Wednesday, May 22, 2013

Masalah Air Cond Myvi Aku

Sabtu lepas wife aku call masa dia dalam perjalanan balik kerja,dia mengadu kenapa air cond kereta ni panas?Aku jawab le,cuaca memang panas sekarang ni,cuba adjust temperature controller tu bagi tinggi sikit(supaya lebih sejuk).Dah jadi kebiasaan aku,sejak beli kereta bulan Julai 2009 sampai sekarang,temperature controller air cond kereta aku memang tak pernah dipulas sampai penuh.Paling tinggi pun dalam 45% je,itu pun dah memadai.Kalau waktu memandunya malam,boleh dikatakan tak perlu langsung adjust temperature knob tu.Blower speed letak nombor dua pun dah rasa macam nak kebas kesejukan.

Lagipun ada baiknya kompressor air cond kereta tak dipaksa bekerja keras,mudah-mudahan tahan sampai reput,heee!Sesekali bila memandu malam,air cond tak dibuka langsung.Bagi dia rehat sikit,minyak pun boleh jimat.

Tapi apakan daya,bila dah sampai masa nak rosak,dia tetap rosak.Mileage pun dah cecah 120,000km.Petang Sabtu tu aku pun saja-saja la nak drive kereta pergi kedai beli barang dapur sikit.Bila ON air cond,”eh,kenapa lama sangat nak rasa sejuk ni?”Aku tunggu lagi seminit dua……

Confirm memang air cond dah tak sejuk langsung.Gas habis ke?

Kenapa tiba-tiba je jadi tak sejuk?

Nama pun kereta sendiri,aku perasan ada sikit behaviour yang aneh masa aku ONkan suis air cond.Selalunya RPM akan berada sekitar 900-1000 rpm ketika idle.Bila suis A/C di ON kan,rpm akan melonjak sikit,itupun tak lama,tak sampai satu second pun dan rpm tetap maintain pada bacaan 900-1000.

Tapi kali ni lain,bila suis A/C di ON kan,rpm melonjak sampai 1700 dan ambil masa agak lama untuk turun semula ke paras idle sebenar.So,jangkaan pertama aku kompressor tak jalan.Sebabnya enjin ringan macam tak ada load kompressor walaupun enjin dah ready dengan rpm tinggi untuk terima beban kompressor.Dalam istilah mekaniknya,magnet klac kompressor tak enggaged bila suis ON.

Persoalannya,kenapa tak enggaged?Maka aku pun gunakan skil paling asas iaitu memeriksa fius.Kemudian baru aku perasan,dimana letaknya fius air cond?Myvi ada dua kotak fius,satu di ruangan enjin dan satu lagi dibelakang konsol dashboard sebelah kanan.Dalam kotak fius utama di ruang enjin tu,ada ditunjukkan diagram,setiap fius untuk komponen apa.

Ada satu bahagian yang bertanda A/C 7.5v,tapi sebenarnya memang tak ada apa-apa fius kat situ.Kalau sumbat juga fius spare 7.5v yang dibekalkan pun tak guna,slot tu memang tak boleh letak fius,longgar semacam je.Kemudian aku check kotak fius belakang konsol dashboard.Yang ni pulak langsung tak ada petunjuk.Tapi aku check jugalah,tak ada yang putus pun.Ditambah lagi dengan keadaan masa tu dahpun Maghrib,aku pun stop dulu untuk cari idea.

Sambil-sambil tu aku call member kat Rawang,kot-kot dia boleh diagnostik punca masalah air cond aku ni.Selesai solat Maghrib,aku terus pecut ke Rawang.Pecut malam-malam dengan tak ada air cond memang syok.Terasa enjin power je walaupun sebenarnya minyak hitam aku dah patut kena tukar,heee!Tak apa,last time aku tukar dulu aku pakai minyak 10,000km,tapi aku set 7000km je.

Dipendekkan cerita,member Rawang cakap mungkin gas habis.Sebabnya,dari sight glass piping selepas kompressor tak ada nampak apa-apa flow bendalir.Bila tengok Myvi member aku ON air cond,boleh nampak bubble halus dari sight glass tu.

Hari Isnin lepas,wife aku minta kengkawan kat kilang dia checkkan kereta aku.Ada la alat diorang pakai untuk check pressure gas.Nampaknya gas masih penuh,petanda tak ada sebarang kebocoran.Malam tu juga aku check lagi sekali semua fius,confirm tak ada yang putus walaupun fius yang aku check tu tak ada kena mengena langsung dengan air cond.Kemudian aku buka penutup refill valve gas dan tekan valve tu.Nah kau!Menyembur gas air cond.

Tak apalah,sekurang-kurangnya confirm sistem tak bocor.Teori magnet klac kompressor tak enggaged mungkin betul,cuma puncanya masih belum dijumpai.Memandangkan woksyop kat luar sana kebanyakannya sembelih customer,Jumaat ni aku akan pergi check sistem air cond aku di Perodua Servis Sunway Damansara.Boleh tukar minyak enjin sekali.Nantikan kesudahannya di entri akan datang.

Post a Comment