Tuesday, May 14, 2013

Musim Cendawan Busut

Sesetengah orang mungkin kenal cendawan ni,tapi aku yakin sebahagian besar orang bandar tak tau cendawan ni sangat sedap sebenarnya.Bagi sesiapa yang berasal dari Felda,cendawan ni adalah makanan istimewa yang tak boleh didapati sepanjang tahun.Hanya ada musim-musim tertentu je cendawan ni keluar.

Nama saintifik cendawan ni aku tak tau,kebanyakan orang panggil cendawan busut.Info lengkapnya boleh dibaca kat sini.Brader owner blog tu adalah orang yang selayaknya untuk berbicara perihal botani.

 

IMAG1013

Yang macam ni sesuai buat goreng

Kebiasaannya cendawan ni tumbuh di ladang-ladang sawit dan mungkin juga di ladang-ladang getah.Masa family aku baru pindah Felda dulu,cendawan ni tumbuh dengan sangat banyak di belakang rumah.Kadang-kadang bawah rumah pun dia boleh tumbuh walaupun tanahnya keras.Sekali tuai boleh dapat satu bakul saiz besar yang selalu orang letak baju nak basuh tu.Tapi itu dulu,zaman awal 90-an.

Sekarang ni cendawan ni masih banyak,cuma kena rajin meronda ladang sawit dan juga masa yang sesuai untuk kutip cendawan ni.Kalau dah kembang sangat,cendawan ni mula mereput atau kat bawah payung cendawan tu banyak kumbang warna hitam.

Minggu lepas aku balik kampung dan kebetulan musim cendawan tu tengah banyak.Wife aku yang tak pernah tengok cendawan ni pun sibuk nak follow.Terpaksa angkut anak kecik aku sekali meronda ladang.

Walaupun banyak jumpa kelompok cendawan,tapi yang sesuai dibawa balik cuma satu plastik besar.Selebihnya dah reput atau penyek dipijak lembu.

Menu yang paling sedap untuk cendawan ni simple je sebenarnya.Cukup sekadar digoreng dengan garam dan kunyit.Tak payah penat-penat nak goreng dengan tepung.Resepi kedua yang popular ialah dimasak sup lada hitam.Serius sedap kalau nak dibandingkan dengan cendawan-cendawan komersil kat market tu.So far tak ada lagi aku dengar orang berjaya tanam cendawan ni macam tanam cendawan tiram.Kalau terjumpa kat pasar tani,cuba beli.Bukan selalu boleh dapat cendawan ni,raritynya maybe sama macam cendawan truffle,hahahah!

 

IMAG1015

Yang berkeadaan baik biasanya terselit macam ni.Pastu imagine berapa luas ladang sawit

IMAG1018

Post a Comment