Monday, September 2, 2013

Emailkan Soalan Korang

Tadi aku baca balik entri lama aku berkenaan prosedur perkahwinan dalam Negeri Selangor.Adik ipar aku ada masalah sikit.Sebabnya dokumen pihak lelaki dia yang uruskan.
Bakal suami adik ipar aku ni asal dari Kedah,nak bernikah di Selangor tapi buat masa ni baru bertukar kerja di Triang,Pahang.Masalahnya disini ialah lokasi yang jauh untuk pihak lelaki menguruskan semua hal dokumentasi.
Langkah-langkah urusan dokumen bernikah di Selangor aku dah siapkan dalam entri ni,http://www.blog5zal.com/2011/02/ke-ambang-perkahwinan.html.Tapi tak boleh nak diharap sepenuhnya,sebab prosedur tu tahun 2011.Mana la tahu tahun ni punya dah tak sama.
Satu lagi pesanan untuk pembaca semua,kalau ada soalan yang memerlukan jawapan segera,teruslah emelkan ke faizalrsd@gmail.com.InsyaAllah akan dijawab dengan seberapa segera.
Bukan apa,dalam entri nikah kahwin tu ada satu komen berbentuk soalan yang tak terjawab lebih dari 42 minggu.Kalau mamat tu dah nikah dengan pasangan dia,rasanya sekarang ni wife dia dah fasa-fasa akhir pregnancy ni.Minta maaf ya daus?
Apa-apa juga soalan aku akan cuba jawab sebaik mungkin.Jangan tanya hal-hal dalam kelambu dah la.

Post a Comment