Isnin, 20 Mei 2013

Terima Kasih Laurent Koscielny

Barclays Premier League Table

Malam tadi berlangsungnya perlawanan terakhir kelab-kelab liga Inggeris untuk musim 2012/2013.Manchester United dinobatkan sebagai juara beberapa minggu lepas selepas pesaing terdekatnya iaitu Manchester City tidak mampu lagi merapatkan jurang mata.Terima kasih kepada Van Persie yang mana pada pendapat aku,beliau masih lagi seorang goal machine yang ampuh.

No,no….aku bukan peminat MU.Malah boleh dikatakan aku tak suka langsung dengan MU.Tapi sebagai ‘lawan’ yang gentleman,aku harus katakan yang mereka layak untuk kembali menjadi juara liga Inggeris.

Empat pasukan yang menghuni tangga teratas ialah MU,Manchester City,Chelsea dan Arsenal.Aku akan fokus pada Arsenal sahaja untuk ayat-ayat yang berikutnya.Arsenal dan Tottenham Hotspur hanya dipisahkan dengan satu mata,mata yang amat-amat penting untuk melayakkan diri ke perlawanan Liga Juara-Juara(UCL).

Arsenal menghadapi Newcastle United di St.James Park manakala Tottenham Hotspur menentang Sunderland di laman sendiri dalam perlawanan ke-38 liga Inggeris musim 2012/2013.Kedua-dua pasukan memburu  tiga mata berharga untuk mengatasi antara satu sama lain.Tugas berat lebih dirasai Arsenal selepas mengharungi musim yang tidak menentu,dan akhirnya fokus ditumpukan pada kelayakan Liga Juara-Juara.Kalau tak salah,sudah berbelas musim juga Arsenal tidak pernah ketinggalan untuk melayakkan diri ke liga berprestij UCL.

Akhirnya Laurent Koscielny menjadi ‘hero’ malam tadi apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan dan memastikan Arsenal mengutip 73 mata musim ini,mengatasi Tottenham Hotspur yang juga berjaya menewaskan lawan disaat akhir hasil jaringan hensem Gareth Bale.

 

koscielny score against newcastle 2013

Berlainan pula dengan Manchester United yang menghadapi WBA.Perlawanan terikat 5-5.Mungkin MU memandang remeh perlawanan terakhir mereka.

Apapun,tahniah kepada Arsene Wenger kerana berjaya mengekalkan Arsenal didalam kelompok  empat pasukan elit EPL.Musim ni aku teramat kurang menulis berkaitan Arsenal sebab masih kecewa dengan keupayaan Arsenal ketika menghadapi lawan yang besar.

Akhir sekali,tiga pasukan yang tersingkir dari EPL ialah Wigan,Reading dan QPR…Bye..bye…