikan kepada tiga,makcik aku 2/3 bahagian dan part arwah bapak aku cuma 1/3 saja.Sudahlah 1/3,kami adik beradik dan ditambah nama mak aku,jumlahnya sembilan orang.Memang kuantitinya amat-amat sedikit,kelakar pun ada.Tapi bukan itu yang menjadi isu utama.Ia adalah amanah yang perlu diselesaikan oleh pihak berwajib.
Tetapi,walaupun jumlah pampasannya sedikit,setiap seorang dari kami yang hadir diberikan tambahan wang tanggungan perjalanan.Adik aku yang belajar di Terengganu diberikan RM400 dan kami yang tinggal di sekitar Lembah Klang menerima RM150.Ok apa?
Satu perkara lagi,pejabat IADA ni boleh tahan juga melilau nak cari walaupun terletak berhampiran jalan utama.Dalam surat panggilan perjumpaan tu pun alamatnya cuma IADA Barat Laut Selangor,Kuala Selangor.Untuk yang tercari-cari lokasinya,bangunan baru ni terletak di koordinat N 3 20'6",E 101 15'7".


Post a Comment

Tuesday, October 15, 2013

Bebelan Malam Raya Haji

Nak tulis apa ye?Dok cerita pasal motor kang jemu pulak orang baca.
Tapi aku nak juga cerita sikit,hehe!
Sikittt je ye?

Baru aku tau mesin yang berlumba dalam MotoGP pakai bahanapi RON100.Sebelum ni pernah juga aku terfikir,lepas RON97 ada lagi tak RON yang lagi tinggi dari tu.Of coz ada,tapi bukanlah untuk kegunaan awam.
Benda ni banyak kali diperdebatkan tapi orang still tak faham-faham juga.Orang menilai keberkesanan atau bahasa pasarnya ke'power'an sesejenis bahanapi tu melalui nombor oktana.RON92 paling cap ayam sekali dan RON97 kira paling best lah.
Teori tu boleh pakai juga tapi tak tepat.Kena sipi-sipi je.Kalau rasa kereta power sikit pun tu bukan sebab petrolnya,tu adalah efek psikologi.Bezanya tak signifikan sangat pun.Pokok pangkalnya adalah menggunakan bahanapi yang sesuai dengan spesifikasi enjin.
Sebagai contoh EX5 Dream 110 dibina dengan spesifikasi nisbah mampatan 9.0:1,cukup sesuai pakai RON95.Setakat nisbah lemau macam tu tak ada guna pakai RON97.Kalau nak merasa juga petrol mahal,skim la head blok motor tu barang 1.5mm.Baru la ada benefit.
Sebab tulah aku sebutkan pasal MotoGP tadi.Dia pakai RON100 sebab nisbah mampatannya lebih 14.0:1.Jangan cuba-cuba bikin motor stok kilang dengan pressure macam tu.
So,ada pekdah ke tidak tuang petrol mahal walhal pakai enjin stok kilang?Rentikan le.

Aku pernah berdebat dengan kawan baik aku pasal petrol ni.Masa tu dia pakai Saga LMST.Dia kata sejak pakai RON95 enjin dia banyak karbon.Aku jawab puncanya tuning air/fuel ratio tak betul.Kereta hang pakai karburetor kan.Bila kali terakhir hang tuning?Macam tak pernah.......Haaa!Tu la pasalnyaaa!

Karbon banyak sebab combustion tak perfect,almaklumlah karburetor.Bukan salah petrol.Lainlah enjin yang pakai injector.Berapa banyak sensor yang feed data ke computer box untuk mendapatkan talaan paling optimum.Computer box tu cukup bijak dah untuk tentukan talaan yang terbaik samada pakai petrol RON95 atau 97.

Mujur RON197 tak ada.Kalau tak,petrol tulah yang orang anggap terbaik sekali di planet bumi.
Hah!Panjang juga aku meracau malam ni.Cukup la dulu ye.Besok nak raya Haji.Selamat Hari Raya dan selamat memandu sampai cramp petang besok,hehehehe!

Post a Comment

Saturday, October 12, 2013

Eksplorasi Mencari Tinospora crispa

Assalamualaikum semua...

Agaknya ada yang sedar tak ranking blog ni makin jatuh dan kekurangan entri?Adakah ni tanda-tanda blog ni juga bakal pencen sepertimana blog rakan seperjuangan yang lain?No way!
Inilah blog yang aku usahakan sejak tahun 2007 sehinggalah sekarang.Dahpun berusia lebih ENAM tahun,tapi tak macam orang lain yang achieve tahap terbaik untuk jangkamasa yang sama.Blog5zal ni macam ni lah,nak kata pencen terus tak mungkin,rajin sangat pun tidak.Kesibukan kerja punya pasal.

Minggu lepas sejak hari Selasa aku sibuk mencari pokok Patawali (Tinospora crispa) di Zon Tengah iaitu sekitar Selangor,Negeri Sembilan dan juga selatan Perak.
Untuk sesiapa yang tak kenal pokok Patawali,rupanya hampir sama macam pokok sirih,tapi daunnya tak banyak dan hijaunya tidak berapa gelap.Sesetengah orang kampung panggil pokok ni akar seruntun.

Sampel Patawali berhampiran sekolah tahfiz Selayang
Pokok ni jenis merayap dan boleh dikenali dengan bentuk daunnya seperti bentuk "hati"(heart shaped).Banyak kegunaan pokok yang super pahit ni.Pokok patawali ni teramat pahit,walaupun hanya memegang batang tanpa terkena getahnya.Tak percaya boleh cuba pegang,basuh dengan Axion then makan nasik.Pahitnya still tak hilang.
Tugasan ni memerlukan ratusan sampel rawak dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk pengumpulan data dan mencari baka terbaik bagi tujuan pengkomersilan.Susah oiiii tugasan tu!Aku tak tahu banyak sangat informasi tentang maklumat ujian klinikal pokok ni,aku cuma nak cerita pahit manis perjalanan mencari pokok ni di ceruk-ceruk kampung.
Nak cerita semua tu tak mampulah,setakat yang meninggalkan kesan mendalam saja,hehehe!
Antara lokasi sampel yang aku ingat ialah di Jalan Kampung Sungai Nibong-Kampung Sungai Haji Dorani,Sungai Besar Selangor.Pokok patawali tu kami jumpa di tepi jalan melitupi pokok cempedak depan rumah penduduk kampung yang dipisahkan oleh parit.Tau jelah rumah sekitar kawasan tu,rumahnya jauh kedalam sikit dengan halaman luas.
Rasa malas nak mintak izin kat tuan rumah menyebabkan kami terus je potong pokok tu cepat-cepat sambil mata mengusyar juga kat rumah tu.Nampak macam tak ada orang.Lepas ambik sampel tanah dan bersiap-siap nak berangkat,kami nampak satu orang tua berkain pelikat tak berbaju berjalan perlahan menuju kearah kami yang parking kereta tepi jalan.
Aku cakap kat kengkawan,jom la blah cepat,tapi dalam masa yang sama rasa tak sedap hati jugak start kereta depan orang tua tu.Punya la lama nak buat keputusan akhirnya pakcik tua tu makin dekat dengan kereta kami.Langsung tak beradab kalau terus lari.Memandangkan team aku ada dua perempuan,dan cuma aku sorang je lelaki,terpaksalah aku yang menghadap orang tua tu.
Serius garang muka pakcik tu tahu?!
Aku buat-buat berani dan bagi salam.Tunjuk kad kerja dan eksplen pelan-pelan.Alhamdulillah pakcik tu tak humban aku masuk parit depan rumah dia.Sebelum pakcik tu bertukar dari Dr.Banner kepada Encik Hulk,cepat-cepat aku blah.
Actually tak ada niat pun nak 'curi' dari rumah pakcik tu.Kami nak cepat dan sekitar pesisir pantai Kuala Selangor hingga ke Sekinchan susah sangat nak jumpa pokok ni.Bila dah jumpa memang tak lepas punya.

Sampel di pagar masjid sebuah kampung di Hulu Yam Bharu

Semalam kami ke Ipoh.Kiranya nak scan area Selatan Perak lah.Point mula di bandar Ipoh dan turun ke sempadan Selangor.Kami ronda-ronda taman perumahan apa tah berhampiran Manjoi.Kemudian kami nampak pokok patawali melilit pokok bunga kertas didepan sebuah rumah penduduk.Semak betul rumah orang tu dengan akhbar lama dan barang terpakai.Sah rumah Cina ni.Orang Cina je suka kumpul barang-barang macam tu sampai penuh halaman rumah.
Kitorang dok hello-hello panggil tuan rumah,tapi tak mau keluar.Sepertimana modus operandi dalam cerita pertama,kami proceed sebab itulah sampel pertama yang kami jumpa di hari ketiga pencarian sedangkan jam dah pukul 11.30am.
Tengah sedap mengerat pokok,keluar satu uncle berbaju pagoda berseluar paras lutut dan juga bertampal dahinya.Luka kot.Appearance dia sebijik macam pengemis.Dia tegur kami yang potong pokok dia,tapi tak adalah marah sangat.Cuma dia nak tunjukkan kat kami mana nak ambik sampel yang banyak.Kata dia dekat saja maaa...
Masalahnya dekat sini ialah uncle tu nak naik kereta sekali,lepas tu kena hantar semula dia balik.Aku tak mampu nak menolak,terpaksa lah bawa sekali uncle tu.Dia masuk je kereta terus bau semacam yang tidak menyenangkan.Agak hancing plus bau badan seminggu tak jumpa air.Aku drive agak laju merentas taman perumahan tu sebab nak cepat sampai dan cepat hantar dia balik.Tak boleh blah betul bau dia.Masa dalam perjalanan,uncle tu cakap dia tanam pokok tu sebab nak merawat masalah kecacingan.What de heck?/!OMG!Semua ada.
Ni mesti kuat makan babi ni.
Sambil-sambil mengutip sampel,uncle tu bercerita pasal aktiviti dia waktu lapang,antaranya merayap sekitar kampung dan juga mem'pheewitt' awek-awek Melayu yang lalu lalang.Dua perempuan yang aku bawak ni dak cuak-cuak dah,but still boleh cover lagi.Sebelum turun kereta depan rumah dia,sempat dia berhenti sekejap dan panggil dua perempuan yang aku bawak tu Chombi dan Puspawangi(watak dalam filem-filem P.Ramlee).Psiko betul.

Apa kami buat lepas tu?
Cepat-cepat keluar dari taman perumahan tu untuk mencari Febreze.Tuan punya kereta (Cik Moon) tak mau duduk depan bekas uncle tu duduk.Kuat betul bau diaaaa!Sampai lah balik semula ke Kepong,aku terpaksa jadi driver,dengan dua Maam besar duduk belakang.
Apapun perjalanan mencari sampel tu merupakan pengalaman yang amat berharga.InsyaAllah hujung bulan ni kami akan ke Selatan pulak.Pengajarannya ialah,jangan cuba curi patawali orang kalau tuannya ada dirumah.Hehehe!





Post a Comment

Tuesday, October 8, 2013

Spare Part Motor Yang Mahal

Kebelakangan ni (aku kerap guna intro dengan perkataan ni) aku suka menulis pasal motorsikal.Cuma kali ni tidaklah spesifik kepada jenis-jenis motorsikal kegemaran aku.Aku cuma nak menulis tentang bengkel dan juga alatganti motorsikal yang pada aku harganya makin merepek terutamanya di bandar.
Banyak kali aku cerita dalam entri yang lepas mengenai zaman remaja aku yang intim bebenar dengan kapcai.Dah menjadi tabiat aku yang lebih suka buat sendiri daripada hantar ke kedai.Aku kurang percaya mekanik kedai,sebabnya diorang buat kerja rushing,lepas tu entah barang apa dia pasang kita tak tahu.Kali terakhir aku overhaul enjin motor di bengkel yang terletak di Sungai Penchala,tahun 2007.Itupun sebab bengkel tu yang paling dekat masa motor aku tetiba mati enjinnya sebelum sampai One Utama.Mekanik kat woksyop tu Melayu/mamak aku pun tak pasti tapi gaya macam pro lah.Tapi hasil kerja macam shilaka.Con rod original katanya,dia tutuh RM160.Total kena pau RM400.Dua tahun lepas potong blok pun piston aku masih ketat dan cepat jem panas.Aku cukup hangin sampai sekarang sebab hasil kerja macam tu pun berani buka workshop.
Walaupun dah tak serius bermotorsikal,tempias harga spare part tetap aku dapat rasa.Contoh paling mudah,tayar.Sekarang ni tayar cap entah hapahapa pun RM70-80.Barang-barang lain macam biasalah,baik punya ka,biasa punya.What de....FAILLL.Biasa punya harga masuk akal lagi tapi kualiti out.Baik punya nah kau,mahal nak mampos.
Tapi nak buat macamana kan,tak ada pilihan.Alatganti motorsikal dah nak sama harga dengan barang kereta.

Aku orang Pahang tengah.Tak payah sebutlah area mana.Pemuda dan juga remaja yang berasal dari Pahang tengah terutamanya kawasan Jengka pasti maklum benar dengan kewujudan sebuah pekan lama terpencil yang bernama Pekan Sungai Jerik.Penduduk tempatan lebih senang memanggilnya dengan nama Tong Kiat.
Tong Kiat ni pekan kecil yang majoritinya berbangsa Cina,selain berniaga aktiviti lain ialah pertanian dan juga mengusahakan kebun durian.Pekan ni juga tempat aku and the gang berlatih snooker di kedai Gemuk(taukenya Gemuk) bila mendapat gaji kerja kontrak sekitar tahun 2003-2004 dulu.
Istimewanya Tong Kiat ni cukup popular dengan kewujudan bengkel motorsikal yang banyak,plus harga yang super murah dibandingkan dengan harga dibandar.Aku bagi beberapa contoh,CDI Yamaha SS baik punya RM25,cap ayam RM12.Kat Puchong harga CDI baik punya RM55.Masa tu lah.Tayar Sime Tyres 2.25 sekitar RM22-25.Tapi sekarang dah tak wujud tayar tu.
Mungkin ada yang cakap itu cerita zaman purba bhaiii....oklah.Pagi tadi aku singgah ke Pekan Tong Kiat untuk membeli cover set Yamaha Ego lama dan juga mudguard depan LC135.Di Shah Alam harganya RM300++.Di Tong Kiat,harga cover set berwarna tak termasuk cover yang berwarna hitam ialah RM90.Kalau full set tambah lagi RM90 lebih kurang.Baru RM180.Mudguard depan LC RM20.
Kemudian adik aku beli goggle untuk helmet Greyfosh.RM70 kot.
Persoalannya kat sini macamana diorang boleh jual barang berkualiti dengan harga murah sedangkan tempat tu berada di ceruk Pahang yang mana dari segi logistiknya amatlah tak menguntungkan.Cuba korang cari guna Google Earth kat mana Pekan Sungai Jerik tu.Sekian.

Post a Comment

Friday, October 4, 2013

Mengesan Telefon Menggunakan Google Play

Hari ni aku nak share kaedah mengesan telefon sekiranya keciciran ataupun dicuri.Boleh cuba sendiri bagi yang tahu,cuma pagi ni tangan gatal nak menulis.Kaedah ni cuma boleh digunapakai pada smartphone Android yang dilengkapi pakej data.
Sebelum tu pastikan ada akaun Google dulu.Patutnya kena ada sebab nak configure smartphone Android mesti melalui akaun Google.
Langkah-langkahnya seperti berikut:

1.Login akaun Google.
2.Buka laman web Google Play.Nak buka website ni dulu baru login pun boleh.
3.Klik butang Setting > Android Device Manager (rujuk gambar dibawah)














4.Secara automatik Google akan mengesan kedudukan device seperti dibawah dengan ketepatan sehingga 9 meter radius.


















Walaubagaimanapun,kebanyakan smartphone akan menutup sambungan data sekiranya screen off untuk menjimatkan bateri.Atau dalam versi Android JellyBean 4.1.1,apabila fungsi power saver diaktifkan.
Untuk mengubah tetapan power saver:
1.Buka menu power saver dengan meleret jari dari atas skrin
2.Klik pada power saver untuk membuka menu power saver
3.'Off'kan dahulu untuk membenarkan tetapan power saver diubah.
4Un'tick' pada pilihan 'Data connection-Put to sleep when screen is off'
5.'On' kan semula fungsi power saver

Dalam gambar diatas ada tiga pilihan iaitu Ring,Lock dan Erase.Tetapi hanya Ring yang aktif.Untuk membenarkan fungsi Lock dan Erase dari jarak jauh,ubah tetapan didalam aplikasi Google Settings pada smartphone.
Cari aplikasi Google Settings > Android Device Manager > Tick pada 'Allow remote lock and factory reset'

Rasanya kebanyakan Antivirus ada fungsi trace & lock phone kalau berlaku kecurian.Apapun yang penting sekali pakej data kena ada dan sentiasa disambung walaupun dalam mode screen off.

Post a Comment

Thursday, October 3, 2013

ZX-10Rrrrroooaarr!




Harganya 12,199 pound di UK.
Di negara Malaysia yang serba aman ni harganya ialah RM86,900.00.

Motor ni takde siapa-siapa dalam keluarga aku yang beli.Aku post entri ni pun sebagai motivasi untuk mendapatkannya bila masanya tiba nanti,hehehe!
Beberapa tahun dulu aku cukup suka dengan Yamaha YZF-R1,sehinggalah aku dapat membelek BMW S1000RR kepunyaan seorang eksekutif kilang lama aku.Power betul BMW tu.Untuk kategori 1000cc,dialah kingnya.
Kemudian bermulalah zaman aku mula memandang serius kekuatan Kawasaki.Tipikal rider kapcai Malaysia,kat mana ranking Kawasaki?Second to none.Mostly lebih kenal Yamaha dan Honda.Last kapcainya aku pernah naik ialah Kawasaki K1.Boleh tahan laju walaupun rupa tak lawa langsung.
Berbalik kepada kategori 1000cc tadi,inilah lawan sebenar mesin BMW walaupun ada main tipu sikit tang cc.
Tonton video ni dulu.YZF R-1 memang lauk kalau main sprint.




Post a Comment

Adoyai Demak DTM 150

Demak DTM 150.

"Sayanglah damak,getah sumpitan,menyumpit burung didalam hutaannnn!...."

Damak ngan Demak bunyi lebih kurang je kan?Hehehe!
Motor ni adik aku beli lama dah,lebih kurang sebulan la kot.Macamana dia boleh beli motor ni aku pun tak tau lah.Taste adik aku yang sorang lagi ni memang lain macam sikit.Kategori apa moto ni ek?Urban motocross?
Mustahil la kalau aku tak try walaupun motorsikal famili motorcross ni bukan selera aku.Aku yang berketinggian 172 cm terjengket sikit untuk celapak diatas kusyen motor ni.Review ni aku buat sikit-sikit jelah eh,sebab testing tak lama.Motor ni berat.Kalau rasa diri tu rendah,tak payahlah pakai motor ni.Kaki yang terjengket menyukarkan korang untuk bergerak.Motor ni pakai inverted fork bahagian depan dan monoshock belakang.
Test drive pulak.Meternya oklah,digital dengan latarbelakang lampu oren,tapi aku lupa ada takometer ke tidak.Agak fail disini ialah ketiadaan meter aras bahanapi.Payah juga tu.Disebabkan masa test tu motor baru keluar kedai,senang je enjinnya hidup.Bunyi boleh tahan garang.
Sistem gearnya standard motor klac tangan keluaran kilang,lima kelajuan.Elok tunggang motor ni pakai kasut,sebabnya jari kaki boleh robek tersangkut klip pedal gear yang agak tajam.Pickup ok la jugak,lagipun tak pernah aku tengok mat motor perah DTM ni serupa launching MotoGP.
Dari segi rupa keluaran kilang memang banyak yang perlu dibuang/ditukar.Lepas ambik dari kedai,reflektor depan dan belakang dahpun dicabut.Lepas tu cover disc belakang.Malam tadi aku tengok mudguard depan dah tukar lain,body sticker asal dan tak ada,side mirror ditukar dan cover kat hendal dibuang terus.

Rupa sebelum ditempek sticker tempahan.



















Selepas,nampak sweet sikit lahhhh!



















Pukul 11.30 malam tadi aku cabut awal,bermandi peluh tolong melayur stiker 3M pakai lighter!

Post a Comment